Connect with us

Isu Semasa

TERKINI! Semua Penjawat Awam Terima Gaji, Elaun Minimum RM1,500 [METROTV]

Published

on

gaji

Semua Penjawat Awam Terima Gaji, Elaun Minimum RM1,500 

Kuala Lumpur: Kerajaan kekal prihatin atas caba’ran k0s sara hidup yang dihadapi rakyat sekali gus memastikan semua penjawat awam menerima jumlah gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaacob berkata, tahap pendapatan minimum itu wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani caba’ran k0s sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

gaji

Menurutnya, kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

“Diharap syarikat korporat lain akan turut meneladani usaha ini, malah dalam Bajet 2022, kerajaan mengumumkan bahawa semua syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita sebelum 1 Jun 2023.

“Bukan sahaja sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kita sepatutnya mengiktiraf secara berterusan peranan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosio-ekonomi dan kemakmuran negara.

“Sehubungan itu, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, setiap GLC tersenarai hendaklah mencapai tahap penyertaan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023,” katanya dalam ucapan sempena majlis pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 di sini, hari ini.

gaji

Hadir sama Menteri Kewangan (MOF) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) juga sudah mengumumkan objektif negara untuk mencapai misi sifar karb0n menjelang 2050.

Beliau berkata, dalam merealisasikan aspirasi itu, kesemua GLC dan GLIC disarankan supaya mempunyai sasaran jangka masa sederhana dan sasaran sifar karb0n menjelang 2050 dalam merealisasikan objektif RMK-12 terbabit.

Menurutnya, kerajaan berharap agar pengumuman dasar ini akan memberi manfaat dan kesejahteraan berterusan kepada Keluarga Malaysia.

Sementara itu, katanya, GLC dan GLIC amat penting dalam mencapai visi negara berpendapatan tinggi pada 2025.

“Pembabitan GLC dalam perkhidmatan asas seperti bekalan tenaga, petrol, air, logistik, telekomunikasi telah membolehkan kita mempelbagaikan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian dan sumber asli kepada sektor perindustrian dan berteraskan teknologi seperti semikonduktor.

“Bahkan ini menjadi benteng kita terhadap kri’sis kewangan Asia 1997 hingga 1998 dan kri’sis kewangan global pada 2008.

“GLC dan GLIC juga berperanan penting dalam membangun dan mempertahankan kemajuan sosioekonomi negara.

“Entiti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional dan Petronas banyak membantu negara membina infrastruktur kri’tikal dan mencapai aspirasinya.

“Contohnya, GLC dan GLIC membantu membangunkan satu kumpulan operator lapangan terbang terbesar di dunia (iaitu Malaysia Airports), melahirkan syarikat yang menjadi juara serantau (regional champions) seperti Kumpulan Maybank, CIMB dan Axiata dan membangunkan koridor penting negara seperti Iskandar Malaysia,” katanya.

gajiMenurutnya, GLC dan GLIC menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada setengah juta Keluarga Malaysia dan penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

Katanya, ia juga penting bagi mencapai aspirasi negara maju melalui RMK-12 dalam pembangunan sosio ekonomi negara serta keperluan menyusun semula dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan daya tahan rakyat serta daya saing Malaysia di pentas dunia.

RMK-12 menggambarkan peranan GLC dan GLIC yang diperkukuh dalam usaha memperluas pasaran eksport, membantu komuniti perusahaan dan menceburi sektor strategik yang baharu seperti Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan penggunaan data raya dan analisis data.

“Ini membabitkan pelan strategik termasuk pelaksanaan program bimbingan oleh GLC kepada pengamal profesional kecil dan sederhana (PPKS) dalam sektor perkhidmatan, perluasan model perniagaan inklusif yang menggalakkan membabitkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam rantaian bekalan GLC serta pembiayaan dan pelaburan hijau untuk projek pembangunan mampan dan mesra iklim, termasuk melalui kerjasama awam swasta.

“Selain itu, GLC turut menjadi antara pemacu utama dalam menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan melalui Bajet 2022 seperti JaminKerja Keluarga Malaysia bernilai RM4.8 bilion dan program SemarakNiaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion,” katanya.

Pada 2013, beberapa GLC dan GLIC bergabung usaha untuk menubuhkan Rangkaian Tindak Balas Ben’cana GLC/GLIC (GDRN) bertujuan menyelaraskan pemberian bantuan sosial dan pembinaan semula selepas bencana alam atau mal4pet4ka.

Antara 2013 dan 2016, rangkaian itu menyumbang kepada operasi pemulihan dan pembinaan semula, terutamanya untuk m4ngsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor.

Dalam tempoh dua tahun sejak 2020, GDRN juga berjaya membantu lebih daripada 450,000 orang yang terkesan akibat pand3mik C0V1D-I9 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM327 juta, termasuk geran padanan kerajaan melebihi RM55 juta.

“Kerajaan sedar perlunya potensi rangkaian GDRN ini ditambah baik supaya ia bersifat responsif dan lebih proaktif dalam membina keupayaan dan daya tahan Keluarga Malaysia.

“Sempena majlis ini, saya juga mengumumkan bahawa GDRN kini dikenali sebagai GLC Demi Rakyat dan Negara, dengan skop yang diperluaskan daripada Jalinan Kemanusiaan sedia ada kepada Jalinan Ilmu dan Jalinan Sejahtera,” katanya.

Sumber : MetroTV

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Ibu Keluar Beli Makanan Berbuka, Litar Pintas Dipercayai Punca 4 Beradik Maut

Published

on

Ibu Keluar Beli Makanan Berbuka, Litar Pintas Dipercayai Punca 4 Beradik Maut

Hasrat seorang ibu yang meninggalkan empat orang anaknya di kediaman untuk mencari kelengkapan juadah berbuka puasa bertukar tragedi apabila kesemua anaknya ditemui meninggal dunia.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan insiden menyayat hati itu berlaku sekitar jam 7.49 malam semalam.

Difahamkan, empat adik-beradik iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, disahkan meninggal dunia ketika ditemui di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Raiz Mukhliz, ibu yang berusia 31 tahun itu terpaksa keluar sebentar untuk pergi ke kedai berhampiran manakala ayahnya bekerja di sebuah restoran sekitar bandar.

“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, ibu yang meninggalkan anaknya selama 10 minit itu mendedahkan dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh jiran berdekatan dengan rumahnya.

Kes tersebut diklasikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas namun masih dalam siasatan oleh pihak bomba.

Terdahulu, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

Bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengawal kebakaran yang berlaku dan pemadaman berjaya dalam beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Sakan berjoli guna kad ATM milik warga emas, siap bawa isteri beli iPhone… polis giat buru suspek

Published

on

Sakan berjoli guna kad ATM milik warga emas, siap bawa isteri beli iPhone… polis giat buru suspek

KISAH pasangan dipercayai suami isteri yang didakwa menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas kecoh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang giat memburu suspek terlibat.

“Pada 27 Mac 2023, polis menerima laporan daripada lelaki tempatan yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun.

“Pengadu mengatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali.

“Siasatan telah dibuka. Usaha untuk mengesan suspek juga telah dibuat,” ujar Polis Kuala Langat menerusi satu kenyataan media.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, mStar melaporkan mangsa mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya ‘lesap’ dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad ATM miliknya, baru-baru ini.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.

Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.

Suspek kemudiannya cuba membantu dan didakwa menukar kad mangsa dengan kad berlainan ketika kejadian.

Suspek didakwa membuat sebanyak 23 transaksi termasuklah membeli telefon iPhone 13 Pro Mac di sebuah kedai komunikasi di Kapar.

Resit pembelian gajet itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek turut ditularkan di media sosial.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Published

on

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK