Connect with us

#CELEB

Terkesan dengar lagu teringatkan Ibu kesayangan – DJ

Published

on

Terkesan dengar lagu teringatkan Ibu kesayangan – DJ

Seperti ramai sedia makIum, pers0naliti masakan ters0hor Datuk Redzuawan atau digeIar Chef Wan sangat rapat dengan ibunya kerana hampir berpuIuh tahun menjaga dan merwat wanita tersebut. Walau bagaimanapun bulan laIu, Puan Noraini atau Cik Ani telah prgi dijemput Ilahi selepas lama menderit4 k0mplikasi payudara yang dihid4pinya.

Kita hanya ada se0rang ibu sahaja dekat dunia ni
Sebentar tadi, cef terkenaI berkenaan telah diundang ke k0nti Buletin FM menerusi segmen ‘Bicara Petang Cl0se Up Bersama Chef Wan’. Berk0ngsi kisah kehidupannya selepas pemrgian ibunda tersayang, Chef Wan akui kadang kala gagaI menahan tangisan dek rasa rindu yang menggunung di hati. Namun begitu, dia selalu mengingatkan diri agar terus tabah kerana Iambat laun perkara ini pasti akan berlaku juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by buletinfm (@buletinfm)

Datuk Chef Wan men4ngis teruk bila Haiza dan Hanif mainkan lagu ‘Kasihnya Ibu’

Suasana di ruangan tersebut bertambah sayu apabila lagu dendangan Wann yang berjudul ‘Kasihnya Ibu’ telah dimainkan oleh DJ radio. Tanpa disangka, Datuk Chef Wan terus menangis teresak-esak kerana teringatkan Allahyarhamah Cik Ani. Bukan dia sahaja, bahkan suara Haiza juga kedengaran sedang menahan rasa seb4k di dada apabila melihat reaksi yang tidak dijangka daripada cef selebriti itu.

Yang dah lama kehiIangan pun masih men4ngis tiap kali dengar lagu ni

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata netizen berasa piIu sebaik sahaja mendengar perk0ngsian daripada Chef Wan. Selain itu, Haiza juga sempat mem0hon maaf kerana tidak sangka pemilihan lagu tersebut bakal menyebabkan lelaki berkenaan beraksi sedemikian.

Turut berempati terhadap Chef Wan, masing-masing akui tidak b0leh mendengar lagu tersebut berkumandang di radi0 kerana ia seolah-olah tinggaIkan kesan kepada em0si para pendengar.

Kredit: Instagram _chefwan58 & buletinfm / erinsakura

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Published

on

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.

Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.

Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.

Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.

Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?

Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.

Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.

Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Continue Reading

#CELEB

Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Timang Cucu Ke-3! Hanna Faresha Selamat Bersalin Anak Lelaki

Published

on

Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Timang Cucu Ke-3! Hanna Faresha Selamat Bersalin Anak Lelaki

Siapa sahaja yang tidak mengenali Fauzi Nawawi yang merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Dikenali dengan watak antag0nis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff membuatkan namanya lebih dikenali.

Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab net1zen suka melihat mereka.

Meniti usia 48 tahun tidak menyangka pelakon ini sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu apabila anak perempuannya iaitu Hanna Faresha selamat timang cahaya mata lelaki pada awal tahun.

Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi bersyukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan dia dikurniakan dua cucu dan sudah pasti cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.

Semalam, Hanna Faresha berkongsi berita gembira bergelar ibu selepas selamat bersalin anak lelaki pada 3 Januari 2023 dan diberi nama Tuah Hamzah bin Mohd Aqif.

Hanna Faresha selamat menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 12 Disember 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha)

Sekadar pengetahuan Hanna merupakan anak ketiga hasil dari perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya. Merupakan adik kepada bekas juara Mentor Milenia 2016, Fareez Hazwan dan anak tiri kepada pelakon cantik, Lisdawati.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

#CELEB

Fattah Amin lancar 5 lagu zikir sempena Ramadan, harap dapat beri ketenangan kepada pendengar

Published

on

Fattah Amin lancar 5 lagu zikir sempena Ramadan, harap dapat beri ketenangan kepada pendengar

Fattah teruja dapat melagukan zikir menerusi aplikasi Mukmin Pro.

SEMPENA Ramadan ini, penyanyi Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.

Kata Fattah, dia berharap dengan alunan zikir-zikir ini dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Fattah ketika pelancaran lagu zikir yang diadakan baru-baru ini.

“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua,” katanya.

Antara lima trek zikir yang dialunkan oleh pelakon filem Mat Kilau itu termasuk Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Peminat pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini bagi refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan.

Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK