Connect with us

Viral

Tidak Punya Rumah, Ibu dan Anak Perempuan Bekerja Sehingga 3 Pagi Demi Kelangsungan Hidup

Published

on

kotak

Bulan Ramadhan ialah bulan di mana umat islam berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan bersedekah..

Sedekah berbentuk makanan menjadi pilihan seorang aktivis kemasyarakatan dan juga Youtuber , Mr.Bie ( Vitaminbae) yang dibantu oleh rakan-rakannya.

kotakMenurut Mr. Bie (Vitaminbae), timnya serta Geng Kejiranan Surau Ria Heights telah meronda-ronda beberapa kawasan di bandar Tawau dan sekitarnya untuk mengagihkan makanan sahur pada beberapa hari lepas.

Misi agihan makanan sahur yang mereka jalankan bermula pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan beberapa kawasan antaranya Hospital Tawau, pondok-pondok pengawal, kawasan bandar dan beberapa lagi kawasan berdekatan.

kotak

Senyuman tidak lekang dari mulut Puan Rubinah walau kehidupannya diuji dengan pelbagai kep4yahan

Ketika misi berjalan iaitu pada sekitar pukul 2 pagi, mereka telah dipertemukan dengan seorang wanita berumur pertengahan 40-an sedang duduk di pinggir jalan bersama anak perempuannya.

Mendekati dua sosok itu, rupanya mereka sedang dalam perjalanan mengutip kotak dan juga tin-tin kosong di sekitar bandar.

Bercerita lebih lanjut, wanita yang dikenali sebagai Puan Rubinah mencari kotak dan tin untuk dijual bagi menyara kehidupan mereka dua beranak. Anak gadisnya yang berumur 8 tahun akan menemaninya mengumpul barang-barang berkenaan.

kotak

Anak perempuan Puan Rubinah yang setia menemaninya mencari rezeki.

Mereka tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa di merata tempat untuk berteduh.

Ikuti kisah penuh Puan Rubinah di pautan ini :

TENGAH MALAM‼️ terjumpa AKAK ni tepi jalan masih CARI REZEKI, ditemani ANAKNYA 🥺..

Perkongsian Vitaminbae :

Di waktu nyenyak dan lenanya tidur malam kita, ramai lagi insan di luar sana yang berjuang mencari sesuap nasi untuk sahur.

Rezeki ketika buat agihan sahur semalam bersama geng Surau Jiran, Ria Heights, ternampak akak ni masih gigih mencari tin dan kotak ditemani anaknya yang berusia 8 tahun.

Allahu, sepanjang beberapa minit bercerita, wajah akak ni tak pernah putus senyum, seolah² semua cukup sempurna kehidupannya, walhal rumah pun tiada, apatah lagi duit simpanannya.

Syukur ada rezeki berbagi amanah kawan² semua dengan akak Rubinah ni. Gembira dia dapat bantuan kawan², dapat telekung utk dipakai solat.

Terima kasih semua yang terus membantu kami meneruskan misi kecil kita.

kotakSemoga ada sinar buat ibu dan anak ini.

Sumber : Vitaminbae

Semasa

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Published

on

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.

Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook search, Harian Metro (Rosli Ilham)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

Published

on

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

ORANG kata kucing hitam dianggap malang, membawa petanda buruk. Betul ke?

Mungkin tanggapan itu sekadar mitos dan kepercayaan bagi sebahagian masyarakat, tidak kiralah sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Namun, seekor kucing hitam menjadi perhatian di media sosial apabila pemiliknya mendedahkan haiwan peliharaannya itu sudah dua kali membantu menyelamatkan individu lain.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Nurul Irma Ismail berkata, kucing hitam yang diberi nama Bulan Gerhana itu merupakan baka domestic long hair dan berusia tujuh tahun.

Memeliharanya sejak kecil, dia yang lebih mesra disapa Emma memberitahu, kucing jantan itu merupakan haiwan yang sangat manja dan mudah dijaga.

“Kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu di rumah keluarga saya di Bukit Wang di Jitra, Kedah. Masa tu hanya mak dan Bulan (panggilan kucing) di rumah.

“Mak saya panaskan kuali sebelum masak lauk makan tengah hari, kemudian dia pergi tengok TV kat ruang tamu sehingga lupa. Biasa la mak dah tua, usia 60an.

“Masa tengok TV, mak perasan Bulan asyik meow, dia datang ruang tamu meow-meow dan kembali ke dapur. Tapi mak saya tak kisah sangat sebab Bulan suka meow,” katanya ketika dihubungi.

Bulan sangat manja dan mudah dijaga.

Bagaimanapun, Emma yang berusia 30 tahun berkata, kucingnya itu berulang kali mengiau dan berjalan antara ruang tamu dan dapur.

“Mak pun pusing tengok dia sambil tanya kenapa? Masa tu baru mak ternampak dapur dah berasap. Kelam-kabut mak bangun dan capai tuala untuk padam api kat dapur.

“Mak melecur sikit di bahagian dagu masa nak padam sebab api dah tinggi, apabila letak tuala, api tu macam menyambar ke muka sikit.

“Apabila api dah padam baru Bulan berhenti meow. Tiada apa yang serius selain kerosakan kecil di bahagian dapur,” ujarnya.

Anggota JPAM membawa keluar ular dari kedai makan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, insiden kedua pula baru berlaku minggu lalu di kedai makan abangnya yang terletak di hadapan rumah.

“Bulan jarang ada di kedai waktu pagi. Tapi hari tu dia di situ sampai abang dan kakak datang buka kedai kira-kira pukul 10.30 pagi. Buka je kedai, Bulan masuk sambil meow-meow.

“Kakak saya ingatkan Bulan lapar sebab dia selalu minta ayam goreng, tapi Bulan buat macam curious tentang something, dia jalan perlahan-lahan ke meja tempat bancuh air.

Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni.
EMMA
“Bulan macam tengok sesuatu dan terus berjalan mengundur. Kakak pun hairan dan dia jenguk bawah meja nak tengok apa yang Bulan nampak,” tambahnya.

Kata Emma, alangkah terkejutnya apabila kakaknya terpandang seekor ular yang sedang melingkar di bawah meja.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

“Tapi bukan ular biasa, abang tengok nampak sisik besar-besar… baru tahu itu adalah ular tedung selar.

“Abang hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan ular tedung tu dari kedai. Lepas abang dan kakak tahu pasal ular tu Bulan pun berhenti meow.

“Alhamdulillah, semua okay dalam kejadian ni. Tapi kalau Bulan tak beritahu ada ular, tak pasti la apa yang akan jadi sebab ular tu besar betul,” katanya lagi.

Emma menolak tanggapan kucing hitam pembawa malang.

Turut membela tujuh lagi kucing, Emma yang mengusahakan bisnes dalam talian berkata, perkongsiannya itu sebenarnya untuk memberitahu bahawa sekiranya manusia menjaga haiwan dengan baik dan sempurna, dengan izin Allah ia akan menjaga dan melindungi kita juga.

“Saya juga nak ubah stereotaip orang tentang kucing hitam ni pembawa malang. Sebab Bulan kucing hitam dan dia adalah kucing paling bertuah yang saya ada.

“Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni. Kucing pun makhluk Tuhan juga yang perlu disayangi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Published

on

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng. Sifat penyayang, lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing baka yang terbaik atau kucing biasa.

Lain pula yang terjadi kepada pemilik seekor kucing yang diberi nama Trekkie ini, trekkie sangat suka akan makanan bahkan trekkie sangat suka makan makanan apa sahaja asalkan ianya makanan. Beberapa video yang menunjukkan ketekunan trekkie yang mengejar dan merebut makanan daripada pemiliknya membuatkan ramai teruja melihatnya.

Dimana sahaja ada makanan, trekkie akan segera mengejar makanan tersebut walaupun terpaksa memanjat, menerk4m mahupun merebut daripada sesiapa sahaja. Selalunya kucing ini tidak ada yang agres1f seperti trekkie sampai pandai membuka bungkusan makanan yang memang dibeli untuk trekkie.

Mempunyai lebih daripada 600 ribu pengikut di aplikasi Tik T0k membuatkan trekkie menjadi kucing yang popular dek kerana lagaknya yang agres1f dalam mengejar makanan.

LIHAT VIDEO DISINI

Walaupun begitu, baru2 ini penjaga trekkie membuat kenyataan bahawa trekkie sudah tiada lagi di dunia ini.

Tiada maklumat lengkap yang dapat dikongsikan berhubung kehilangan kucing bernama trekkie itu. Trekkie akan diingati walaupun sudah tiada dan sampai sekarang video kecomelan trekkie ini mendapat jutaaan tontonan di seluruh dunia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK