Connect with us

Bantuan

Syarat-syarat & Cara Memohon, Permohonan Zakat RM500 Secara ‘one-off’ Dibuka

Published

on

Syarat-syarat & Cara Memohon, Permohonan Zakat RM500 Secara ‘one-off’ Dibuka

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli bermula pada 2 Julai lalu bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan kerana hambatan p4ndem1k yang melanda negara.

Bantuan yang dikhususkan kepada golongan B40 ini akan diberikan kepada 15,000 orang penerima dengan nilai tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat berkenaan Bantuan Zakat Selangor Peduli: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka mestilah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir M1skin.
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Dokumen yang perlu dilampirkan

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon wajib melampirkan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  • Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  • Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  • Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya berkaitan)
  • Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya berkaitan)
  • Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya berkaitan)

Cara Memohon
Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di secara atas talian di Portal Khas Asnaf Online LZS (KLIK SINI).

Pemohon juga disarankan untuk membaca semua maklumat yang diberikan di laman rasmi LZS (rujuk – DI SINI) berkenaan dengan Bantuan Zakat Selangor Peduli bagi memahaminya dan memudahkan urusan permohonan.

Diingatkan juga bahawa sekiranya pemohon mengemukakan maklumat serta dokumen lampiran yang tidak lengkap atau palsu, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan berkenaan.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang memerlukan..Semoga Bermanfaat

Sumber:berikerja.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bantuan

3 Beradik Y4tim Piatu Makan Sekali Sehari, Hidup Sendirian Dan Sering Menahan Lapar

Published

on

By

3 Beradik Y4tim Piatu Makan Sekali Sehari, Hidup Sendirian Dan Sering Menahan Lapar

Ya Allah mereka membuat penyapu llidi untuk dijual dengan harga RM 0.30 satu ikat penyapu lidi supayah dapat membeli makanan.

Tidak mempunyai Ayah dan Ibu, 3 anak YATIM PIATU ini terpaksa berjuang sendiri demi untuk terus bertahan hidup.

Dalam seminggu mereka hanya mampu membuat 20 ikat sahaja, artinya dalam seminggu mereka hanya dapat mengumpulkan duit sebanyak RM6 sahaja.

Ayah mereka telah meninggal 2 Tahun yang lalu, manakala Ibu mereka sudah lebih lama meninggal dunia

Adik beradik bertiga saat ini tinggal disebuah rumah peninggalan orang tua mereka yang kini sudah mulai hampir rosak dan tidak akan bertahan lama.

“Begitu pilu, saya sampai terdiam melihat keadaan 3 YATIM PIATU ini, tidak terbayang dengan keadaan mereka harus bertahan hidup sendiri, sedihnya mereka selalunya hanya makan sekali sehari, kerana itu saja kemampuan mereka.” kata penjaga Rumah YATIM PIATU.

Fatmawati, adalah anak sulung dari 3 orang YATIM PIATU ini, terkadang ketika Fatmawati pergi sekolah dia sanggup membawa adiknya karena tidak ada orang yang akan mengurus Aizil dirumah kerana Aeni juga pergi sekolah.

Ketiga beradik itu selalu pergi kehutan dengan jalan yang sangat curam, untuk mengambil daun sawit untuk dijadikan penyapu.

Tiga beradik ini berada di indonesia..Doakan semoga anak-anak ini diberikan perlindunga Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki..Amin

sumber: Agensi

Continue Reading

Bantuan

B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar 25 April Ini Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Kebawah

Published

on

By

penjawat awam

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Kerajaan bersetuju memberi B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

B4NTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRY DIBAYAR 25 APRIL INI

B4ntuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, lapor BH Online.

Selain itu, beliau juga menyatakan pemberian B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi b4ntuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” jelasnya.

Kerajaan berharap dengan pemberian B4ntuan Khas ini boleh meringankan beb4n kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Artikel berkaitan: Semakan Permohonan Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 9 April

penjawat awam

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun pada 1 April.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

SEMAKAN PERMOHANAN KHAS KWSP BERMULA 9 APRIL

Perkara ini dikongsi sendiri melalui Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ahli boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.

Pengeluaran Khas KWSP

KWSP dalam satu hantaran hari ini berkata, pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.

“Anda boleh lakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas bermula 9 April 2022 ini. Semakan boleh dilakukan secara online melalui portal Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ “ jelasnya.

Kerajaan berharap agar para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sumber: BH Online

Continue Reading

Bantuan

“Kami anak yatim. Setelah Abah ‘pergi’, pakcik dan makcik b0lot semua harta peninggalan arwah Abah..”

Published

on

By

anak

Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun. Abah akhirnya meninggalkan kami untuk selama-lamanya kerana sakit jantung. Kami hilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih!

Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta arwah abah. Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah meninggl, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami. Kebetulan, abah meninggl secara tiba-tiba, tanpa meninggalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arwah abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama) end up, lepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat)

Sejak dari itu, abg mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak-beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yg sediakan makan pakai kami. Mereka yg menjaga kami sejak arwah abah meninggl, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arwah abah? Langsung tak hiraukan kami.

Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 org. Tapi, mereka jaga aku dan adik-adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yg anak yatim ni. Pergi sekolah, mereka yg hulurkan duit. Makan pakai mereka yg sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat-dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahulukan kami. Malah dia support suami dia utk jaga kami. Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat. Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah). Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik!

Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku. Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong Paklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.

Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja. Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yg Paklong and Paklong aku topup bagi pihak mak. Mak aku beruntung dapat abg dan kakak ipar yg sangat baik (langsung tak berkira dgn anak yatim). Dan skrg, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yg sara adik-adik aku. Aku dah boleh balas jasa Paklong and Paklong aku sikit-sikit.

Nak tahu apa yg Paklong and Paklong aku dapat sejak dia membela anak yatim? Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak-anak mereka pun sangat berjaya sekarang. Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negara, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua peng0rbanan mereka ke atas anak yatim, Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah, aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku.

Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar. Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini? Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi. Allahuakhabar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.

Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu. Safety memang zero. End up, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain, and Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru. Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la. Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10, 000 utk owner tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle) – Aku panggil Paklong and Maklong aku : abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dgn kami anak yatim.

So, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yg susah especially anak yatim. Allah akan naikkah darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan org senang. Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh, rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak ri4k dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.

Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat.

– Ilya

Sumber : padumedia via coretannasihat.net

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK