Sunnah yg dilupakan. Sunat anak ketika bayi,8 kelebihan Ibubapa tak tahu.

0
3041

Sekarang ini musim sunat anak, maklumlah sekarang dah masuk cuti sekolah. Jadi mungkin ada mak ayah yang berniat nak sunatkan anak.Tetapi ada tak mak ayah yang sunatkan anak lelaki waktu bayi? Agak-agak mana yang lebih OK, sunat anak waktu bayi atau tunggu dulu anak besar sampai 6-7 tahun.

Haaa… sebelum buat keputusan yang tepat, mak ayah boleh ikut saranan ibu kepada dua orang hero, Puan Nur Shazareen Kamarozaman, pengalaman sendiri sunatkan anak waktu kecil.

SUNAT ANAK KETIKA BAYI, SUNNAH YANG DILUPAKAN
Orang arab panggil khitan, orang melayu pula sebut khatan atau sunat, orang-orang tua sebut ‘masuk jawi’.

Ramai yang tak tahu, sunat meng’khatan’kan bayi pada hari ke-7. Ye, selain daripada aqiqah, mencukur rambut, dan memberi nama, berkhatan juga antara sunnah baginda SAW pada hari ke-7 kelahiran.Bayi sesuai dikhatan sejurus selepas lahir sampailah pada usia 4 bulan. Selepas dari tu, agak susah untuk dikhatankan, sebab baby dah mula pandai meniarap.Sayangnya, ramai yang tak tahu atau terlepas pandang pada sunnah berkhatan ini. Menjadi adat juga orang melayu mengkhatankan anak lelaki mereka apabila sudah lewat usia kanak-kanak.

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

Dari Abu Ja’far ra berkata,
“Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)

Alhamdulillah, Taqi & Zaki kami sunatkan waktu mereka 3 bulan.Bagi kami dah agak lewat. Tapi bagi sesetengah orang mereka tanya, kenapa terlampau awal?Antara sebab ramai yang memilih untuk melewatkan khatan anak:

1. Tak tahu khatan antara sunnah hari ke-7 dan sebaiknya disegerakan. 2. Kesian dan risau, takut baby sakit. 3. Tak sampai hati nak lihat proses khatan dan tengok baby nangis. 4. Nak anak-anak rasa pengalaman kena sunat.

Khatan itu sunnah. Maka ia adalah tuntuan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah.Jadi, tak usah fikir tentang ‘kasihan baby’, takut baby sakit dan sebagainya. Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.

Antara kelebihan khatan sewaktu bayi:

1. Bayi kurang rasa sakit, sebab kulit bayi masih lembut. bayi banyak tidur. Macam kita juga, kalau kita tidur, semua sakit terasa hilang. 2. Luka bayi cepat sembuh, seawal 5-7 hari. 3. Bayi tidak perlu berpantang. Mak ayah pun tak perlu penat jaga makanan pantang anak. Sebab makanannya hanya susu semata.  4. Bayi tidak disekat pergerakkannya. Sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je.  5. Bayi takkan rasa takut. Sebab bayi masih belum ada perasaan takut. Berbeza dengan kanak-kanak, mereka sudah kenal erti takut.

6. Mak ayah tak perlu penat pujuk anak supaya mereka setuju untuk berkhatan. Sebab baby memang sedia ada serah diri untuk dikhatankan.  7. Bayi yang dah khatan dapat elak dari penyakit kencing buta. Sebahagian kanak-kanak yang belum sunat akan terkena penyakit kencing buta. Maka, akhirnya doktor sarankan supaya segera dikhatankan.  8. Mak ayah juga tak penat untuk jaga bayi lepas khatan. Sebab penjagaannya sangat mudah.

Bukankah ini semua bukti sunnah itu rahmah? Memudahkan urusan bayi dan memudahkan urusan ibubapa.  Kalau mak atau ayah yang takut, mungkin boleh usaha untuk tak tengok waktu proses khatan. Biarkan nenda bayi atau pakcik dia yang temankan. Jangan sebab kekurangan kita, sunnah itu terpaksa dilewatkan.

Kalau pengalaman sunat yang dicari, Hmmm, banyak lagi pengalaman lain yang anak tu boleh cari. Paling tidak, boleh rekod proses khatan tu pakai handphone. Nanti dah besar, tunjuk semula pada anak tu. Sudah tiba, adat itu ditukar kepada sunnah. Jangan sebab mengikut adat kita meninggalkan sunnah. Sunnah itu lebih utama. Tak rugi sunat anak awal. Malah sebenarnya, besar nanti mereka akan sangat bersyukur sebab mak ayah dorang pilih untuk sunatkan mereka awal.Berapa ramai juga ibuayah menyesal tak sudah sebab tak sunatkan anak dorang siap-siap waktu kecil dulu.

Kalau ada yang dah terlepas, tak mengapa. Teruskan cari waktu yang sesuai untuk sunat anak kalian. insyaAllah dipermudahkan. Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).

Jom, ikut sunnah.Alhamdulillah, proses khatan Taqi & Zaki dulu semuanya dipermudahkan. Saya juga tak berjaga lebih, hidup seperti hari-hari biasa. Hari ke-3 khatan kami dah pergi holiday kat Terengganu.. hehe..Kami khatankan dengan Dr. Khairuddin di Klinik Taqwa, Ipoh. Dr Khairuddin sangat berpengalaman. Kerjanya sangat teliti dan kemas.

Kos cuma Rm140 termasuk ubat. Rasanya agak murah berbanding kebanyakkan tempat biasa. Kalau kat area KL Selangor, kami survey-survey harga lebih kurang Rm250-400. Tu yang kami buat dekat Ipoh je, jimat! Hehe..Waktu tengah khatankan baby, Dr. Khairuddin tunjukkan ‘tahi palat’ yang ada di bahagian dalam penis Taqi & Zaki, Doktor pun cakap,

“Tengoklah, tahi palat baby pun dah banyak macam ni, bayangkan kalau budak umur 12 tahun tak sunat lagi. Banyak mana dah terkumpul dalam tu”.

Ini secebis pengalaman kami. Kami pun tak mampu ikut sunnah untuk khatan Taqi & Zaki pada hari ke-7 disebabkan urusan kesihatan dan pelbagai. Maka kami hanya mampu mengikut sunnah untuk bersegera mengkhatankan mereka.Islam itu sangat indah. Pasti punya banyak hikmah disebalik sunnah berkhatan ketika bayi.Anak kita juga nampak semakin macho & handsome bila dah sunat

Wallahua’lam..

Sumber: Nur Shazareen Kamarozamanvia mingguanwanita.my

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here