Connect with us

Uncategorized

Tidak Nampak Papan Putih, Murid Suruh Rakan Tanggalkan Songkok Dir0tan 5 Kali!

Published

on

songkok

Gara-gara meminta rakan sekelasnya menanggalkan songkok, seorang murid Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) terletak di Cheras, Kuala Lumpur dilap0rkan telah dir0tan oleh gurunya sehingga mengalami kes4n calar.

Ketua P0lis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhamad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima lap0ran dibuat bapa murid berusia 11 tahun itu pada malam Selasa lalu.

Kenyataan media

“Sias4tan awal mendapati, guru terbabit telah mer0tan pelajar sebanyak lima kali hingga mengakibatkan badannya mengalami kes4n calar dan telah menerima raw4tan di H0spital Kuala Lumpur (HKL).

“Guru tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan mngsa kerana meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas supaya menanggalkan songkok kerana suk4r melihat tulisan di papan putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

songkok

Muhamad Idzam berkata, pihaknya cuba memanggil susp3k bagi rakam keterangan tetapi pengurusan sekolah melap0rkan guru berkenaan sedang bercuti sekali gus berada di luar kawasan.

Tambah beliau, pihaknya memandang s3rius bagi sebarang bentuk keker4san ke atas pelajar sekolah dan k3s disi4sat mengikut S3ksyen 324 K4nun Kes3ksaan.

songkok

Kenyataan Media Ketua P0lis Daerah Cheras berkenaan kes guru mer0tan pelajar sekolah..

Terdahulu, ahli keluarga mngsa berkongsi luahan kepada seorang pengguna laman Twitter dengan mengatakan bahawa anak saudaranya dir0tan berkali-kali sehingga berbir4t.

Sumber: Facebook Polis KL , Twitter @pedoqpop via 0MM

Uncategorized

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Published

on

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan ‘Siu’.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

“Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

“Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

“Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

“Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

“Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.
ANIS ADIBAH HASHIM

“Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain… kalau tak, nanti dia menangis.

“Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung,” ujarnya lagi.

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

“Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

“Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

“Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik,” katanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Published

on

By

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

Kurang gosip, masa ni la nak kumpul aset…

Sumber: Instagram Hafis Naserr

 

Continue Reading

Uncategorized

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Published

on

By

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.

Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.

LIHAT VIDEO DISINI

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Saman je mereka
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

Tahap keselamatan permainan diragukan
Saiful Azif juga turut bekongsi beberapa gambar keadaan tempat duduk permainan tersebut. Menurutnya, tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan untuk mengesan punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial terutamanya di TikTok video beberapa individu tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak laju.

Hal tersebut membuatkan ramai yang berada di tapak fun fair itu panik dan kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila terhempas jatuh ke bawah dari atas permainan berbahaya terbabit.

komen para netizen 

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed), TikTok saifulazif, farinarynaa_

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK