Viral
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh sihat”, Elyana Bebas Dari Kanser!

Seperti Keajaiban, Elyana seperti tak percaya boleh pulih dari kanser!
Kuala Lumpur: “Ya betul, ini adalah satu keajaiban yang memang saya tunggu-tunggu selama ini. Saya selalu berdoa sangat-sangat supaya Allah memberi keajaiban.”
Demikian kata penyanyi Elyana, 36, yang dimaklumkan sudah bebas dan pulih daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, hari ini.
Elyana ketika dihubungi berkata, kalau ikutkan dari segi penyakit dihidapinya itu memang sudah kronik dan sukar untuk pulih. Malah, dia bagaikan sudah tiada harapan untuk sembuh.
“Memang tak ada harapan dan saya sendiri pernah rasa putus harapan kira-kira empat atau lima tahun dulu.
“Saya hidap kanser yang tak baik-baik ini, saya pernah putus harapan dan sediakan diri. Walau apa sekalipun kena bersedia jika penyakit ini memang tak sembuh. Namun, saya selalu minta doa pada Allah agar panjangkan umur untuk teman anak sampailah ada orang lain boleh jaga sebagaimana saya beri kasih sayang kepada mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut penyanyi lagu Kalis Rindu ini, sehingga sekarang dia sebenarnya masih belum percaya dengan berita dimaklumkan doktor mengenai dirinya yang sudah bebas dan pulih dari kanser.
“Ini keajaiban yang saya masih tak percaya. Ini kerana selama ini saya hanya membayangkan dan berangan-angan saja macam mana suatu hari nanti doktor panggil dan tunjuk dah tak ada kanser di dalam badan saya. Perkara ini yang saya selalu angankan. Seronoknya kalau macam itu, macam ini.
“Kadang-kadang bila dapat tahu ada orang lain sembuh dari kanser, saya jadi sedih dan cemburu. Saya persoalkan kenapa bukan aku, kenapa dia? Saya lagi lama hidap kanser. Perkara-perkara remeh itu yang saya tiba-tiba persoalkan,” katanya.
Elyana berkata, dia sangat berterima kasih kepada semua yang mengenali rapat dirinya dan buat yang tidak kenal juga kerana sudah mendoakan kesihatannya.
“Bukan saja keluarga, tapi mereka semua iaitu rakyat Malaysia ini yang sangat prihatin. Saya berterima kasih sangat-sangat kerana ini bab-bab kebaikan yang kita kena pandang dan ambil peduli sebab bukan senang nak minta orang doakan kita. Saya amat berterima kasih dan berharap doa yang baik-baik ini akan berbalik kepada mereka semua,” katanya.
Elyana yang dibenarkan pulang ke rumah hari ini dari hospital berkata, dia masih memerlukan rawatan susulan seperti menyudahkan enam kali lagi sesi kemoterapi untuk memastikan sel-sel akar kanser di dalam badannya betul-betul mati dan dia pulih sepenuhnya.
Terdahulu, Elyana berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi, hari ini buat semua pengikutnya dan peminat yang tidak putus memberi semangat selama ini.
Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Elyana. Aamiin…
Kredit : my.Metro
*Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit
Baca lagi : “Kerana Saya Seorang Ibu..” Wanita Ini Menyara Puluhan Anak Angkat Termasuk Anak Yatim!
Baca juga : Menyayat Hati, Mayat Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Dibawah Timbunan Lahar Panas Gunung Berapi Semeru
Jangan lupa baca : Serba Dhaif! Ibu Tunggal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang.
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan