Connect with us

Viral

Video Sajat Persenda Jais Di Tiktok – Saya Lihat Yang 0bses Dengan JAIS Adalah Beliau. Tak Lekang Di Fikiran

Published

on

Sajat

Tak ada apa yang memer4njatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memper0lok-0lokkan JAIS dalam Tik Tok terbaru beliau.

Agar anak-anak muda tidak terlalu terpes0na dengan paparan tersebut, saya coretkan sedikit beberapa pesanan.

Sajat

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Dah lama ayat Quran sebut tentang perkara ini :

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ }

[Surah Al-Mutaffifîn: 29]

Sesungguhnya orang-orang yang derh4ka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

Dalam tafsiran lain:

Sesungguhnya orang-orang yang berd0sa adalah mereka yang dahulu menertawakan orang-orang yang beriman.

Saya yakin para pend4kwah dan pengu4tkuasa JAIS, JAWI, JAKIM dll yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan menjalankan tugas mereka sudah lali dengan c3muhan – cemuhan ini. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara mereka.

Saya lihat yang 0bs3s kepada JAIS kini adalah beliau. Tak lekang difikiran.

INTEGRITI

Jika ada yang membela beliau berjaya dengan segala jenis pr0ses asylum etc, ingatlah bahawa integriti beliau boleh dipersoalkan. Beliau meni’pu bahawa dia adalah khun’sa selama ini, akhirnya mengaku bahawa dia seorang tr4nsgend3r.

IBUBAPA BERDOA UNTUK ANAK BERT4UBAT DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR

Saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa individu mak ny4h yang berhijrah di Malaysia dan di Indonesia. Ketika ditemuramah, mereka percaya d0a ibu yang tidak putus-putus mengajak mereka bert4ubat itulah yang menjadi tali pengik4t yang menarik mereka pulang ke jalan yang benar.

Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mend0akan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesil4pannya.

HU’KUM AGAMA DAN “THE L4W OF PHYSIOLOGY”

Hu’kum agama tentang tr4nsgend3r atau Mukhannath sudah jelas.

Hukum fisiologi manusia juga jelas. Sampai bila terpaksa bergantung kepada estr0gen dan anti-andr0gen luaran untuk meny3kat aktiviti test0ster0ne? (pembuangan tes’tis akan mengurangkan h0rm0n test0ster0ne, tetapi test0ster0ne masih dihasilkan oleh kelenjar adr3nal)

Apabila usia meningkat, sel-sel dalam badan akan kurang resp0nsif kepada h0rmon – h0rmon luaran ini. H0rm0n estr0gen luaran ini mungkin terpaksa dikurangkan (maka efek keper3mpuanan atau f3miniz4tion pun berkurang) kerana h0rm0n estr0gen bagi seorang lelaki meningkatkan risik0 d4rah beku, s4kit jantung dan str0ke.

DISKR’IMINASI TR4NSG3NDER DI AUSTRALIA

Lastly, is life as trnsg3nder that ROSY in Australia as compared to Malaysia?

Sajat

Australia sangat-sangat meny0kong pertukaran j4ntina dan penuk4ran identiti diri dan telah pun menga’bsahkan perkahwinan sejenis.

Tetapi kajian database kebangsaan Australia yang diterbitkan dalam bulan Januari 2021 menunjukkan dikalangan tr4nsg3nder:

  1. diskri’minasi pekerjaan yang tinggi 35%
  2. peng4nggurn 3 kali ganda kadar kebangsaan
  3. cubaan mencder4kan diri yang tinggi 63%
  4. cubaan bun’uh diri yang tinggi 43%
  5. d3pr3si 85%
  6. anxi3ty 79%

Kajian ini masih meletakkan punca diskri’minasi dan stigm4, di sebuah negara yang tiada JAWI, JAKIM, JAIS dan undang-undang tasy4bbuh 😊

Semoga kita mengh4rgai apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

Terima kasih Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar di atas penulisan yang amat baik bagi men4mbah kefahaman Ummah.

Sumber : Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar via Ustazah Asma Harun

Viral

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Published

on

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.

Disambut gembira

Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.

Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.

Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Viral

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

Published

on

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

RASA rindu pada insan yang sudah meninggal dunia merupakan satu perasaan sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata.

Demikian juga perasaan yang membelenggu kanak-kanak lelaki bernama Luth ini terhadap arwah bapanya, Zulfikal Ami yang meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu.

Kisah Luth diceritakan ibunya, Amiesya di TikTok selepas melihat kegelisahan anaknya itu gara-gara menanggung rindu.

“Daripada semalam dia tak tidur. Asyik bangun keluar bilik. Apabila ditanya kenapa, dia bagi alasan nak charge telefon, kencing, makan… nak tidur tepi mama.

“Dia cakap sayang mama. Mama ikutkan sahaja kehendak dia semalam. Sedar-sedar pagi tadi cari mana Luth. Dekat ruang tamu tak ada. Rumah sunyi saja,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menjengah ke ruangan dapur, wanita ni melihat si anak berkelakuan persis arwah bapanya yang akan bermain telefon di kedudukan sama sambil minum di meja makan di kediaman mereka di Kelantan setiap kali pulang daripada kerja.

Apabila ditanya mengenai tindakan anehnya pada pagi itu, Luth hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan.

Tanpa berlengah, si ibu menyediakan sarapan air bersama kuih muih untuk mereka sekeluarga.

Kata Amiesya dia juga menyedari bahawa seawal itu Luth sudah selesai mandi berdasarkan keadaan tuala yang bersepah.

Amiesya bersama ahli keluarganya.

Namun apabila ditanya kepada Luth, jawapan diberikan oleh anak lelakinya ini menyentap jiwa hati seorang ibu.

“Saya tanya sama ada adik (Luth) sudah mandi atau belum. Dia jawab sudah kerana nak pergi Kuala Krai dengan papa. Nak pergi kedai dua ringgit (Ecoshop).

“Saya tanya dia papa dekat mana dik? Dia jawab papa dekat kubur. Terus dia diam. Saya panggil dia masuk bilik… tiba-tiba dia menangis,” ujar si ibu.

Dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur… itulah pelukan terakhir untuk Luth.
AMIESYA

“Dud (panggilan Luth) rindu papa… Dud sayang papa,” ujar Luth sambil memeluk tuala buruk yang sering digunakan arwah bapanya.

Pada video dimuat naik si ibu di TikTok, jelas kelihatan si anak menangis teresak-esak sambil memeluk tuala yang dimaksudkan.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata, berkemungkinan perasaan itu sudah lama dipendam oleh Luth sejak kehilangan ayahnya sekitar sebulan lalu.

Apatah lagi menurut Amiesya, Luth merupakan anak yang paling rapat dan manja dengan suaminya.

Bercerita mengenai tanda-tanda yang ditunjukkan suaminya sebelum pergi buat selamanya, Amiesya berkata pada hari kejadian arwah pulang awal dari tempat kerjanya berbanding biasa.

“Haritu dia pulang pukul 4.55 pagi. Dia kejut suruh saya buka pintu. Terus dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur. Itulah pelukan terakhir untuk Luth.

Zulfikal meninggal dunia pada 26 Disember 2022.

“Papa tinggalkan Luth pukul 8 pagi naik motosikal ke JPJ di Gua Musang sebab ada urusan,” imbasnya lagi.

Namun, pada jam 9 pagi wanita ini dikejutkan dengan panggilan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.

Begitulah yang terjadi sebagaimana telah dikongsikan Amiesya di TikTok sehingga mengundang sebak warga maya.

Untuk rekod, rakaman menunjukkan keadaan Luth menangis merindui bapanya itu ditonton lebih 3.1 juta pengguna aplikasi berkenaan.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Published

on

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.

Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.

Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.

“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.

Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.

Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.

Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.

Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.

Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.

Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK