Connect with us

Semasa

Terlalu rindu ayah… ibu buntu si abang peluk baju, adik menangis ajak ke kubur – “Sebelum ni dia tak macam tu”

Published

on

Terlalu rindu ayah… ibu buntu si abang peluk baju, adik menangis ajak ke kubur – “Sebelum ni dia tak macam tu”

VIDEO memaparkan dua beradik sedang menangis kerana merindui arwah bapa mereka ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Dalam video itu, Nur Syazkhalisha Amanda, yang berusia tiga tahun menyatakan hasrat untuk menziarahi pusara, manakala abangnya Muhammad Syazkhalish Amsyar, 6, pula ‘berdamping’ dengan baju kegemaran arwah.

Menurut Nur Ain Atiqah Zaini, suaminya, Syawal Ahmad Basari meninggal dunia pada 26 April 2022, lima hari sebelum umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Ketika dihubungi mStar, wanita berusia 27 tahun itu turut bercerita mengenai kronologi kejadian serta perkembangan terkini dia dan anak-anaknya.

“Arwah meninggal ketika penghujung Ramadan tahun lepas. Dia merupakan pemandu lori. Arwah terbabas dekat Kuala Lipis. Dalam pukul 10 pagi, bos dia yang maklumkan mengenai kemalangan kepada saya.

“Saya hubungi semua hospital kawasan sana tapi tiada jawapan. Akhirnya saya hubungi balai polis, baru dapat tahu suami dah meninggal. Arwah akhirnya dikebumikan di kampungnya di Tapah, Perak,” ujarnya yang menetap di Sri Kembangan, Selangor.

Cha sebut nak pergi kubur. Pada masa sama, si abang pula ambil baju arwah buat peluk. Baju tu arwah selalu pakai.
NUR AIN ATIQAH ZAINI
Senang disapa Ika, dia berkata anak bongsunya yang dipanggil Cha kerap menangis kebelakangan ini kerana terlalu merindukan arwah.

Baru-baru ini dia turut memuat naik video memaparkan dua anaknya yang sedang menangis sehingga ia meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

“Sebelum ni dia tak macam tu. Tapi kebelakangan ini anak bongsu saya kerap menangis. Hari-hari dia menangis nak pergi ke kubur. Kali terakhir kami ziarah kubur pada Disember tahun lepas. Kubur di Tapah. Kami pula di Sri Kembangan.

“Masa dia menangis hari tu, saya rakam video. Kebetulan Cha sebut nak pergi kubur. Pada masa sama, si abang pula ambil baju arwah buat peluk. Baju tu arwah selalu pakai.

“Saya saja la kongsi video tu. Tak sangka viral. Tapi bila baca komen-komen netizen, saya jadi lagi sedih sebab ramai rupanya yang senasib dengan kami,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 2016.

Bercerita lanjut, Ika mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas kematian suami memandangkan dirinya hanyalah suri rumah sepenuh masa.

Foto kenangan mereka sekeluarga.

Lebih pilu, Ika juga berdepan masalah kesihatan mental akibat tekanan daripada kejadian yang memilukan dalam hidupnya itu.

“Lepas suami meninggal, hidup kami berubah sangat-sangat. Sebelum ini saya tak kerja, saya hanya suri rumah. Bila dia dah tak ada, saya bekerja sebagai admin, anak pula hantar kepada pengasuh.

“Tapi saya dah berhenti kerja. Saya ada masalah kesihatan sikit. Saya kena anxiety dan depresi sehingga kena rujuk psikiatri. Sekarang saya bergantung kepada ubat. Kalau tak, saya akan jadi stres dengar anak menangis.

Kali terakhir mereka menziarahi kubur arwah bapa adalah pada Disember tahun lepas.

“Saya juga pernah tak boleh tidur sampai tiga hari. Jadi shaking tak boleh tidur sampai kena makan ubat tidur. Kalau tak, otak saya akan terus berfikir.

“Sekarang kami hanya bergantung kepada duit Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dapat RM1,700 sebulan,” kata Ika yang merancang untuk kembali bekerja tidak lama lagi.

Mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Ika memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga akan melalui situasi sama seperti Hari Raya tahun lalu.

Kata Ika, sambutan Aidilfitri seolah-olah kurang seri selepas kematian suaminya tahun lalu.

“Raya tahun lepas, kami langsung tak buat persiapan apa-apa. Arwah meninggal lima hari sebelum raya. Sepatutnya kami nak pergi beli-belah dengannya. Tapi tak sempat.

“Dia meninggal ketika trip kerja terakhir sebelum cuti raya. Memang dah rancang nak keluar membeli selepas dia pulang. Raya tahun ni pun saya tak tahu lagi macam mana,” ujarnya sebak.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Published

on

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.

Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.

Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.

Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.

Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.

“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.

“Comelnya, Ini spin off baik punya.

Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.

“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.

“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.

Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.

Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Published

on

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.

Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.

Jumpa selepas 36 tahun

Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.

Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti

Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.

Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.

Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.

Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.

Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK