Connect with us

Isu Semasa

Tidak perlu tutup pintu sempadan, perintah sekatan kawal Omicron

Published

on

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan perintah sekatan buat masa ini berikutan sistem kawalan kesihatan awam diyakini boleh mengawal penularan varian baharu, 0micr0n.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana belum ada kepastian sama ada varian 0micr0n yang pertama dikesan di Afrika Selatan ini mempunyai kadar keparahan yang tinggi.

Mengulas lanjut, katanya, tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu diperlukan untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai ‘kekuatan’ varian terbabit dan jika kadar keparahannya dikesan rendah ia adalah satu petanda baik.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak tidak perlu panik atau bertindak keterlaluan terhadap kemunculan varian berkenaan berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) masih memantau dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan maklumat terkini.

“Walaupun kita tahu ada varian baharu, janganlah kita panik atau bertindak keterlaluan (over react) untuk pelaksanaan perintah sekatan sebab kita tidak pasti lagi, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak suruh kita buat perintah sekatan.

“Tak payah tutup sempadan sebab sistem kawalan kita sudah ada dan ia boleh dipertingkatkan termasuk membuat ujian secara lebih kerap iaitu pada hari ketiga dan ketujuh membabitkan pengembara yang datang ke negara kita kerana melalui kekerapan ujian ia boleh mengesan (virus). Sistem itu yang kita perlukan.”Persoalannya adakah disebabkan liputan vaksinasi yang rendah di Afrika melonjakkan kes dengan mendadak ataupun 0micr0n memang merebak dengan cepat seperti Delta.

“Sehingga kini kita tidak nampak lagi kadar keparahan 0micr0n dan memerlukan data terkini untuk kita menjangkakannya…kalau ia merebak dengan cepat namun kemasukan ke hospital berkurangan ia adalah petanda baik.

“Mungkin ia berakhir dengan kes keparahan yang kurang dan jadi macam virus selesema,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham menjadi panel dalam Forum Menjangkau Masyarakat Melalui Program Pemberian Vaksin yang dirasmikan secara maya oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, sistem kesihatan awam termasuk saringan di lapangan terbang dilaksanakan di negara ini terbukti berjaya mengelakkan penularan 0micr0n daripada kes indeks pertama membabitkan penuntut dari Afrika Selatan pada 19 November lalu.

Meskipun ketika itu WHO belum mengisytiharkan 0micr0n sebagai varian membimbangkan, beliau berkata, sistem kesihatan awam negara dapat mengesan dan mengawalnya daripada menular dalam komuniti.

“Ramai yang tidak faham kata kenapa kita tidak sekat sebab ketika tarikh 19 November itu belum ada pengisytiharaan bahaya (0micr0n) malah belum ada pelaksanaan mengetatkan kawalan terhadap Afrika Selatan. Hanya pada 26 November WHO isytiharkan V0C.

“Kita kaji semula sampel positif ketika saringan di lapangan terbang pada 19 November itu dan sistem kita dapat kesan dan kawal dengan membuat pengesanan pergerakan kes indeks dalam tempoh kurang empat jam.

“Walaupun kita tidak tahu (ketika itu) kes terbabit adalah 0micr0n sebab kajian yang dijalankan adalah kajian kebelakangan, ia bermakna sampel yang diperiksa dapat tingkatkan kawalan sempadan,” katanya.

Sehingga kini, semua lapan sampel termasuk kontak rapat bagi kes pertama V0C 0micr0n di negara ini dilaporkan negatif C0VID 19.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kemungkinan terhadap situasi berkenaan iaitu sama ada kebolehjangkitan varian terbabit semakin berkurang selepas nilai ambang penghujung jangkitan pada 26 November atau disebabkan pelajar itu sudah divaksin menyebabkan ia tidak menjangkiti individu lain.

Sementara itu, menerusi forum berkenaan, beliau berkata, amalan pematuhan prosedur operasi standard (S0P) termasuk pemakaian pelitup muka dan pengambilan dos penggalak adalah penting bagi mengelakkan negara menerima padah lonjakan kes C0VID 19 seperti mana berlaku di Eropah dan United Kingdom.

“Jika kita lihat di negara Barat, selepas menerima vaksin dilonggarkan kepatuhan S0P menyebabkan kes melonjak semula.

“Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, apa yang berlaku di Eropah dan United Kingdom boleh berlaku di negara kita jadi pencegahan untuk kawal wabak iaitu pematuhan S0P dan pengambilan dos penggalak perlu diteruskan,” katanya.

0micron

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (dua kiri) bercakap ketika Forum Persada Kampus Kuala Lumpur bersama Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur), Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid dan Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Ferdaus di Auditorium Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia. – NSTP/Aziah Azmee.

Isu Semasa

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Published

on

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

“Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.

Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.

“Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” katanya.

Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.

“Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman,” ujarnya.

Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.
ATU ZERO
PELAWAK
Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.

“Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.

“Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka,” katanya kepada mStar.

Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.

Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.

“Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.

“Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran,” katanya lagi.

Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

Published

on

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

NAMA pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita.

Pada Khamis, nama Ustaz Wadi sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di negeri Perlis.

Terbaharu, Ustaz Wadi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, acara dihadirinya di Kampung Padi Machang, Kangar, pada Khamis bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.

“Pada 30 Mac 2023 jam lebih kurang 9.45 malam, saya mengadiri program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar. Saya dimaklumkan penganjur ini bukan majlis pengajian agama dan hanya sembang santai bersama masyarakat.

“Majlis ini melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan agensi bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah di Makkah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.

“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian itu serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” jawabnya dalam satu kenyataan pada tengah hari SabtU

Jelas Ustaz Wadi lagi, dia juga tidak pernah dipelawa untuk permohonan tauliah dan belum bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Saya tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.

“Dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” jelasnya lagi.

Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi mengakui ada menerima surat perintah hadir siasatan daripada JAIPs, namun memohon ditunda ke tarikh lain kerana kekangan masa serta jadual program melibatkan dirinya.

“Pada 29 Mac 2023 saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Kerana kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri memohon untuk ubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.

“Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan oleh DYMM Raja Perlis.

“Semoga kenyataan balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

Published

on

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

SETIAP orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.

Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.

“Mentaliti miskin pemalas!” demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bugkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.

Lelaki ini menunjukkan suasana perumahan tersebut.

Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.

Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.

“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).

“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.

Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.

Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.

Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.

Aku B40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
NETIZEN
Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.

“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.

“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.

Komen netizen di Twitter.

Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.

“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.

“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK