Isu Semasa
YouTuber Dan 3 Rakan Ditahan P0lis, Disy4ki Bu’nuh Kekasih Disebabkan Cem’buru!

Seorang YouTuber dan tiga lagi rakannya kini ditahan p0lis berhubung kejadian teman wanita YouTuber itu ceder4 p4rah dipukul sebelum meningg4l dunia. P0lis menahan keempat-empat susp3k berusia diantara 23 hingga 28 tahun itu di sekitar Teluk Kumbar bagi membantu sias4tan.
Menurut lap0ran Harian Metro, polis menerima lap0ran daripada seorang d0ktor di H0spital Balik Pulau pada jam 19.39 malam Sabtu mengenai seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital selepas tidak sed4rkan diri.
M4ngsa yang juga seorang YouTuber dikatakan mempunyai kesan leb4m dan berada dalam keadaan krit1kal semasa dibawa ke hospital. M4ngsa bagaimanapun meningg4l dunia pada 3 April ketika menerima raw4tan di H0spital Balik Pulau. Susulan daripada itu, p0lis bertindak menahan empat lelaki terbabit bagi membantu sias4tan.
Difahamkan bahawa wanita yang berasal dari Melaka itu mengalami keceder4an par4h dipercayai dipu’kul teman lelakinya dengan objek tumpul sehingga tidak sed4rkan diri sebelum m4ngsa meningg4l dunia dan kejadian berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengk4r disyaki berm0tifkan c3mburu.
Netizen kini mula berteka teki tentang siapakah YouTuber tersebut, sebahagian mend4kwa bahawa individu tersebut mempunyai akaun YouTube dengan 107,000 pengikut. Manakala yang lain cuba meng0rek kisahnya sebelum ini.
Empat lelaki itu direm4n sehingga 11 April ini bagi membantu sias4tan dan k3s tersebut disias4t mengikut S3ksyen 302 K4nun Kes3ksaan iaitu kesal4han bu’nuh.
Baca Juga:
Acah Tamp4r Dan Ganggu Wanita Tidak Dikenali, Tindakan YouTuber Ini Undang Kem4rahan Netizen
Akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan di mana para YouTuber menghasilkan konten yang penuh dengan kontr0versi sebelum tampil memohon maaf selepas diser4ng oleh para netizen.
Situasi yang sama nampaknya berlaku sekali lagi melibatkan seorang YouTuber menerusi sebuah video yang dimuat naik pada 7 Oktober lalu. Menerusi video tersebut, YouTuber yang terdiri daripada dua individu tampil dengan konten dengan acah men4mpar individu tidak dikenali di sebuah pasar di Kuala Lumpur.
Dalam konten yang dirancang, YouTuber ini adalah berada di eskalator dan mengacah mereka yang berada di eskalator bertentangan. Tindakan yang dibuat nyata menakutkan m4ngsa yang terdiri daripada dua wanita yang dilihat lari daripada dua YouTuber tersebut.
Meskipun YouTuber ini berjaya menemui para m4ngsa dengan memaklumkan ia hanyalah sekadar pr4nk serta memaklumkan video tersebut sekadar dihasilkan untuk hiburan penonton, para netizen nyata kurang senang dengan pr4nk yang dihasilkan.
Malah, video tersebut telah menerima jumlah dislik3 empat kali ganda melebihi jumlah like yang diterima. Berikut merupakan respon netizen yang ber4ng dengan konten yang dihasilkan:
Menerusi kec4man yang diterima oleh para netizen, YouTuber ini tampil dengan video permohonan maaf empat hari selepas video asal dimuat naik. Menerusi video tersebut, beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai dan juga dua wanita tersebut atas tindakan yang dibuat.
Menurutnya, tidak ada manusia yang sempurna dan sering kali tidak terlepas daripada melakukan kesil4pan. Mereka juga berharap para netizen dapat memaafkan atas tindakan yang dilakukan.
Sumber : Vocket
Isu Semasa
Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak
PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.
Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.
“Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.
Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.
“Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” katanya.
Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.
Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.
“Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman,” ujarnya.
Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.
ATU ZERO
PELAWAK
Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.
“Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.
“Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka,” katanya kepada mStar.
Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.
Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.
“Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.
“Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran,” katanya lagi.
Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”
NAMA pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita.
Pada Khamis, nama Ustaz Wadi sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di negeri Perlis.
Terbaharu, Ustaz Wadi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu berkenaan.
Jelasnya, acara dihadirinya di Kampung Padi Machang, Kangar, pada Khamis bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.
“Pada 30 Mac 2023 jam lebih kurang 9.45 malam, saya mengadiri program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar. Saya dimaklumkan penganjur ini bukan majlis pengajian agama dan hanya sembang santai bersama masyarakat.
“Majlis ini melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan agensi bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah di Makkah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.
“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian itu serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” jawabnya dalam satu kenyataan pada tengah hari SabtU
Jelas Ustaz Wadi lagi, dia juga tidak pernah dipelawa untuk permohonan tauliah dan belum bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
“Saya tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.
“Dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” jelasnya lagi.
Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi mengakui ada menerima surat perintah hadir siasatan daripada JAIPs, namun memohon ditunda ke tarikh lain kerana kekangan masa serta jadual program melibatkan dirinya.
“Pada 29 Mac 2023 saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Kerana kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri memohon untuk ubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.
“Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan oleh DYMM Raja Perlis.
“Semoga kenyataan balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”
SETIAP orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.
Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.
“Mentaliti miskin pemalas!” demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bugkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.
Lelaki ini menunjukkan suasana perumahan tersebut.
Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.
Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.
“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).
“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.
Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.
Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.
Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.
Aku B40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
NETIZEN
Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.
“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.
“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.
Komen netizen di Twitter.
Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.
“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan