Connect with us

Viral

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

Published

on

pelitup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kriti’kan ramai apabila menyokong keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi memb4nteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tular di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terputus.

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti ‘hauk’ di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.

Malah, para netizen turut tertanya-tanya bagaimana pelitup muka tersebut boleh diperakui MDA. Justeru itu, netizen turut mengatakan adab dalam berniaga itu perlu dan tindakan Jovian sebelum ini kini memakan diri sendiri.

pelitup pelitup pelitup

Baca juga:

‘Setiap Suapan Jadi M4rah’- Ulasan Nasi Arab Chef Ammar Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

pelitupPerbezaan pendapat terutama dalam memilih makanan mana yang sedap dan tidak sedap itu bukanlah perkara baru malah boleh dikatakan setiap hari akan ada perbandingan makanan mana yang enak atau pun tidak.

Namun, luahan pendapat seorang pengguna Facebook sejak beberapa hari lalu mengenai ‘rasa’ nasi arab Chef Ammar yang dinikm4tinya membuat netizen tidak senang duduk.

Dalam kiriman yang dimuatnaik kembali di Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar, lelaki tersebut memberi penjelasan panjang lebar kenapa makanan tersebut yang dibeli tidak sama dengan jangkaannya.

“Aku yakin kalau ampa pergi makan kat sepuluh kedai nasi arab atau beriani mamak ke (beriani) gam johor ke, lapan daripada sembilan kedai itu mesti lagi sedap dari ini.

“Aku bukan nak hin4 rezeki, aku cuba sedaya upaya habiskan, tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi m4rah,” tulis lelaki tersebut.

Mengulas lanjut mengenai menu nasi arab bersama lamb shank dan telur saffron tersebut, lelaki itu juga berkata dia tidak ‘menemui’ kesedapan sebenar nasi tersebut.

Ulasan tersebut menurutnya bukanlah ulasan berbayar dan beliau sekadar berkongsikan apa yang dirasakannya malah bersedia untuk menerima reaksi yang hebat atas luahan pendapatnya itu.

Pucuk dicita ulam mendatang

Dan seperti benda-benda lain yang tular di internet, perbezaan pendapat ini sememangnya diraikan netizen-netizen dan mereka tidak menunggu masa yang lama untuk memberikan respon terhadap perkara itu.

Meninggalkan komen di hantaran yang dibuat di page Jelajah Nasi Arab Chef Ammar itu, ada beberapa netizen yang berpendapat lelaki tersebut terk3liru antara nasi arab dan nasi beriani.

pelitup pelitup

Justeru itu netizen berpendapat ianya adalah tidak adil untuk beliau membandingkan antara dua jenis nasi tersebut kerana ia sememangnya berbeza.

Walaupun mempunyai rupa yang lebih kurang sama dan bahan penyediaan kedua-dua juadah tersebut juga memang sudah berbeza apatah lagi rasanya.

pelitup pelitup

Bukan saja dikatakan tidak tahu membezakan nasi arab dengan nasi beriani, malah netizen juga berpendapat kerana beliau sudah terbiasa dengan masakan dari Pulau Pinang atau seperti dikatakan sesetengah netizen mempunyai tekak Penang.

Disebabkan itu beliau dikatakan mempunyai sedikit kesuk4ran untuk menerima citarasa nasi arab yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia di bazar-bazar ramadhan dan restoran Chef Ammar itu sebelum ini.

pelitup pelitup

Ulasan itu bukan sahaja menerima pelbagai reaksi, malah penulis hantaran di Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar , Abdullah Aiman yang difahamkan menjual kepada lelaki tersebut turut meluahkan rasa terkilan dengan perkara itu.

Malah, lelaki tersebut menurutnya sepatutnya berhubung dengan pihak mereka sekiranya mempunyai sebarang adu4n mengenai produk yang dijual pihak mereka daripada membuat perkongsian di Facebook.

“Semalam sewaktu saudara datang di kedai ambil makanan, kami mengalu-alukan dengan senyuman dan doa syukur.

“Saudara ada nombor telefon saya pun untuk saudara adu rasa tak sedap dan sebagainya.

“Tetapi saudara pilih untuk kongsi kepada semua orang dan ajak mereka untuk tidak beli makanan yang kami jual hanya kerana saudara tidak suka rasanya,” jelasnya.

Terbaru, tular lagi mengenai harga nasi arab yang dijual oleh Chef Ammar apabila ada yang mengatakan harganya terlalu mahal. Namun demikian, Chef Ammar telah menyel4r d4kwaan tersebut dengan mengongsikan bahan-bahan yang digunakannya untuk menghasilkan makanan yang dikatakan dijual dengan harga ‘tel 4viv’ tersebut yang akhirnya menutup mulut warganet.

Namun, dilihat daripada hantaran terbaru netizen di tiktok, semakin hari, semakin ramai yang beratur untuk mendapatkan sajian daripada Chef Ammar walau sebelumnya ada yang tidak berpuas hati dengan harganya.

Sumber : Vocket

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK