Semasa
Tak rela biar ibu jaga bapa uzur sendirian, anak perempuan ambil EL balik Kedah! Siap bagi kata dua… “Ikut balik KL atau pergi hospital”

Tak rela biar ibu jaga bapa uzur sendirian, anak perempuan ambil EL balik Kedah! Siap bagi kata dua… “Ikut balik KL atau pergi hospital”
SEORANG ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.
Kata-kata hikmat di atas merujuk kepada ibu bapa menyayangi anak bagai menatang minyak yang penuh tetapi kasih yang dicurah ada kalanya tidak terbalas oleh seorang anak.
Begitulah kisahnya untuk Siti Maryam Idris, 40, yang melalui jerih-perih bersama kakaknya untuk menjaga bapa mereka yang kian merosot tahap kesihatannya.
Melalui satu video tular di TikTok, Maryam dilihat berpeluang merakam kakaknya sedang memapah ayah mereka yang lumpuh separuh badan kerana strok.
“Nak jaga orang tua ni bukan senang. Kalau jaga anak kecil misalnya, walaupun mereka ada kerenah sendiri tapi mereka akhirnya akan dengar kata.
“Warga emas ni, mereka seperti kanak-kanak dalam badan orang dewasa, degil dan susah nak dengar nasihat. Macam bapa saya ni umur 78, tapi susah betul nak ajak dia duduk dengan kami di Kuala Lumpur.
“Lepas tu dia memang liat betul nak pergi hospital. Kami cuma boleh bawa dia pergi klinik dan buat medical check-up biasa je. Dia duduk berdua dengan mak saya di kampung Alor Gelenggang, Kedah,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Maryam, walaupun sedar mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapanya, dia mengatakan membahagikan masa bukannya perkara mudah.
“Saya pun ada keluarga, anak dan suami. Saya mungkin boleh berhenti kerja untuk fokuskan sepenuhnya kepada bapa saya, tapi nanti macam mana saya nak sara keluarga.
Rasa tenang bila mak ayah ada dekat dengan kita, nak tidur pun rasa lena.
SITI MARYAM IDRIS
“Saya pernah cuba untuk ambil haluan ni tapi ada banyak rintangan yang datang. Saya ada rancang nak tinggalkan Kuala Lumpur for good dan duduk dengan mak ayah saya di Kedah.
“Tapi suami saya yang kerja dalam bidang perhotelan susah nak cari kerja dekat sana, mungkin sebab Kedah tak banyak option macam di Kuala Lumpur.
“Jadi ia bukan suatu benda yang mudah,” kata Maryam yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya.
Foto bapa dan ibu Maryam.
Kerana risaukan keadaan ayah mereka di kampung yang sukar untuk dipantau, Maryam dan kakaknya memberikan ayah mereka ‘ultimatum’, iaitu satu pilihan mutlak yang harus dibuat.
“Mak seorang je dah tak kuat nak jaga ayah. Jadi kami cakap dekat ayah, ada dua pilihan je, ikut kami duduk dekat Kuala Lumpur atau pergi hospital duduk dengan doktor.
“Ayah memang tak suka langsung doktor jadi nak tak nak dia terpaksa ambil pilihan untuk duduk dengan kami. Ayah sekarang duduk dengan kakak sulung kami dulu. Kami terpaksa berkeras sikit untuk kebaikan dia.
“Saya dengan kakak duduk berdekatan je di area Damansara Damai, Selangor. Jadi apa-apa pun kami communicate je. Kalau ada hari kakak sibuk kerja dan balik lewat, saya akan singgah jenguk mak ayah dekat rumah kakak, hantar makanan.
“Rasa tenang apabila mak ayah ada dekat dengan kita, nak tidur pun rasa lena. Kalau apa-apa jadi boleh terus rush pergi jumpa ayah,” ujar Maryam yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah firma swasta.
Maryam dan kakaknya menunaikan umrah yang diniatkan untuk ibu bapa mereka.
Walaupun sentiasa berkomunikasi, Maryam mengakui ada kalanya dia tidak dapat lari daripada konflik dan perselisihan faham dengan adik-beradiknya yang lain.
“Kadang ada hari yang adik-beradik kita tak available untuk jenguk mak ayah dan kita pun kebetulan sibuk hari tu. Jadi siapa yang kena korban masa?
“Terpaksa la juga ikhtiarkan cara dengan apa kaedah sekalipun. Contohnya nestum dekat rumah ayah dah habis, minta servis penghantaran tolong deliver ke.
“Kena cari jalan juga. Ingat satu benda je, mak ayah kita dulu akan usahakan, memeras keringat untuk pastikan kita terjaga. Tak akan kita tak boleh buat benda yang sama sekarang,” ujar Maryam.
Ketika ditanyakan bagaimana kakaknya mampu untuk mengangkat bapanya tanpa bantuan, Maryam mengatakan ia seperti alah bisa, tegal biasa.
“Saya pernah ada abang tapi dah meninggal waktu kami kecil lagi, sejak daripada itu tinggal la kami para wanita je. Kami ada tujuh adik-beradik kesemua sekali.
Bapa Maryam kini terlantar sakit.
“Kami dah terbiasa buat kerja-kerja berat yang selalunya lelaki buat, kerja-kerja kampung dah jadi rutin waktu kami duduk Kedah dulu.
“Sebab tu sekarang saya dan kakak kalau nak angkat dan jaga ayah tak ada rasa lelah sangat, kami boleh buat,” ujar Maryam.
Maryam sempat menitipkan pesanan untuk sentiasa mengutamakan dan menghargai ibu bapa kerana peluang itu hanya datang sekali.
“Suami saya selalu tekankan dekat saya untuk jaga mak ayah kita. Tiket syurga kita ada dekat mak ayah kita. Kalau kita sibuk bekerja sampai mak ayah terabai, kita dah kira anak derhaka.
“Jangan berkompromi dalam jaga mak ayah kita, sebab penyesalan yang datang bila mereka dah tak ada tu memang tak dapat diubati.
“Mereka adalah segala-galanya, tak dapat diganti dan hanya ada satu di dunia ini,” ujar Maryam mengakhiri perkongsian.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg
PENANGAN ‘kuasa’ seorang ibu sememangnya tidak dapat dinafikan.
Manakan tidak, seorang pemuda hanya mampu tersenyum merelakan kukunya yang panjang di jari kelingking dipotong ibu sendiri.
Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.
Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.
Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.
“Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.
“Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.
“Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam,” katanya kepada mStar.
Kuku Aliff dipotong pendek.
Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.
“Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.
“Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu,” ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Buka puasa bersama keluarga selepas insiden ‘potong kuku’.
Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.
Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.
Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
ALIFF AIMAN ISMAIL
“Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.
“Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai,” ujarnya secara berseloroh.
Aliff (kanan) bersama ibu.
Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.
“Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.
“Pernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak ‘tak lulus’. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula,” katanya.
Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.
“Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya… saya layankan saja demi kebaikan,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’
PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.
Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.
Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.
“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.
Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.
Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.
Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.
Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.
Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.
“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.
Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.
“Comelnya, Ini spin off baik punya.
Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.
“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.
“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.
Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.
Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini
Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.
Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.
Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.
LIHAT VIDEO DISINI
“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah
Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.
Sumber : I Muslim Network via bicara kini
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan