Connect with us

Kongsi Ilmu

Tak Berse’tubuh Tapi Pe’luk Isteri Sampai Keluar Air M*ni, Batal Ke Puasa? Ini Jawapannya..

Published

on

puasa

Di antara persoalan yang sering diajukan berkenaan puasa adalah hu’kum-hakam yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami dan isteri di siang hari bulan Ramadan. Oleh itu, ramai juga dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah hu’kum memeluk isteri sehingga terkeluar air m4ni ketika di siang hari. Ini penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

HUKUM TIDUR SEBELAH ISTERI & BERPELUK DI SIANG HARI

puasa

Gambar hiasan

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Adakah seorang suami dibolehkan untuk tidur sebelah isterinya berp3lukan pada siang hari Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan riwayat daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ

 

Maksudnya: “Rasulullah SAW menc1um salah seorang isteri Baginda dalam keadaan Baginda sedang berpuasa.”[1]

Begitu juga dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW menc1um (isterinya) dalam keadaan Baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan Baginda berpuasa, akan tetapi Baginda ialah orang yang paling kuat menahan sy4hwatnya.”[2]

Secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Berdasarkan hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga menc1um dan bermesra-mesraan dengan para isteri Baginda.

Berbalik kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya bahawa dihukumkan sebagai makruh bagi sesiapa yang bercum’buan dalam keadaan dia sedang berpuasa jika terngsang sy4hwatnya dan tidak dihuk’umkan sebagai makruh bagi selainnya — yang mampu mengawal n4fsunya.

Namun, yang utamanya adalah meninggalkan perbuatan tersebut. Begitu juga tidak ada beza antara orang tua dan orang muda kerana perkara yang diambil kira ialah terngsang sy4hwat dan dikhuatiri keluarnya air m4ni. Dalam erti kata lain, jika seorang tua ataupun muda itu kuat untuk terngsang sy4hwatnya, maka hu’kumnya adalah makruh, dan jika tidak terngsang sy4hwatnya, maka hu’kumnya tidak makruh. Akan tetapi yang utamanya meninggalkan perbuatan bercu’mbuan itu, tidak kira menc1um pipi, mulut atau selainnya. Begitu juga perbuatan bermesra-mesraan dengan tangan dan berpeIukan, hukumnya adalah sama dengan hu’kum bercumbuan.

KELUAR AIR MANl, BATAL PUASA

puasa

Gambar hiasan

Kemudian, hu’kum makruh yang dimaksudkan bagi sesiapa yang terngsang sy4hwatnya ialah makruh tahrim. Ini merupakan pendapat pengarang al-Muhazzab, al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-‘Abdari dan lain-lain ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Manakala sebahagian lagi pula berpendapat, hu’kum makruh di sini ialah makruh tanzih selagi mana tidak keluar air m4ni. Inilah pendapat yang disahihkan oleh al-Mutawalli. Namun, al-Rafi‘i dan selainnya menyebutkan, pendapat yang paling sahih ialah makruh tahrim. Selain daripada itu, apabila seseorang itu berc1uman dan tidak keluar air m4ni, maka puasanya tidak terbatal tanpa sebarang khilaf di sisi ulama mazhab Syafi‘i, tidak kira bagi mereka yang berpendapat makruh tahrim atau tanzih.

Di samping itu, seluruh fuqaha menyebutkan bahawa perbuatan berc1uman itu tidak membatalkan puasa melainkan berlakunya inzal (keluar air m4ni). Oleh itu, sekiranya keluar air m4ni, maka puasanya batal dan wajib ke atasnya untuk menggantikannya tanpa dikenakan kafarah.[3] Justeru, difahami bahawa puasanya tidak terbatal semata-mata disebabkan perbuatan berc1uman, berpelukan dan bermesraan tetapi disebabkan oleh keluarnya air m4ni kerana perbuatan itu. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab, beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا قَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ ‏ قَالَ: ‏‏أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنَ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah menc1um (isteriku) dalam keadaan aku berpuasa. Maka Baginda SAW menjawab: ‘Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa?’

Imam al-Nawawi ketika mengulas hadith ini menyatakan, Baginda SAW menyamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur-kumur. Sesungguhnya telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur-kumur lalu air sampai ke dalam rongganya, maka ia membatalkan puasa, dan sekiranya air tidak sampai ke dalam rongganya, maka ia tidak membatalkan puasanya. Justeru, ini menunjukan bahawa perbuatan berc1uman (atau berplukan) itu adalah sama sepertinya — yakni berkumur-kumur.

Selain itu, Mantan Mufti Besar Arab Saudi juga ada menyebutkan, seorang lelaki yang menc1um dan bermesraan dengan isterinya selain daripada j1mak, sedangkan dia dalam keadaan berpuasa, kesemuanya itu adalah diharuskan dan tidak mengapa melakukannya kerana Nabi SAW sendiri menc1um dan bermesraan dengan isterinya, sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa.

Akan tetapi jika dia takut terjatuh ke dalam perkara yang dih4ramkan oleh Allah SWT disebabkan cepat ter4ngsang syahw4tnya, maka perbuatan tersebut adalah makruh. Sekiranya air m4ninya keluar (kerana perbuatan itu), wajib ke atas dirinya untuk imsak (menahan diri daripada makan dan minum) dan qadha’ (menggantikan puasa) serta tidak diwajibkan kaffarah di sisi jumhur ulama. Adapun keluarnya air mazi tidak merosakkan puasa menurut pendapat yang sahih dalam kalangan ulama kerana hukum asalnya adalah sah dan tidak membatalkan puasa disebabkan kesukaran untuk mengelakkan diri daripadanya.

Kesimpulannya

puasa

Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa seorang suami yang tidur disebelah isterinya dalam keadaan berp3lukan pada siang hari Ramadhan, hukumnya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahw4tnya ter4ngsang atau dikhuatiri keluarnya air m4ni, dan tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu.

Tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda. Namun, adalah lebih baik untuk dia meninggalkan perbuatan berp3lukan itu, ketika dia sedang berpuasa kerana hal itu adalah lebih selamat dan keluar daripada khilaf. Begitu juga puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air m4ni. Ini adalah sebagaimana pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i.

Walau bagaimanapun, jika perbuatan berp3lukan atau bermesraan itu menyebabkan keluarnya air m4ni, maka puasanya adalah terbatal. Dia wajib menggantikan puasa itu dan tiada kafarah dikenakan ke atasnya.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen. Wallahua‘lam.

Sumber: Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri

#CELEB

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Published

on

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

Published

on

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Published

on

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.

Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.

Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.

Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.

Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?

Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.

Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.

Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK