Connect with us

Semasa

[V] Comel! Dr Wan Azizah hadir majlis kahwin sambil kipas pengantin, tetamu… terbongkar ‘umur’ baju kurung yang dipakai

Published

on

[V] Comel! Dr Wan Azizah hadir majlis kahwin sambil kipas pengantin, tetamu… terbongkar ‘umur’ baju kurung yang dipakai

ISTERI kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah sinonim dengan kipas tangannya.

Terbaharu, gelagatnya yang tak henti-henti mengipas ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan menjadi tular sekali gus menghiburkan netizen di media sosial.

Dalam satu rakaman video yang meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan itu, Dr Wan Azizah dilihat menyapa dan mengipas semua tetamu dengan kipas tangannya semasa menghadiri majlis perkahwinan di Bukit Cheras, Selangor.

“Dialah pengapit sebenar pengantin. Tapi semua dia kipaskan. Hehehe. Tq @Dr Wan Azizah atas kehadiran tadi. Sangat sejuk mata memandang melihatnya. Hehehe,” demikian kapsyen pada video yang dikongsi.

Ketika dihubungi mStar, Wan Amirul Asraf, 29, yang merupakan jurugambar majlis tersebut menceritakan semula kisah di sebalik video yang dirakam pada 26 November lalu dan dianggap ‘comel’ oleh sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Malam Sabtu tu saya jadi photographer majlis seorang client ni.

“Sebenarnya dia bukan pengapit tapi hadir sebagai tetamu yang duduk dengan pengantin di meja beradab saja.

“Masa rakam tu saya dengar dia cuma beritahu pengantin suruh duduk saja tak perlu bangun sebab dia dah nak berangkat balik,” jelasnya yang senang disapa Wan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Wan, ini merupakan kali pertama dia berpengalaman berjumpa dengan bekas timbalan perdana menteri itu secara berhadapan.

Dia yang sudah menceburi bidang fotografi sejak 2014 mengaku begitu teruja sejurus melihat kelibat Dr Wan Azizah ini di majlis tersebut.

Mengagumi kemesraan yang ditonjolkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini membuatkan dirinya mahu memahat kenangan menggunakan lensa kameranya.

Dr Wan Azizah (kanan) bersama pasangan pengantin. Foto: wananiqphotography

“Saya terkejut masa nampak dia tu tapi tak tahu dia datang dari mana. Mungkin ada pertalian dengan pengantin.

“Selepas jumpa pengantin… sebelum dia balik dia ada beritahu nak pergi ke program lain juga tapi saya tak pasti ke mana.

“Pada saya, dia seorang yang sangat peramah dan tidak sombong. Semua tetamu yang datang bergambar atau tegur dia akan layan dengan baik saja,” imbas Wan menceritakan pengalamannya.\

Semua dikipasnya. Aduh comel betul Dr Wan Azizah ni.

NETIZEN

Wan yang menetap di Cheras, Selangor, ini berkata dia tidak menyangka bahawa video tersebut menjadi tular.

Meneliti ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen yang rata-rata menganggap Dr Wan Azizah sangat comel kerana tidak dapat dipisahkan dengan kipasnya.

“Semua dikipasnya. Aduh comel betul Dr Wan Azizah ni.

“Baju dia pakai tu 12 tahun lepas semasa dia datang rumah mak saya di Johor.

Dr Wan Azizah dikatakan masih memakai baju yang pernah dipakai 12 tahun lalu. Foto : wananiqphotography

“Weh terpaling mak-mak. Bagi duit dalam sampul masa kenduri.

“Ayah saya cakap memang dari dia muda dulu suka kipas,” komen netizen pada video asal..

Untuk rekod, ungkapan Wan Azizah Kipas kini menjadi trending dalam carian di platform TikTok.

Malah, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa tindakan menggunakan kipas ini bertujuan untuk kesihatan pergelangan tangan di mana teknik ini membolehkan urat berfungsi dengan baik bagi mengalirkan darah ke otak dan jantung.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

Published

on

Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

SATU dalam sejuta. Wanita ini menganggap dia merupakan wanita paling bertuah apabila hadir seorang lelaki yang menerima kekurangannya sejak lahir.

Tular video menunjukkan pengantin lelaki berarak bersama pasangannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal.

Walaupun tidak berjalan sama tinggi dan duduk sama rendah, namun kedua-dua pasangan ini kelihatan begitu serasi meraikan hari bahagia mereka.

“Ini definisi orang yang tepat akan menerima segala kelebihan dan kekurangan kita,” komen netizen.

Berkongsi cerita kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Nashrul Ridhuan Mohd Nawi berkata, dia berkahwin dengan gadis pilihannya itu di Kuantan, Pahang, pada 21 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas perkenalan lebih tiga tahun.

Pemuda berusia 21 tahun itu mengakui tidak menyangka detik perkenalannya bersama Nurul Anis Natasya Mohd Zawawi, 21, bermula daripada mesej di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat nombor telefon dia (kini isteri) daripada rakan dan mula hantar mesej. Tapi masa tu saya tak tahu penampilannya macam mana dan dia pun tak beritahu.

“Sehinggalah setahun berkenalan, saya berjumpa dengan dia buat pertama kali selepas saya bekerja di pasar malam di Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

Duan menyifatkan isterinya sebagai penyabar dan memahami.

Lebih mesra disapa Duan, dia tidak pernah melihat kekurangan pada isterinya yang merupakan pemegang kad OKU, sebaliknya insan istimewa yang menceriakan hidupnya.

“Bagi saya, isteri adalah seorang yang ikhlas dan pandai berdikari. Apa saja dia nak buat, dia akan usahakan betul-betul dengan sendiri.

“Buktinya, dia sanggup susun sehingga enam kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak dan menyiapkan hidangan. Saya paling suka nasi goreng udang masakan dia,” ujarnya yang berketinggian 160 sentimeter (sm), manakala isteri 118sm.

Pasangan pengantin bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, Duan yang berasal dari Bukit Besi di Dungun, Terengganu itu mengakui kadang-kala mereka menjadi perhatian ramai setiap kali keluar bersama.

“Mereka akan memandang, berbisik dan bercakap tentang kami dari jauh. Ini terutama kanak-kanak yang mungkin tak faham, tapi kami biarkan saja.

Isteri sanggup susun kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak.
DUAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mula-mula dulu mungkin rasa tak selesa, tapi lama-kelamaan kami dah biasa. Hilang perasaan malu kerana mengapa nak fikir apa yang orang lain lihat dan kata.

“Alhamdulillah, keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Mereka lebih utamakan pilihan saya untuk dijadikan isteri,” katanya sambil menambah pernah bekerja dengan bapa mentua sebagai pemandu dan kelindan lori.

Bagi Duan, dia dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Berkongsi hobi sama dengan berkaraoke, Duan yang merupakan anak sulung daripada empat beradik berkata, isterinya bukan sahaja menjadi pelengkap dalam hidupnya, malah mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya juga boleh memasak, dulu pernah masak bihun goreng, mi goreng dan kuey teow goreng di pasar malam. Saya juga boleh masak dan bantu dia memasak di dapur.

“Saya tidak melihat kekurangan pada dia, kerana saya sendiri ada kekurangan. Saya dan dia saling memerlukan,” katanya yang berhasrat untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Sumber: mStar 

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Anak seni kena kental! Faizal Tahir nasihat Sissy jangan cepat putus asa… “Semua orang tahu Mas Idayu macam mana”

Published

on

Anak seni kena kental! Faizal Tahir nasihat Sissy jangan cepat putus asa… “Semua orang tahu Mas Idayu macam mana”

TINDAKAN Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap persembahan Sissy Imann semasa menjurikan program Famili Duo menerima pelbagai reaksi ramai.

Salah seorang penyanyi iaitu Faizal Tahir turut berkongsi pandangannya mengenai isu berkenaan.

“Apabila memberi komen tu janganlah sampai memalukan orang sebab kita semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna.

“Saya faham bila Mas Idayu yang beri kritikan, saya rasa semua tahu dia macam mana.

”Kalau untuk saya secara peribadi takkan ambil hati tetapi lain orang lain penerimaannya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Faizal akan turut serta dalam Konsert Malam Bulan Bintang pada 4 Mac depan yang juga dibarisi artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Sabyan, Opick, Salammusik, Raihan dan Alif Satar & The Locos.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Semasa

Lelaki didakwa ceroboh, tertidur dalam rumah mangsa dihadap ke mahkamah

Published

on

Lelaki didakwa ceroboh, tertidur dalam rumah mangsa dihadap ke mahkamah

SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang didakwa memecah masuk sebuah rumah sebelum tertidur, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh.

Buruh, Raman Balakrishnan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan majistret Norshazwani Ishak di Jelebu, pada Khamis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah milik seorang lelaki, Sin Kong Men di Taman Tanjung di Bahau kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan.

Beliau berkata, tertuduh mempunyai banyak rekod kesalahan lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah, serta dihukum beberapa kali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan diberi atas alasan hanya bekerja dengan pendapatan bulanan RM1,000.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM16,000 dengan dua penjamin terdiri daripada ahli keluarga.

Dia juga diarah supaya melapor diri sekali setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Februari depan.

Terdahulu, polis menahan tertuduh selepas didapati tertidur oleh pemilik rumah berusia 65 tahun.

Tertuduh juga mabuk kerana dilihat mengambil alkohol selepas didakwa memecah masuk rumah.

Ujian air kencing tertuduh didapati positif atas penyalahgunaan methamphetamine. – The Star

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK