Connect with us

Viral

“Walaupun berat hati, memaafkan adalah jalan paling terbaik…Musib4h ini dapat dijadikan pengajaran buat semua org dan sel4matkn beribu lg bayi yg lain.”

Published

on

Uda

Bayi disyorkan untuk mula diberi makanan solid/pejal ketika usianya mencapai 6 bulan.  Pemakanan bayi mengikut umur adalah penting kerana ianya bukan sahaja melibatkan tumbesaran malah juga untuk kesihatan.

Jika anda mula memperkenalkan makanan bayi sebelum dia mencapai 6 bulan, terdapat beberapa mas4lah yang mungkin muncul, ia termasuklah ia boleh mengnggu sistem pencernaan dan buah pinggang anak anda belum cukup berkembang untuk memproses makanan pejal.

Memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda mungkin menyebabkan m4salah pencernaan, seperti cirit-birit dan peny4kit seliak (coeliac). Peny4kit ini berlaku apabila badan tidak dapat memproses gluten, bahan yang terdapat dalam gandum dan bijirin lain.

Uda Uda

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana anak kepada seorang wanita yang baru berusia empat bulan telah dimasukkan ke h0spital kerana disuap buah kurma dan pear oleh seseorang. Kejadian yang menimpa bayi ini mendapat perhatian warganet yang turut ger4m dengan apa yang berlaku.

Uda

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik wanita ini sendiri di laman Facebook Uda Meknul, dia kes4l dengan tindakan seorang individu yang sesuka hati menyuap makanan kepada bayinya. Wanita ini mend4kwa anaknya terpaksa mendapatkan rwatan di h0spital setelah mengalami ber4k berd4rah.

“Kerana ‘bg rasa je’ tu tgk la betapa susah dan terg4nggunya aktiviti harian org. Kalau kita ckp nanti kata kita tak hormat org tua, awk tu hnya kenalan je bkn family atau ada pertalian d4rah pn, jd jgn la pandai2 nk usik2 anak org nk bg itu ini.”

“Ikutkan hati nak je uda s4man. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi segala tok nenek paham? Bila kita marah meng4muk, cakap la konon orang dulu ok je, orang bandar tak reti apa?”

“Penangan konon bagi ‘rasa’ kurma & buah pear. Lain kali buat dekat anak sendiri jangan usik anak orang!”

Lebih meny3dihkan anak itu kini mengalami cirit birit lebih 30 kali dan ada juga beberapa kali cirit berd4rah.

“Kita normal cirit 3-4 kali pun dah lembik badan nak berdiri, p3dih jangan cerita ni 30 kali lem4hnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama 8 tahun jadi macam ini.”

Wanita ini juga sempat memberikan pering4tan kepada orang ramai agar tidak sesuka hati menyuapkan makanan kepada anak orang sehingga menyebabkan kemud4ratan.

Uda

“Harap parents lain alert dan tegas dengan anak masing-masing, kalau boleh jangan bagi orang sentuh baby pun. Biarlah nak cakap apa sebab s4kit kita anak beranak yang menanggung.”

Perkongsian Uda di platfrom Facebook:

 

UdaMelalui posting terbaru, Uda nampaknya telah memaafkan si pelaku dan berharap agar apa yang terjadi kepadanya dijadikan pengajaran buat yang lain.

Keadaan bayinya juga dikhabarkan sudah semakin pulih. Alhamdulillah…

Sember : Yoynetwork, Uda Meknul, hellod0ktor

Semasa

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Published

on

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.

Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook search, Harian Metro (Rosli Ilham)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

Published

on

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

ORANG kata kucing hitam dianggap malang, membawa petanda buruk. Betul ke?

Mungkin tanggapan itu sekadar mitos dan kepercayaan bagi sebahagian masyarakat, tidak kiralah sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Namun, seekor kucing hitam menjadi perhatian di media sosial apabila pemiliknya mendedahkan haiwan peliharaannya itu sudah dua kali membantu menyelamatkan individu lain.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Nurul Irma Ismail berkata, kucing hitam yang diberi nama Bulan Gerhana itu merupakan baka domestic long hair dan berusia tujuh tahun.

Memeliharanya sejak kecil, dia yang lebih mesra disapa Emma memberitahu, kucing jantan itu merupakan haiwan yang sangat manja dan mudah dijaga.

“Kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu di rumah keluarga saya di Bukit Wang di Jitra, Kedah. Masa tu hanya mak dan Bulan (panggilan kucing) di rumah.

“Mak saya panaskan kuali sebelum masak lauk makan tengah hari, kemudian dia pergi tengok TV kat ruang tamu sehingga lupa. Biasa la mak dah tua, usia 60an.

“Masa tengok TV, mak perasan Bulan asyik meow, dia datang ruang tamu meow-meow dan kembali ke dapur. Tapi mak saya tak kisah sangat sebab Bulan suka meow,” katanya ketika dihubungi.

Bulan sangat manja dan mudah dijaga.

Bagaimanapun, Emma yang berusia 30 tahun berkata, kucingnya itu berulang kali mengiau dan berjalan antara ruang tamu dan dapur.

“Mak pun pusing tengok dia sambil tanya kenapa? Masa tu baru mak ternampak dapur dah berasap. Kelam-kabut mak bangun dan capai tuala untuk padam api kat dapur.

“Mak melecur sikit di bahagian dagu masa nak padam sebab api dah tinggi, apabila letak tuala, api tu macam menyambar ke muka sikit.

“Apabila api dah padam baru Bulan berhenti meow. Tiada apa yang serius selain kerosakan kecil di bahagian dapur,” ujarnya.

Anggota JPAM membawa keluar ular dari kedai makan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, insiden kedua pula baru berlaku minggu lalu di kedai makan abangnya yang terletak di hadapan rumah.

“Bulan jarang ada di kedai waktu pagi. Tapi hari tu dia di situ sampai abang dan kakak datang buka kedai kira-kira pukul 10.30 pagi. Buka je kedai, Bulan masuk sambil meow-meow.

“Kakak saya ingatkan Bulan lapar sebab dia selalu minta ayam goreng, tapi Bulan buat macam curious tentang something, dia jalan perlahan-lahan ke meja tempat bancuh air.

Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni.
EMMA
“Bulan macam tengok sesuatu dan terus berjalan mengundur. Kakak pun hairan dan dia jenguk bawah meja nak tengok apa yang Bulan nampak,” tambahnya.

Kata Emma, alangkah terkejutnya apabila kakaknya terpandang seekor ular yang sedang melingkar di bawah meja.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

“Tapi bukan ular biasa, abang tengok nampak sisik besar-besar… baru tahu itu adalah ular tedung selar.

“Abang hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan ular tedung tu dari kedai. Lepas abang dan kakak tahu pasal ular tu Bulan pun berhenti meow.

“Alhamdulillah, semua okay dalam kejadian ni. Tapi kalau Bulan tak beritahu ada ular, tak pasti la apa yang akan jadi sebab ular tu besar betul,” katanya lagi.

Emma menolak tanggapan kucing hitam pembawa malang.

Turut membela tujuh lagi kucing, Emma yang mengusahakan bisnes dalam talian berkata, perkongsiannya itu sebenarnya untuk memberitahu bahawa sekiranya manusia menjaga haiwan dengan baik dan sempurna, dengan izin Allah ia akan menjaga dan melindungi kita juga.

“Saya juga nak ubah stereotaip orang tentang kucing hitam ni pembawa malang. Sebab Bulan kucing hitam dan dia adalah kucing paling bertuah yang saya ada.

“Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni. Kucing pun makhluk Tuhan juga yang perlu disayangi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Published

on

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng. Sifat penyayang, lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing baka yang terbaik atau kucing biasa.

Lain pula yang terjadi kepada pemilik seekor kucing yang diberi nama Trekkie ini, trekkie sangat suka akan makanan bahkan trekkie sangat suka makan makanan apa sahaja asalkan ianya makanan. Beberapa video yang menunjukkan ketekunan trekkie yang mengejar dan merebut makanan daripada pemiliknya membuatkan ramai teruja melihatnya.

Dimana sahaja ada makanan, trekkie akan segera mengejar makanan tersebut walaupun terpaksa memanjat, menerk4m mahupun merebut daripada sesiapa sahaja. Selalunya kucing ini tidak ada yang agres1f seperti trekkie sampai pandai membuka bungkusan makanan yang memang dibeli untuk trekkie.

Mempunyai lebih daripada 600 ribu pengikut di aplikasi Tik T0k membuatkan trekkie menjadi kucing yang popular dek kerana lagaknya yang agres1f dalam mengejar makanan.

LIHAT VIDEO DISINI

Walaupun begitu, baru2 ini penjaga trekkie membuat kenyataan bahawa trekkie sudah tiada lagi di dunia ini.

Tiada maklumat lengkap yang dapat dikongsikan berhubung kehilangan kucing bernama trekkie itu. Trekkie akan diingati walaupun sudah tiada dan sampai sekarang video kecomelan trekkie ini mendapat jutaaan tontonan di seluruh dunia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK