Connect with us

Viral

“Unboxing by Husband”, Bila Hal Dalam Kelambu Bukan Lagi Rahsia! – Realmerah

Published

on

emak

Bila s3ks bukan lagi satu rahsia

  1. Tuan puan adik abang kakak sekalian, kita ni hidup ada akal. Kalau betul pun tak mahu guna norma budaya, adat atau negara, berbaliklah pada agama.
  2. S3ks dalam Islam adalah hubungan halal antara suami dan isteri. Hal kelambu orang kata. Halal sehalalnya bila ada ikatan dengan akad nikah. Tetapi wajarkah ikatan ini di buka, dan dipertonton satu dunia?
  3. Ni Emak nak tanya ni, mana malu? Emak yakin amat yang buat ni di tarik rasa malunya. Kepada empunya Axia dan lori hijau tu, ketahuilah, dua tiga perkataan sebegitu tidak langsung menunjukkan kehebatan, malah secara tak langsung mempertontonkan betapa biru dan kuningnya otak kalian.
  4. Dan kepada puan puan yang merakam video unboxing by husband yg sedang trending di TT tu, walaupun hanya rakaman membuka crown and veil Tudung, itu tindakan tidak bijak kerana mengundang imaginasi dan komen “next please”. Adakah selepas ini adegan malam pertama juga nak divideokan.
  5. Inilah hasilnya bila lawak luc4h, perkataan luc4h terus menerus jadi bualan di WhatsApp, di kedai mamak. Jadi normal. Lama-lama, orang ni fikir “So apa la sangat kalau takat tampal di depan lori”.
  6. Orang kata lawak betul pengacaraan kak Lina pom² dan syuk di satu majlis anugerah apa ntah. Emak tengok video keratan tu. Penuh lawak lucah dalam satu majlis anugerah!!! Dan orang ketawa tak henti-henti. Very sick!!!!!!
  7. Sudahlah. Jangan jadi macam binatang. Dah takde segan silu, benda begini pun nak dit3lanjang. Semua orang tahu.
  8. Bila dah terbiasa, adegan dan dialog terlanjur, berzi na, main kayu tiga semua tu dah tak ada rasa apa. Kalau korang tonton drama ke sinteron ke bila jadi gitu, takde perasaan, check balik hati. Sebab selemah-lemah iman, menentang dengan hati. Kalau hati pun tak rasa apa, waspada lah. Istigfar dan kembali balik pada ajaran agama.
  9. Agama Islam ni indah. Belum buat dia dah cegah. Firman Allah Swt. dalam Qs. Al-Isra (17) : 32,

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ اِنَّهٗ كَانَ فَاحِشَةً ۗوَسَاۤءَ سَبِيْلًا

Dan janganlah kamu mendekati zi na; (zi na) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.

Dalam Tafsir Jalalain Juz 1/hal. 230 dijelaskan bahwa penggunaan kata “taqrobu” memiliki makna lebih tegas daripada lafadz “ta’tuu“. Artinya, larangan dalam ayat ini tidak menggunakan kata “jangan lakukan zi na“, tapi “jangan dekati zina“

  1. Apa yang dekat dengan zi na tu? Haa tu lah. Lawak lu cah, tengok drama sampai jutaam views pehtu producer pun buat content gitu je, tengok program lawak-lawak penuh lu cah, tengok p0rn. Semua tu lah.
  2. Jadi Emak nak tanya ni, betul ke kita memang ikut Allah suruh,”JANGAN DEKATI ZI NA?”

Jawab sendiri!

Emak ingat kan aje…

emak

emak

emak

Emak harap anak2 Emak dan keluarga Emak semuanya terhindar dari jadi penyumbang ni.

Please, just stop it!!!

Yang sakit jiwa tengok,

Emak.

 

Sumber : Salwa Mohd Saleh ( Facebook )

Viral

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Published

on

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong pagi tadi membabitkan pergaduhan dua lelaki.

Mangsa (76) dipukul suspek (63) menggunakan sebuah kerusi plastik sebelum dileraikan anggota RELA yang kebetulan berada di situ.

Namun, mangsa yang sedang beredar tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di tepi jalan. Siasatan mendapati suspek yang juga rakan lamanya gagal membayar hutang kepada mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasatan, manakala permohonan reman suspek akan dibuat esok.

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Continue Reading

Viral

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Published

on

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Sekiranya anda biasa membuat tempahan makanan melalui aplikasi, pasti anda akan perasan ada satu pilihan butang untuk anda berikan tips kepada si penghantar makanan, tidak kiralah samada secara digital atau wang tunai.

Walaupun tips ini tidak semestinya diberi kepada penghantar makanan, kemudahan ini memberikan peluang kepada penghantar ini untuk menerima wang lebih dari penghantaran yang dilakukan.

Jika pelanggan tidak memberikan tips, upah untuk setiap penghantaran tetap diperoleh untuk setiap ‘job’ yang diselesaikan. Kemudahan ini memberikan peluang kepada pelanggan sekiranya ingin memberikan hadiah kepada penghantar sekiranya ada rezeki lebih untuk dikongsikan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian oleh seorang pemuda penghantar makanan yang terkejut dengan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggannya.

Perkongisan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan rezeki pemuda tersebut sungguh luar biasa.

Muhamad Faris 28 telah memuat naik satu hantaran di facebook mengenai ceritanya menerima sampul berisi wang tunai berjumlah RM1000 dari seorang pelanggan wanita.

Berikut adalah perkongsian Faris

“Sebagai seorang penghantar makanan, memang akan ada pelanggan yang bermurah hati untuk memberikan tips dan paling banyak saya dapat pun RM50 tapi benda tu saya tak berharap sangat sebab sudah jadi tugas saya menghantar pesanan kepada mereka”.

“Pada suatu hari, semasa saya dalam perjalananm pelanggan itu ada menghantar mesej melalui aplikasi yang memaklumkan supaya saya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul wang yang ada disitu, ujarnya.

Selepas Faris beredar dari situ, Muhamad Faris berehat sebentar di satu kawasan dan cuba membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya bila melihat sejumlah wang RM1000 di dalamnya.

Untuk mendapatkan kepastian, Faris telah menghubungi semula pelanggan wanita berkenaan kerana bimbang mungkin ada kesilapan dan tersalah ambil sampul yang sepatutnya.

“Rupa-rupanya, pelanggan itu memang berhajat memberikan saya wang sebanyak itu”.

“Dia ikhlas untuk berikan kepada saya cuma minta supaya doakan dia dikurniakan zuria dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain”

“Jika diikutkan, saya tak mahu kongsi kisah benar itu di facebook, tapi saya lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas membaca hantaran dari saya , tambah faris lagi.

‘Saya belum lagi usik duit itu tapi saya ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu moga berpanjangan.

“Manalah tahu, dengan sedekah itu, Allah akan makbulkan impian wanita itu untuk memiliki zuriat seperti yang diidamkan, kata Faris.

Marilah kita sama-sama doakan akak pemurah ini supaya dikurniakan zuriat dan semoga Faris si penghantar makanan ini juga dimurahkan rezeki kerana kejujurannya.

Kisah mengenai pemuda dan wanita ini cukup untuk membuktikan wujud manusia yang mulia didunia ini, wanita tersebut mungkin sedang diuji menantikan zuriat yang masih tidak kunjung tiba. Dia telah melakukan sesuatu yang mulia dengan mengharapkan ihsan dari Allah S.W.T supaya suatu hari nanti impian untuk memiliki zuriat akan dimakbulkan.

Bagi pemuda ini pula, ianya bukan sekadar rezeki buat dirinya tetapi membuktikan dia tidak semudah-mudahnya menerima hadiah wang berkenaan selagi tidak dipastikan samada ianya benar diberikan wanita berkenaan atau tidak. Kejujuran inilah yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja dan walau apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, kerana sikap jujur inilah yang akan membawa kebaikan dan dipercayai oleh orang lain sekiranya anda diamanahkan untuk melakukan sesuatu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Published

on

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.

Disambut gembira

Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.

Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.

Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK