Viral
“Suami nampak Suzanna pulang kerumah”- Kemątian Pemain ‘Sundel Bulong’, Suzanna Kekal Mis’teri

Korang pernah tak tengok filem ser4m dari Indonesia yang tajuknya Sundel Bulong? Merem4ngkan bila tengok movie tu. Kalau korang nak tau pelakon utama filem tu pun bergelumang dengan misteri tau. Dari cara dia m4ti sampailah pada penampakan dia selepas kemat1annya.
So, meh sini admin nak bawak korang menyelam dalam dunia mist3ri Suzanna, pelakon yang terkenal dalam filem Sundel Bulong.
- Pelakon Indonesia
Suzanna atau nama penuhnya Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia lahir pada tahun 14 Oktober 1942 dan berada di rumahnya di saat kem4tian di Magelang, Jawa Tengah. Wanita cantik ni digelar “Ratu Filem H0rror Indonesia” kerana namanya meningkat naik dengan lakonannya dalam filem mis’tik seperti Beranak Dalam Kubur.
Malangnya Suzanna ni meningg4l pada 15 Oktober 2008 dan dikebumikan sehari selepas kemat1annya di Tanah Perkuburan Griloyo, Jawa Tengah. Kem4tiannya menjadi buah mulut ramai orang kerana cara dia m4ti dan ramai yang nampak lemb4ga serupa macam Suzanna selepas dia m4ti.
- Sebab kem4tian Suzanna menjadi mi$teri
Okay, so katanya Suzanna ni mat1 disebabkan penyak1t kencing manis yang dia hidap sejak 30 tahun sebelum tu. Tapi ada yang tak percaya kem4tiannya disebabkan oleh peny4kit ni tapi dibvnuh secara senyap. Suzanna m4ti lepas minum susu yang dah jadi habit dia tiap-tiap malam.
Lepas minum tu, suami dia, Clift Sangra nampak Suzanna tarik nafas dalam-dalam dan terus terkulai. Walaupun Clift dah call dua orang d0ktor peribadi check, tapi Suzanna memang dah disahkan m4ti pada waktu tu.
- Suami tak mengaku bvnuh Suzanna
Family Suzanna memang tak berkenan sangat dengan Clift ni yang merupakan suami kedua after kem4tian suami pertama. So, anak perempuan Suzanna, Kiki Maria suspect si Clift ni bvnuh mak dia sebab nak b0lot harta. Tapi Clift memang sungguh-sungguh nafi dia tak ada kaitan dengan kem4tian Suzanna.
Tapi ramai tak percaya jugak lagi-lagi bila setahun lepas kem4tian Suzanna, Clift berkahwin lain dalam majlis besar-besaran dan honeymoon di keliling Eropah. Kiki Maria pernah minta nak buat bed4h siasat tapi tak pasti jika diteruskan ke tak sebab Clift u’gut nak saman family Suzanna kalau result bed4h siasat kata Suzanna betul m4ti sebab s4kit.
- Suzanna dikatakan pernah berguru dan disuruh bert4pa
Clift beritahu yang mendiang isterinya pernah berguru. Walaupun dah tamat menuntut dengan guru tersebut, tapi dia sering dengar suara-suara yang menyuruhnya untuk bertapa.
Dia juga dikatakan akan selalu pergi ke satu tempat ni untuk bert4pa dengan cara merendamkan badan dalam air yang didakwa mempunyai khasiat tertentu. Pengunjung-pengunjung tempat tu pun selalu datang situ nak ambil air tersebut. Tempat yang dia kunjungi tu pun dikatakan keras.
- Suami nampak Suzanna beberapa hari selepas kem4tian
“Suzanna ‘pulang’ ke rumah”
Tiga hari lepas kem4tian Suzanna, Clift dakwa isterinya berdiri dekat depan pintu rumah pakai baju berwarna coklat sambil ucapkan selamat tinggal. Bukan sekali tu je yang dia nampak tau sebab suami dia pernah nampak Suzanna tengok TV sambil mulut memb3bel kritik pasal cerita yang ditonton.
6.Suzanna duduk dalam bilik khas
Clift pernah ternampak kelibat Suzanna sik4t rambut dalam bilik khas. Bilik khas ni untuk Suzanna duduk sorang-sorang dan bert4pa berminggu dan kadang kala berbulan sampai tak keluar bilik. Bilik tu pulak, orang lain tak dibenarkan langsung masuk.
“Clift dengar bunyi ketukan dan nampak Suzanna atas ku’bur”
Suami dia pun pernah cakap yang sejak kem4tian Suzanna, dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding. Yang peliknya bunyi ketukan tu sama macam yang Suzanna selalu buat sepanjang hayatnya kalau dia minta sesuatu. Clift pun pernah nampak Suzanna duduk dekat atas ku’bur waktu dia datang melawat.
- Pembuat batu nis4n sampaikan mesej Suzanna kepada suami
Masa Clift baru cadang nak kahwin lain, pembuat batu nis4n dakwa nampak Suzanna tersenyum berjumpa dengan dia. Bila dah dapatkan nasihat daripada pakar paran0rmal, dia disuruh untuk sampaikan mesej kepada Clift. Tapi Clift ni pulak tak percaya walaupun telah ditunjukkan rakaman r0h Suzana dah r4suk seseorang kat ku’bur. Pelik jugak kenapa dia tak percaya sedangkan dia selalu nampak kelibat Suz4nna dalam rumah.
- Cerita turun temurun dari masyarakat mengenai h4ntu Suzanna
Kisah Suzanna ni memang jadi bualan ramailah. Lagi-lagi sebab after dua minggu kem4tiannya, kec0h bila penduduk Magelag, Jawa Tengah nampak kelibat Suzanna dalam rupa bentuk sundel bol0ng, macam watak lakonannya masa dia hidup. Ada juga yang nampak dia dalam jelm4an watak-watak h4ntu yang pernah dia mainkan dalam movie lakonannya sebelum ini.
Bukan tu je, ramai yang pernah nampak Suzanna berjalan atas bumbung rumah dan sedang bertapa di depan rumahnya di bawah pokok yang menjadi antara tempat favourite dia bertapa masa hidup.
Kisah misteri Suzanna ni tak ada penghujung. Hingga sekarang tak tahu kebenaran di sebalik kem4tiannya itu tapi yang pasti Suzanna akan sentiasa diingati sebagai Ratu Filem H0rror Indonesia.
Sumber : BHOnline
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan