Connect with us

Semasa

Tunai umrah bersama keluarga, kanak-kanak empat tahun meninggal di Madinah

Published

on

Tunai umrah bersama keluarga, kanak-kanak empat tahun meninggal di Madinah

Tular beberapa posting di laman Facebook mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan jatuh sakit sebelum meninggal dunia dipercayai akibat demam panas dan jangkitan kuman, pada Selasa lalu.

Difahamkan, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi Madinah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh bapa saudara Nur Alesha iaitu Afiq Zulhafiz Afiq menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar anak syurga tersebut.

Innalillahiwainnailaihirajioun

“Mendapat perkahabaran berita yang menyedihkan buat kami sekeluarga, dikhabarkan anak saudara saya Nur Alesha Ammara telah pergi meninggalkan kita pada jam 3.05 petang waktu Madinah Al Munawwarah.
“Semoga dikurniakan syurga dan ditempatkan di kalangan para solihin aminn yaa Rabbal Alaminn. Terima kasih buat saudara2, sahabat2 handai semua yang mendoakan kesihatan beliau.
“Buat saudaraku Amirul Zul, perancangan Allah itu sebaik2 perancangan. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat kalian sekeluarga, semoga dipermudahkan segala urusan kalian disana hendaknya,” tulisnya.

Umrah bersama keluarga

Seorang lagi ahli keluarga, Hafizzatul Munira yang juga menyertai rombongan umrah berkenaan turut meluahkan kesedihan atas pemergian kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Menerusi catatan di Facebook, dia menyifatkan kanak-kanak itu bertuah kerana disolatkan dan didoakan oleh ribuan jemaah selain dikebumikan berdekatan makam Rasulullah SAW serta ribuan sahabat baginda.

Kematian dicemburui, meninggal di tempat suci

Ratusan umat Islam berebut masuk Baqi, tiap hari Alesha akan didoakan

Sementara itu, seorang pemuda @muhddhuha02 turut berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan momen para jemaah mengiringi jenazah Nur Alesha dan proses pengebumian jenazah kanak-kanak berkenaan.

Perkongsian agensi umrah

LIHAT VIDEO DISINI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حا (@muhddhuha02)

Sumber: Facebook Afiq Zulhafiz Afiq & Hafizzatul Munira, Instagram @muhddhuha02, TikTok @aburizkitraveltours

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

Published

on

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

APABILA menghantar anak ke sekolah, ibu bapa hanya mampu tawakal dan memohon kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi.

Semestinya ibu bapa amat mengharapkan agar anak-anak menimba ilmu dengan mudah, tenang dan selesa di sekolah tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan yang akan berlaku terhadap mereka.

Seorang ibu berdepan kerisauan dan sedih apabila memikirkan tentang nasib anak perempuannya yang bernama Ivy.

Menerusi satu perkongsian di TikTok yang dibuat oleh wanita itu, anaknya begitu teruja untuk pergi ke sekolah di sebelah pagi.

Namun, dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis tersedu-sedu.

Apabila ditanya kepada Ivy, kanak-kanak itu memberitahu tiada seorang pun di sekolah yang mahu berkawan dengannya kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Awal pagi tadi gembira sangat. Semangat nak sekolah.

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

“Balik petang nangis tersedu-sedu. Bila tanya kenapa, no one wants to be friends with me because I speak English,” tulis ibunya pada video.

Menurut pelayar tersebut, Ivy sememangnya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan dari kecil sudah didedahkan dengan bahasa asing di rumah.

Melihat apa yang berlaku, wanita ini mengakui mula timbul rasa bersalah terhadap anaknya sendiri.

“Tak pernah terfikir boleh jadi macam ni. Sorry sayang (Ivy) mama,” ujarnya yang dibelenggu rasa bersalah.

Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu.
NETIZEN
Luahan wanita itu mengenai anak perempuannya yang dibuat menerusi video penuh emosi di laman TikTok miliknya meraih 2 juta tontonan.

Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai komen dan pandangan terhadap apa yang berlaku kepada Ivy,

“Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu. Kena ingat bukan semua orang pandai bahasa Inggeris tapi Bahasa Melayu, (majoriti) anak Melayu faham.

 

Komen netizen di TikTok.

“Jangan menangis sayang. Nak fasih bahasa Melayu ni sebulan saja dah boleh. Nak pandai bahasa Inggeris bukan senang dik. Tapi awak dah mahir yang susah tu dulu.

“Kelas anak-anak saya ramai speaking. Tapi tak adalah tak faham langsung. Untuk sekolah kerajaan memang kena tahu bahasa Melayu untuk pergaulan dan pembelajaran,” komen beberapa netizen pada video.

Justeru, ibu bapa seharusnya mengajar anak masing-masing bahasa Melayu agar generasi akan datang dapat bertutur, memahami dan menulis dengan baik.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Published

on

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Gara-gara enggan ke sekolah, seorang ibu ‘mengertak’ dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis dipercayai terletak di satu daerah di Sarawak baru-baru ini.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq memuat naik video kejadian lucu tersebut memaparkan kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.

Sebab tak nak pergi sekolah, habis viral

LIHAT VIDEO DISINI

Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi sebelum ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.

Bahagian kedua

LIHAT VIDEO DISINI

“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain melakukan janji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit.

Dah suka pergi sekolah

Video berkenaan meraih hampir 973,000 tontonan dan 2429 komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat kerjasama wanita itu bersama anggota polis untuk menakutkan anaknya.

Berkesan kalau buat macam ni

Sumber: TikTok @abellascentzhq

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Murid buat ‘drama’ panjat guru sedang mengajar, dah dukung terus melekat tak nak lepas! Cikgu lenguh, tapi layankan saja

Published

on

Murid buat ‘drama’ panjat guru sedang mengajar, dah dukung terus melekat tak nak lepas! Cikgu lenguh, tapi layankan saja

AKSI seorang murid memanjat seperti Spiderman di hadapan rakan-rakan sekelas menjadi perhatian.

Bagaimanapun, bukan dinding yang dipanjat sebaliknya tubuh seorang guru di dalam kelas.

Tak ubah seperti seorang bapa, guru itu menuruti sahaja kehendaknya.

Sambil mendukung murid berkenaan, dia meneruskan sesi pengajaran dengan penuh semangat seperti mana yang dapat dilihat dalam sebuah video tular.

Guru berkenaan, Zainal Somingan berkata, apa yang dilihat dalam rakaman itu adalah ragam biasa yang berlaku pada sesi pembukaan persekolahan bagi murid-murid prasekolah.

Malah, lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, insiden ‘dukung’ seperti itu turut melibatkan beberapa murid lain sejak hari pertama persekolahan pada Isnin lalu.

“Budak umur lima atau enam tahun pertama kali pergi sekolah, belum biasa dengan kawan-kawan baharu, jadi perasaan takut tu mungkin ada. Bukan hari pertama je, tapi berhari-hari.

“Macam ada kes seorang murid ni, dia menangis nak ikut balik ayah dia. Saya pujuk sambil dukung dia, sudahnya dia tak mahu lepas terus nak dukung selama beberapa minit,” katanya kepada mStar.

Zainal berpengalaman dalam bidang perguruan selama 18 tahun.

Guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam, Selangor itu menjelaskan, apa yang dilakukannya adalah salah satu cara untuk memberi keselesaan kepada murid-murid prasekolah supaya dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

“Sebagai guru, kita tak boleh menggunakan kekerasan. Apabila dia sudah diam selepas dipujuk, ada pula kawannya pula yang menangis… jadi macam bergilir kena dukung untuk memujuk.

“Ada yang saya cuba turunkan walaupun selepas dah tak menangis, tapi naik semula ‘panjat’ nak dukung. Lengan lenguh tapi saya dah biasa,” ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam.

Antara anugerah yang diterima Zainal sepanjang berkhidmat sebagai guru.

Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang perguruan, Zainal memberitahu dia tetap meneruskan sesi pembelajaran bersama semua murid di kelas walaupun dalam keadaan mendukung murid.

“Saya mengekalkan hubungan sebagai guru dengan murid-murid. Walaupun ada murid yang didukung, saya tetap meneruskan sesi perbualan pagi tanpa mengabaikan murid-murid lain.

Lengan lenguh tapi saya dah biasa.
ZAINAL SOMINGAN
GURU
“Masa belajar, belajar, masa bermain, boleh bermain. Saya mahu kesemua mereka berasa seronok datang ke sekolah.

“Ambil masa untuk mereka biasakan diri. Ada yang berdukung berhari-hari sampai dua minggu dan paling lama setengah jam,” katanya sambil menambah isterinya juga berkhidmat sebagai guru.

Zainal (kiri) dan isteri yang juga bertugas sebagai guru.

Zainal yang merupakan lantikan guru cemerlang prasekolah sejak 2012 menerima Anugerah Emas dalam pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 2014.

Turut dikenali sebagai Wak Jenal, guru ini juga menerima Anugerah Perak dalam pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Peringkat Kebangsaan anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Melaka pada 2018 dan 2021.

Zainal (dua, kiri) bersama keluarga.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, bukan semua guru boleh mengajar murid-murid prasekolah kerana banyak emosi yang perlu ditangani.

“Setiap tahun murid baharu dan emosi masing-masing tak sama. Guru kena ada unsur ‘kecindan’ iaitu bertukar mengikut situasi murid dan bijak mengambil hati mereka.

“Harapan kita adalah mereka menunjukkan pencapaian yang positif. Murid tu dari zero, hujung tahun boleh mengeja, menulis, membaca dan seterusnya bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK