Tangan Ghaib Masih Ada? – Steve Darby

0
488

KAFA telah mengumumkan pemecatan Sathit Bensoh sebagai Ketua Jurulatih berkuat kuasa serta merta. Steve Darby juga antara calon jurulatih yang meniti di bibir penyokong. Namun begitu, apa yang pasti, Steve Darby tiada dalam perancangan KAFA.

Semalam Steve Darby memberi respon kepada persoalan dari Vijhay Vick mengenai pemecatan Sathit Bensoh melalui laman Twitter milik beliau. Respon beliau itu mempersoalankan tindakkan KAFA yang memecat Sathit Bensoh.

 

“Apa hubungannya? …seperti biasa, siapa yang menentukan pemain?… masih ada tangan ghaib lagi? dan jika Sathit merupakan jurulatih yang teruk, siapa yang melantik beliau?”

 

Kenyataan Steve Darby itu jelas menunjukkan KAFA tidak mempunyai perancangan yang jelas dan tersusun dalam pemilihan barisan kejurulatihan. Buat sementara waktu, Yusri Che Lah bakal mengambil alih sebagai ‘Caretaker’ pasukan Kelantan. Tugas berat Yusri Che Lah kerana Kelantan bakal bertemu Perak pada 24 Feburuari ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

KAFA seakan telah menekan butang panik dengan melakukan perubahan drastik selepas tewas 0-3 kepada Pahang. Permulaan bagi perubahan ini adalah membawa semula penyerang berbisa Kelantan yang berkelana ke Johor Darul Ta’zim tahun lalu, Mohammed Ghaddar dan Ketua Jurulatih Sathit Bensoh di rehatkan serta merta.

Steve Darby pernah membimbing Kelantan pada 2014 namun tak kekal lama, beliau di pecat pada April 2014 selepas kekalahan memalukan Kelantan menentang Sime Darby. Kelantan tewas 0-4 pada perlawanan terakhir Steve Darby bersama Kelantan.

#RealMERAH

-AT-

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here