Connect with us

Uncategorized

Terp4ksa Ku’rung Dalam Ruangan Bermangga, Warga Emas Gigih Jaga Cucu Autisme Undang Sebak

Published

on

Satu kisah di sebuah desa mengenai seorang warga emas yang dikenali sebagai Tok Hindun, menjaga cucunya yang autisme sendirian, yang dikongsikan oleh seorang individu bernama Natipah Abu undang sebak para netizen di Facebook.

Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan, warga emas ini tetap menjaga kebajikan cucu kesayangannya agar anak syurga itu betah tinggal di rumah mereka.

Namun kudratnya sudah tidak sekuat dahulu. Tok Hindun sedar, lama-kelamaan dia akan ‘pergi’ jua meninggalkan dunia ini.. Tok Hindun bimbang memikirkan nasib cucu syurganya setelah ketiadaannya. Bait-bait pesan si nenek kepada seorang wanita bernama Kak Pah sangat meruntun hati..

Baca perkongsiannya :

“Kalau ku m4ti, mu ambiklah Mat Pizi ni, pi bela bagi elok tang mana-mana.. “-Tok Hindun

KISAH DI SEBUAH DESA …

Setiap kali menjelangnya Ramadhan  … Kak Pah akan ziarah Tok Hindun. Nenek yang telah berusia 84 tahun ini, tabah menjaga cucu kesayangannya yang austime sejak belasan tahun lalu.

autisme

Alonglah lambang kasih Tok terhadap arwah anak perempuan Tok …ibu Along yang telah pergi akibat k4nser .. Gambar : FB Natipah Abu

Cucu yang yatim piatu itu hakikatnya tak tahu apa-apa pun. Anak syurga itu, tidak boleh bercakap walau sepatah dan tidak juga boleh mengurus diri. Dipakaikan baju … dia buang dan campak semua.

Along … sudah 27 tahun usianya. Mula-mula ayah meninggal, kemudian ibu pula menyusul. Sejak itu .. Along dijaga sepenuhnya oleh Tok Hindun.

Siang hari .. Along terpaksa diletakkan di dlm bilik khasnya. Di bilik khas yang berlantaikan semen dan berjaring separuh itu lah, Along akan mengisi harinya.

Bila ada orang lalu lalang, riuh rendah Along menyapa dgn caranya tersendiri. Waktu makan .. Tok Hindun akan masuk ke dalam bilik dan suapkan Along makan. Bila hendak buang air … Along akan gunakan jamban cangkung di hujung bilik itu.

Walaupun bilik ini dhaif .. tapi sangat bersih. Tiada bau yang kurang  menyenangkan pun dari tubuh Along. Bukti Along dijaga rapi oleh Tok Hindun.

 

autisme

Dunia Along hanya di sini .. adik perempuan Along .. 10 tahun juga telah meninggal dunia tahun lepas … Gambar : FB Natipah Abu

Dulu .. orang tuduh Tok Hindun der4 Along. Malah orang siap lapur kepada polis dan pihak polis turun ke rumah Tok Hindun.

Betul Tok Hindun kurung Along di bilik itu. Betul Tok Hindun pasang mangga sebesar penumbok di tingkap yang menjadi pintu masuk Along ke ruang tengah rumah.

Betul .. malam-malam pintu papan rumah usang  Tok Hindun tu, tak cukup dgn mangga … dia belit pula dgn rantai besi dua tiga hasta.

Sebab …

Kalau Along terlepas keluar, Along akan berlari tanpa mengenal bahaya. Along pernah terlepas keluar dalam keadaan b0gel.

Bukan mudah utk mengejar Along. Kudrat Along sangat luar biasa.  Jika dibandingkan dengan Tok Hindun, Along tepis sekali pun sudah rebah tergolek.

Walaupun rumah Tok Hindun mangga sebesar penumbuk ada dua tiga ketul, rantai besi 3 – 4 hasta ada dua- tiga lapis tapi .. Tok Hindun tak pernah tinggalkan Along sendirian. Ke surau pun Tok Hindun tak pernah kerana bimbangkan Along.

Manalah tahu .. ketika Tok Hindun keluar, rumah buruk itu terb4kar. Macam mana dengan nasib Along ! Menangis air mata dar4hlah Tok Hindun …

Alonglah nyawa Tok Hindun .. setiap malam Along dibawa keluar dari bilik khas dan Along akan tidur dengan nyenyaknya sebelah Tok Hindun. Tak pernah sekali kali Along meng4sari Tok Hindun  jauh sekali menced4rakan orang tua itu.

 

autisme

Walau sudah lanjut usia .. Tok jarang sakit kerana tuah menjaga anak syurga barangkali .. Gambar : FB Natipah Abu

“ Kalau ku m4ti, mu ambiklah Mat Pizi ni, pi bela bagi elok tang mana-mana …. “

Sebak Kak Pah bila Tok Hindun pesan begitu. Selama ni, tak pernah pun Tok cakap begitu. Kak Pah faham maksud Tok Hindun . Tok Hindun mahu Along dihantar ke rumah kebajikan ….

“ Betul ka ni …”

“ Haaa .. mu dengar wi molek. Kalau ku m4ti sok, mu ambiklah dia wak gi mana-mana … wi demo bela bg elok .. “

Kak Pah mengangguk … barangkali Tok Hindun cukup sedar, lambat laun dia  harus pergi meninggalkan Along …

Penulisan hebat daripada : Natipah Abu

Semoga Tok Hindun dipanjangkan umur dan sentiasa sihat tubuh badan untuk terus menabur kasih pada anak syurga ini.

Dah baca, jangan lupa share dan like page Realmerah di Facebook.

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen daripada pembaca. Sebarang komen negatif adalah dilar4ng sama sekali!

Uncategorized

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Published

on

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan ‘Siu’.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

“Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

“Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

“Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

“Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

“Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.
ANIS ADIBAH HASHIM

“Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain… kalau tak, nanti dia menangis.

“Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung,” ujarnya lagi.

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

“Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

“Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

“Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik,” katanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Published

on

By

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

Kurang gosip, masa ni la nak kumpul aset…

Sumber: Instagram Hafis Naserr

 

Continue Reading

Uncategorized

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Published

on

By

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.

Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.

LIHAT VIDEO DISINI

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Saman je mereka
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

Tahap keselamatan permainan diragukan
Saiful Azif juga turut bekongsi beberapa gambar keadaan tempat duduk permainan tersebut. Menurutnya, tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan untuk mengesan punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial terutamanya di TikTok video beberapa individu tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak laju.

Hal tersebut membuatkan ramai yang berada di tapak fun fair itu panik dan kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila terhempas jatuh ke bawah dari atas permainan berbahaya terbabit.

komen para netizen 

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed), TikTok saifulazif, farinarynaa_

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK