Connect with us

Semasa

Terengganu larang tayang ‘Pulau’… Belum masuk panggung penerbit dah rugi RM500 ribu

Published

on

Terengganu larang tayang ‘Pulau’… Belum masuk panggung penerbit dah rugi RM500 ribu

PENERBIT Fred Chong kesal apabila filem Pulau tidak mendapat kebenaran tayangan di Terengganu susulan kontroversi menyelubungi karya berkenaan sebelum ini.

Fred berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat daripada pihak Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu pada awal Februari lalu atas alasan terdapat adegan unsur-unsur keterlaluan.

Meskipun kecewa dengan keputusan itu namun Fred berkata pihaknya akan meneruskan tayangan filem tersebut yang dijadualkan pada 9 Mac ini.

Fred Chong kecewa Pulau tidak dapat ditayang di Terengganu.

“Tayangan filem tetap akan berjalan tetapi mungkin tidak ditayangkan di Terengganu. Kami mendapat arahan ia tidak boleh masuk ke sana atas arahan Majlis Perbandaran Kemaman hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

“Saya menerima surat daripada pihak Majlis Perbandaran Kemaman pada awal Februari atas alasan terdapat unsur-unsur adegan yang keterlaluan,” katanya.

Fred berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual bersama media secara atas talian pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Fred bercadang untuk mengadakan tayangan tertutup bersama wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Majlis Perbandaran Kemaman dan pihak pawagam iaitu Tanjung Golden Cinemas (TGV) agar mereka dapat menonton sendiri naskhah tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jelas Fred, dia bimbang sekiranya tindakan kerajaan Terengganu melarang filem itu ditayangkan akan merebak ke negeri lain selepas ini.

“Saya harap saya diberi peluang, jadi saya bercadang untuk menayangkan filem ini terlebih dahulu kepada pihak berkenaan sebelum sebarang keputusan membantah tayangannya di Terengganu dibuat.

Ketika ini saya sedang menunggu surat sokongan sebelum menghantar permohonan kepada Majlis Perbandaran Kemaman.
FRED CHONG
PENERBIT PULAU

“Saya akan bawa wakil Finas termasuk pihak TGV pada sesi itu nanti.

“Bagaimanapun ketika ini saya sedang menunggu surat sokongan sebelum menghantar permohonan kepada Majlis Perbandaran Kemaman bagi tujuan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Fred memaklumkan persepsi negatif orang ramai terhadap filem berkenaan menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar apabila pihak penaja menarik diri dari terus menaja karya berkenaan.

Kata Fred, pihaknya tidak akan mengadakan pengiklanan secara besar-besaran untuk filem tersebut namun tetap meneruskan malam gala pada 28 Februari ini.

“Untuk filem ini, kami telah menanggung kerugian sebanyak RM500,000 kerana pihak penaja menarik diri. Mereka berpendapat filem ini terlalu banyak komen negatif,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fred memaklumkan Pulau akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia tanpa sebarang tapisan manakala 75 pawagam di seluruh negara bersetuju menayangkan filem tersebut.

“Kami harap 100 pawagam selain Pulau akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia tanpa tapisan tetapi untuk tontonan 17 tahun ke atas,” ujarnya.

Sebelum ini treler filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea dan Sabronzo.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

Published

on

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

PENANGAN ‘kuasa’ seorang ibu sememangnya tidak dapat dinafikan.

Manakan tidak, seorang pemuda hanya mampu tersenyum merelakan kukunya yang panjang di jari kelingking dipotong ibu sendiri.

Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.

Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.

“Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.

“Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.

“Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam,” katanya kepada mStar.

Kuku Aliff dipotong pendek.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.

“Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.

“Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu,” ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Buka puasa bersama keluarga selepas insiden ‘potong kuku’.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.

Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.

Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
ALIFF AIMAN ISMAIL
“Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.

“Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai,” ujarnya secara berseloroh.

Aliff (kanan) bersama ibu.

Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.

“Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.

“Pernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak ‘tak lulus’. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula,” katanya.

Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.

“Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya… saya layankan saja demi kebaikan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Published

on

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.

Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.

Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.

Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.

Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.

“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.

“Comelnya, Ini spin off baik punya.

Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.

“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.

“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.

Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.

Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK