Connect with us

Inspirasi

[Video] Kagum! Lihatlah sendiri ketangkasan pemanah berkuda dari Malaysia ini yang pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia

Published

on

pemanah

Sungguh terpukau dengan ketangkasan wanita bertudung dari Malaysia ini yang mahir menggunakan panah sambil menunggang kuda sehingga dinobatkan dengan beberapa anugerah antarabangsa. Sesungguhnya kami bangga dengan pencapaian anda.

Perjalanan kisahnya sebagai atlet pemanah berkuda pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia menjadikan, Erina Emelina Ismail, 27, antara yang dikenali dalam sukan berkenaan.

pemanah

Empat tahun berkecimpung dalam sukan memanah berkuda, pencapaiannya tidak dir4gui lagi apatah lagi pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan buat julung kalinya diadakan pada 2016.

Selain itu, pingat gangsa yang diperoleh untuk acara Masahee iaitu acara berpasukan dengan dua lagi pemanah dijulang di World Martial Arts Mastership, Korea Selatan pada tahun sama.

“Kalau ditanya bagaimana bermula, jujurnya, saya tak pernah terfikir menjadi seorang pemanah berkuda. Peluang ini datang tanpa diduga.

“Awalnya, saya terb4bit secara tidak ser1us dengan dua sukan ini, memanah dan berkuda. Waktu itu ketika masih kuliah. Apabila dapat tahu berkenaan pemanah berkuda iaitu kombinasi dua sukan ini, saya rasa ia sesuatu yang unik.

“Tapi waktu itu di universiti saya tak ada tempat latihan untuk sukan ini. Jadi saya mula ketika kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat belajar,” katanya yang juga bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota.

pemanah pemanah

Erina Emelina pada mulanya berkenalan dengan beberapa pemanah berkuda Malaysia. Dia kemudian melanjutkan latihan dengan jurulatih ekuestrian, Sarjan Marshal Ajail dari Pusat Ekuestrian Angkatan Tntera Malaysia hingga ke hari ini.

Dalam usaha mengukuhkan teknik dan kemahiran, Erina Emelina yang berstatus pemanah berkuda wanita negara kini berada di bawah naungan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.

Menceritakan serba sedikit perjalanannya sebagai atlet, dia pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Poland, namun pengalaman itu sedikit berbeza kerana perjalanan solo tanpa membabitkan ahli pasukan lain.

“Kalau dilihat, sukan ini adalah gabungan kemahiran menunggang kuda dan memanah. Untuk memanah dengan tepat pada sas4ran, secara pantas sambil harus mengawal imbangan badan di atas kuda, peka keadaan sekeliling dan kombinasi semua itu adalah cab4ran bagi saya.

pemanah

“Bagi mendapatkan kemahiran, ia memerlukan latihan mantap dan berterusan. Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu,” katanya yang menjadikan pemanah berkuda wanita terbaik dunia, Ana Sokolska dari Poland sebagai idolanya.

pemanah

Malah Erina Emelina turut berkongsi tip mencipta keserasian dengan kuda ditunggang. Katanya, dapatkan serba sedikit maklumat dengan pemilik atau pelatih kuda berkenaan karakter haiwan terbabit. Keserasian dicari dengan cara sentuhan, memahami pergerakan dan perangai kuda. Justeru dari situ, kepercayaan boleh dibentuk.

“Sedikit tip untuk yang berminat, tak perlu tergesa-gesa dan tiada jalan pintas untuk jadi seorang pemanah berkuda terbaik serta berkemahiran tinggi. Ambil seberapa banyak masa untuk berlatih dan perbaiki kemahiran memanah berkuda.

“Semangat dan konsisten perlu ada. Sukan ini sangat menc4bar ment4l dan fizikal. Seorang pemanah berkuda perlu mempunyai asas yang bagus sebelum menggabungkan kedua-duanya. Hal ini boleh dicapai dengan cara berlatih dengan jurulatih bertauliah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meningg4l dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Realmerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang red4ksi kami. Segala risik0 akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Inspirasi

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Published

on

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Meskipun ada sesetengah individu menggeIarkan diri sebagai ‘cat l0vers‘, tapi hakikatnya wujud eIemen pilih kasih apabila mereka hanya utamakan jenis yang c0mel dan berbulu Iebat sahaja. Jarang sekali kita melihat haiwan jaIanan dibela atau dirwat, waIhal kucing yang sering kali dianggap ‘jijik’ juga dambakan kasih sayang.

Walau miskin…tapi pemuda ikhlas k0ngsi rezeki & rawat kucing buta dengan penuh kasih sayang

Kisah se0rang pemuda dari Ind0nesia ini berjaya membuka mata ramai pihak, apabila sudi bela seek0r kucing oren buta dan cacat yang ditemui 2 tahun lepas. Walaupun ketika itu hidupnya susah, namun Supriadi ikhlas berk0ngsi rezeki dan kasih sayang dengan haiwan jalanan yang diberi nama Mboy tersebut. Selepas beberapa siri rwatan, ia yang dahulunya lemah sudah jadi Iebih berisi dan gebu sekarang.

TONTON VIDEO DISINI

Mboy pembawa rezeki tuannya…penangan kisah viraI, dapat naik taraf hidup & bina rumah sendiri

Bukan setakat beri ketenangan, bahkan kehadiran Mboy turut mengund4ng lebih banyak rezeki kepada leIaki berusia 32 tahun ini. Selepas kisah kucing istimewa ini dapat sambutan meIuas di platf0rm laman s0sial, kedua-duanya terus bergeIar influencer dan banyak twaran kerja masuk. Ia sekali gus mampu menaik taraf kehidupan Supriadi, termasukIah berpeIuang membina rumah sendiri.

Macam mana nak beritahu yang tuanmu sangat bahagia…kalau b0leh, nak sangat Mboy dapat lihat kali ini saja

Baru-baru ini, Supriadi akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat diijab kabuIkan dengan wanita pilihan yang juga merupakan pencinta kucing sepertinya. Meskipun sudah beristeri, tetapi dia tetap tidak meIupakan kucing kesayangannya sekali gus dibawa ke atas pelamin juga. Walaupun agak mustahil, tetapi lelaki tersebut amat berharap Mboy dapat lihat dirinya sangat bahagia pada hari istimewa itu.

Kredit : IG & TikTok serulingsenja_ / kisahdunia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Pakcik cleaner kumpul saham akhirat, wakaf 2 mesin dialisis harga RM80,000 guna duit hasil jual tanah

Published

on

Pakcik cleaner kumpul saham akhirat, wakaf 2 mesin dialisis harga RM80,000 guna duit hasil jual tanah

BEKERJA sebagai pekerja pembersihan mungkin bergaji kecil.

Namun lelaki ini mempunyai hati dan jiwa yang besar apabila memasang impian untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Begitulah perjalanan hidup individu dikenali sebagai Kali apabila dia mewakafkan dua mesin dialisis berharga RM80,000 ke sebuah pusat dialisis menggunakan wang hasil jualan tanah.

Bercakap kepada mStar, perunding hartanah yang bertanggungjawab menjual tanah milik Kali iaitu Izhar Azimat, 57, berkata, hasrat pelanggannya untuk mewakafkan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang itu disuarakan pelanggannya itu sejak awal tahun lalu.

Dua mesin dialisis yang diwakafkan Kali kepada pusat dialisis di tempat dia bekerja. foto ihsan Izhar Azimat

Namun katanya, hasrat Kali atau Kalipulizan hanya dapat direalisasikan selepas setahun, setelah mengambil kira proses menjual tanah dan tempahan mesin dialisis berkenaan.

“Tahun lepas Kali lantik saya untuk jual tanah dia. Sebenarnya, hasrat dia nak wakafkan mesin dialisis tu sebelum tanah dia terjual lagi. Tanah dia terjual tahun lepas juga.

“Kali sangat istimewa walau dia cuma seorang cleaner. Kalau dalam keadaan biasa, orang seperti dia pasti banyak keperluan untuk dipenuhi tapi dia memilih untuk mengutamakan orang lain,” katanya kepada mStar.

Izhar berkata, Kali yang berusia 50an dan berasal dari Perlis itu merupakan seorang yang merendah diri dan bersederhana.

“Orangnya simple, cuma ada motor, tak ada kereta. Motor itulah yang digunakannya ke sana sini untuk urusan harian termasuk ke tempat kerja di pusat dialisis.

“Saya pernah suarakan dengan cadangan sebahagian duit hasil jual tanah tu, belilah kereta pun walau second hand untuk kemudahan dia berulang-alik ke.

“Jawapan dia juga simple saja ‘Biarlah bawa motor masa hujan sekalipun, saya boleh pakai baju hujan’,” ujar Izhar yang berpengalaman sebagai perunding hartanah selama lebih tiga tahun.

zhar (kanan) dan Kali (dua, kanan) bersama yang lain ketika urusan jual tanah, tahun lalu. – foto ihsan Izhar Azimat

Walaupun tanah yang dijual bernilai enam angka, kata Izhar, Kali tidak pernah melupakan pekerjaan yang menjadi sumber rezekinya sejak bertahun-tahun.

“Dia share gambar mesin dialisis yang diwakafkan tu pada sebelah petang. Saya dapat tahu malam itu dia masih bekerja di sana.

“Bagi saya, dia seorang yang hebat. Dia bukan sahaja menggunakan big percentage daripada hasil tanah yang terjual untuk kegunaan masyarakat, tapi dia masih seperti dulu kerja sebagai cleaner,” katanya yang berasal dari Jerlun di Kubang Pasu, Kedah.

Kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.
IZHAR AZIMAT
Menurut Izhar, perkongsian kisah Kali di Facebook sehingga dikongsi lebih 2,000 kali hanyalah bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan masyarakat berwakaf.

“Ramai orang mengagumi orang-orang baik di sekeliling kita seperti Kali. Tapi kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.

“Kalau orang yang bergaji RM7,000-RM8,000 dianggap bernasib baik, tapi gaji dia sebagai cleaner mungkin tak sebanyak itu, tapi dia juga mampu melakukannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang pekerja pembersihan itu.

Kali gembira dapat mewakafkan dua mesin dialisis. foto ihsan Izhar Azimat

Selain itu Izhar mendedahkan antara sebab pekerja pembersihan itu dengan rela hati mewakafkan dua mesin dialisis bernilai RM80,000 di pusat dialisis tempatnya bekerja.

“Kali beritahu dia sudah lama bekerja di pusat dialisis. Dan sepanjang dia bekerja, dia dapat lihat ramai sangat orang dapatkan rawatan tak kira tua atau muda.

“Dia sangat tersentuh, jadi hatinya terdetik untuk mewakafkan mesin dialisis untuk kegunaan orang ramai. Alhamdulillah, hasratnya akhirnya tertunai,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Selalu Pandang Hina Kerana Kerjanya. “Tak Sangka” Gaji Cecah 5 Angka Sebulan.

Published

on

Orang Selalu Pandang Hina Kerana Kerjanya. “Tak Sangka” Gaji Cecah 5 Angka Sebulan.

Pemilik nama Muhammad Shahrul Ezzaiky pernah dipandang hina disebabkan kerjanya yang menjadi salah seorang kru syarikat pembersihan. Anggapan itu pernah membuatkan dirinya yang lebih mesra dipanggil Mamat itu selalu merasa segan untuk bercerita perihal pekerjaan.

Sekarang ini tidak lagi apabila dia merasa semakin selesa untuk berkongsi pengalamanya mencari rezeki di ibu kota singat melalui platform Tiktok.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Mamat memaklumkan hasil gajinya sebulan mencecah 5 angka selepas ditukarkan kepada mata wang ringgit Malaysia.

Berkongsi cerita hidupnya, Mamat 25 yang menetap di Kangkar Pulai berkata, dia sebelum ini telah melakukan banyak pekerjaan tetapi langsung tidak menyangka akan terlibat dalam bidang pembersihan.

‘Saya pernah berkerja jadi anggota bomba bantuan semasa di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor sebelum membuat keputusan bekerja di Syarikat pembersihan dekat Singapura bermula bulan November 2019.

“Saya masuk ke Singapura melalui rakan namun rakan tersebut telah pulang ke Malaysia kerana tidak dapat menahan semasa pandemik covid menyebabkan saya tinggal keseorangan di Singapuran pada waktu itu.

“Pada awalnya saya sedang bekerja di syarikat lain namun gajinya agak rendah untuk menampung kos hidup saya di Singapura semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebetulan pula, syarikat abang saya bekerja sedang ada kekosongan jadi saya cubalah untuk mohon dan alhamdulilah ada rezeki saya diterima” kongsinya semasa dihubungi oleh Harian Metro.

Menurut Ezzaiky @Mamat dia dahulu adalah seorang remaja nakal malah pernah dibuang sekolah tetapi disebabkan usia yang semakin meningkat, timbul kesedaran untuk berubah.

Kata Mamat lagi, peluang untuk bekerja di Singapura juga mahu dimanfaatkan untuk membantu ibu bapa walaupun dirinya tidak mempunyai kelulusan pelajaran tinggi.

“Ada aje yang kecam saya selepas saya membuat perkongsian kisah kerja saya di Tiktok, tapi mulut orang ni kita tak boleh tutup. Saya buat tak tahu ajelah, sampai bila nak rasa malu dan sembunyikan kerja kita, lama-lama orang akan tahu juga.

Impian saya hanya satu, nak menggembirakan mak ayah, setiap kali dapat gaji saya akan dahulukan mereka.

Tujuan saya berkongsi pengalaman di Tiktok pula supaya ramai orang akan tahu kerja macam saya ni juga boleh dapat pendapatan lumayan dan usahlah dipandang hina, kongsinya lagi.

Hari ini kita dapat lihat ramai yang mula suka membuat perkongsian menerusi platform tiktok menggunakan kaedah video. Apa sahaja aktiviti kehidupan, perniagaan dapat kita lihat dengan cara kreatif masing-masing. Tidak kurang juga yang berkongsi video-video yang boleh memberikan inspirasi kepada kita.

Sebagai pengguna, kita wajib menapis terlebih dahulu apakah suapan video yang bakal disajikan kepada kita supaya kita tidak leka dan dapat memberikan manfaat kepada kita. Semoga perkongsian daripada Mamat ini dapat memberikan manfaat dan inspirasi bahawa walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi, kita masih berpeluang untuk mengubah hidup kita dan memperoleh pendapatan yang kita inginkan asalkan berusaha sedaya upaya walaupun dengan menggunakan kudrat tenaga.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK