Viral
Terlalu Sedih Dengan Pemergian Anaknya, Ibu Kucing Terduduk Sayu Sambil Menangis Hingga Tertidur Buat Ramai Sebak
Terlalu Sedih Dengan Pemergian Anaknya, Ibu Kucing Terduduk Sayu Sambil Menangis Hingga Tertidur Buat Ramai Sebak
Pasti ramai yang bingung dan buntu kerana anak kucing yang ditunggu-tunggu akhirnya di ambang kematian atas pelbagai faktor. Dari tujuh ekor yang lahir, berkemungkinan tiga ekor sahaja yang boleh bertahan atau lebih menyedihkan kesemuanya anak kucing tersebut meninggal.
Sebenarnya, anak kucing pada usia 0-3 bulan sangat mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan rapi. Oleh itu, sebagai pemilik kucing kita haruslah mendapatkan nasihat rawatan daripada pakar dan melakukan pengawasan yang secukupnya supaya perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan.
Perkara ini dapat digambarkan menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @SinstuffCo apabila terdapat seekor kucing betina yang baru sahaja melahirkan anaknya. Kucing itu dilihat telah berjaya melahirkan ketiga-tiga anaknya namun timbul pula perkara lain dimana salah seekor daripada bayinya tidak dapat diselamatkan.
Meskipun begitu, ibu kucing berkenaan tidak faham dengan situasi terbabit kerana ia masih menjilat keseluruhan badan tanpa mengetahui bahawa anaknya telah mati. Sebaik sahaja pemiliknya cuba mengambil anak kucing tersebut, ia dilihat sangat panik dan apabila tuannya datang semula ke sangkar, ternyata ibu kucing itu dilihat sedang bergelinangan air mata.
“Sebak tengok air mata ibu kucing ni…”
Rakaman itu sedikit sebanyak membuatkan ramai warga netizen yang sebak melihat kejadian terbabit di samping ada yang turut menzahirkan rasa kasihan mereka.
“Saya tak expect akan menangis…”
“Sian…”
“Y u people make me cry at 0830???????”
Sumber : Himpunan cerita lawak
Viral
Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun
Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.
Disambut gembira
Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.
Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.
Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.
Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Viral
Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”

Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu… Ramai sebak tonton video anak manja ini – “Dud sayang papa!”
RASA rindu pada insan yang sudah meninggal dunia merupakan satu perasaan sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata.
Demikian juga perasaan yang membelenggu kanak-kanak lelaki bernama Luth ini terhadap arwah bapanya, Zulfikal Ami yang meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu.
Kisah Luth diceritakan ibunya, Amiesya di TikTok selepas melihat kegelisahan anaknya itu gara-gara menanggung rindu.
“Daripada semalam dia tak tidur. Asyik bangun keluar bilik. Apabila ditanya kenapa, dia bagi alasan nak charge telefon, kencing, makan… nak tidur tepi mama.
“Dia cakap sayang mama. Mama ikutkan sahaja kehendak dia semalam. Sedar-sedar pagi tadi cari mana Luth. Dekat ruang tamu tak ada. Rumah sunyi saja,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan dapur, wanita ni melihat si anak berkelakuan persis arwah bapanya yang akan bermain telefon di kedudukan sama sambil minum di meja makan di kediaman mereka di Kelantan setiap kali pulang daripada kerja.
Apabila ditanya mengenai tindakan anehnya pada pagi itu, Luth hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan.
Tanpa berlengah, si ibu menyediakan sarapan air bersama kuih muih untuk mereka sekeluarga.
Kata Amiesya dia juga menyedari bahawa seawal itu Luth sudah selesai mandi berdasarkan keadaan tuala yang bersepah.
Amiesya bersama ahli keluarganya.
Namun apabila ditanya kepada Luth, jawapan diberikan oleh anak lelakinya ini menyentap jiwa hati seorang ibu.
“Saya tanya sama ada adik (Luth) sudah mandi atau belum. Dia jawab sudah kerana nak pergi Kuala Krai dengan papa. Nak pergi kedai dua ringgit (Ecoshop).
“Saya tanya dia papa dekat mana dik? Dia jawab papa dekat kubur. Terus dia diam. Saya panggil dia masuk bilik… tiba-tiba dia menangis,” ujar si ibu.
Dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur… itulah pelukan terakhir untuk Luth.
AMIESYA
“Dud (panggilan Luth) rindu papa… Dud sayang papa,” ujar Luth sambil memeluk tuala buruk yang sering digunakan arwah bapanya.
Pada video dimuat naik si ibu di TikTok, jelas kelihatan si anak menangis teresak-esak sambil memeluk tuala yang dimaksudkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata, berkemungkinan perasaan itu sudah lama dipendam oleh Luth sejak kehilangan ayahnya sekitar sebulan lalu.
Apatah lagi menurut Amiesya, Luth merupakan anak yang paling rapat dan manja dengan suaminya.
Bercerita mengenai tanda-tanda yang ditunjukkan suaminya sebelum pergi buat selamanya, Amiesya berkata pada hari kejadian arwah pulang awal dari tempat kerjanya berbanding biasa.
“Haritu dia pulang pukul 4.55 pagi. Dia kejut suruh saya buka pintu. Terus dia masuk bilik peluk Luth tengah tidur. Itulah pelukan terakhir untuk Luth.
Zulfikal meninggal dunia pada 26 Disember 2022.
“Papa tinggalkan Luth pukul 8 pagi naik motosikal ke JPJ di Gua Musang sebab ada urusan,” imbasnya lagi.
Namun, pada jam 9 pagi wanita ini dikejutkan dengan panggilan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.
Begitulah yang terjadi sebagaimana telah dikongsikan Amiesya di TikTok sehingga mengundang sebak warga maya.
Untuk rekod, rakaman menunjukkan keadaan Luth menangis merindui bapanya itu ditonton lebih 3.1 juta pengguna aplikasi berkenaan.
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah
LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.
Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.
Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.
“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.
“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.
Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.
Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.
Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.
Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.
Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.
Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral11 months ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral10 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral9 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral11 months ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized10 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG10 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi10 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral10 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan