Connect with us

Semasa

Tergamak ada kata tak payah kesian mangsa tanah runtuh, Fazley Yaakob minta tolak beza bangsa dan agama untuk tunjuk simpati

Published

on

Tergamak ada kata tak payah kesian mangsa tanah runtuh, Fazley Yaakob minta tolak beza bangsa dan agama untuk tunjuk simpati

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob kesal apabila terdapat segelintir pihak bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada Jumaat lalu.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 44, berkata, kebebasan bersuara perlu pada tempatnya dan tidak sewenang-wenangnya menyentuh isu agama dan bangsa dalam menunjukkan rasa simpati terhadap mangsa.

Tambah Fazley, adalah lebih baik sekiranya masyarakat mendoakan segala urusan mangsa dan penyelamat dipermudahkan berbanding berkongsi sesuatu yang tidak enak dibaca.

“Betullah netizen itu bebas bersuara, tapi kenalah juga tengok keadaan. Bila isu bangsa dan kaum jadi kayu pengukur untuk tentukan tahap kesihatan terhadap mangsa, saya sendiri turut terkesan.

Datuk Fazley luah rasa kesal terhadap sikap pihak yang tidak prihatin.

“Tolong tolak beza bangsa dan agama. Hati-hati bila buat posting. Lebih baik kita mendoakan agar dipermudahkan urusan,” katanya.

Perkara itu diluahkan Fazley selepas membaca sebuah kenyataan di Twitter yang mengajak orang ramai untuk tidak bersimpati terhadap mangsa tanah runtuh.

“Mangsa tanah runtuh bukan orang kita, jadi tak payahlah kesian sangat,” tulis twit berkenaan.

Fazley turut berharap agar semua pihak lebih sensitif dalam meluahkan sesuatu perkara di media sosial terutama dalam kejadian seperti ini kerana bimbang akan melukakan hati keluarga mangsa.

“Korang, kita nak masuk 2023 dah ni. Tak perlulah semua orang diingatkan apa yang perlu di post dan apa yang perlu difikirkan semula sebelum di post.

Tanah runtuh di Batang Kali korbankan 23 mangsa setakat ini.

“Mohon lebih sensitif dengan kemungkinan ada ahli keluarga mangsa yang terbaca komen-komen sinis itu. Dah namanya rakyat Malaysia maka bukan hanya bola sepak yang menyatukan kita tetapi musibah juga seharusnya membuatkan kita semua bersatu hati dalam simpati,” katanya lagi.

Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada awal pagi Jumaat.

Sehingga kini, jumlah kematian telah meningkat sebanyak 23 orang bagaimanapun 10 mangsa lagi masih dalam misi menyelamat.

Sumber: mStar 

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik

Published

on

Selalu Tiap Jumaat Ada Duit RM100 Dilipat Dlm RM1, Tapi Skrng Dah Takde.. AJK Masjid Risau Keadaan Penderma Unik

Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih ‘rancak’ ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma.

Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat.

Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung.

“Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama.

“Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya.

Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Dia tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu.

Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1.

“Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

“Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada uruan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK