Sepinggan nasi + sup + telur = RM50 mahal? Ini nilai yang korang jarang faham.

Pernahkan dengar pepatah berkasih biar satu,kawan biar beribu. Tetapi dalam ramai-ramai kawan kita tu yang mana agak-agaknyabetul memahami kita sewaktu kita susah? Dalam beribu tu adakah kawan yang digelar sahabat sejati? mungkin ada dan mungkin tidak. Kalau ada pun boleh kira dengan jari.

Selalu kita dengar support la member atau kawan berniaga. Yelah,orang berniaga ni bukan mudah, ada masa mereka senang ada masa mereka susah. Tak tentu. Tak macam orang makan gaji. Tapi selalu bila dengar kawan berniaga, ada juga kawan yang mula menjauhkan diri. Contoh la kalau dlu post apa-apa di facebook banyak dapat like dan komen. Bila kawan mula berniaga nak dapat satu like pun payah. kan..kan… Eh merapu pulak.

Apa yang kita nak cerita kat sini adalah support lah kawan-kawan anda yang berniaga. Itu tanda anda kawan sejati buat mereka. Seperti yang dilakukan oleh Saudara Mohd Fadli Salleh ini, beliau memahami keadaan kawannya yang sedang susah. Beliau memesan hanya sepinggan nasi,sup dan telur dan bayar RM50. Kalau ikut kan memang tak sampai RM50 harga semua makanan tu,tetapi disebabkan dasar kawan, RM50 itu tak senilai pun dengan hubungan persahabatan mereka. Semoga kisah ini memberi inspirasi buat kita.

Kawan Mula Berniaga

Sepinggan nasi sup dan telur dadar ini harganya RM50. Mahal? Tidak. Bahkan itu sangat murah sebagai tanda sokongan.Hari pertama Awe buka kedai, aku cuma order air Teh O panas sahaja. Hanya segelas air, dan aku bayar RM50 tanpa minta baki.Bukan tunjuk kaya. Tapi tanda sokongan seorang kawan.

Dia baru buka kedai, nak tolong masak aku tak pandai. Maka sebagai tanda sokongan untuk dia, aku bayar RM50 tanpa ambil baki.Kini dah hampir setahun Awe berniaga. Perniagaannya agak okey. Agak memberansangkan jugalah kiranya.Beberapa hari lepas, sale kedai Awe agak slow.

Adat Orang Berniaga

Hari hujan dan pelanggan agak kurang. Sedangkan pekerja kedainya bertambah dari dua menjadi empat.Orang kampung dia datang bertanya kerja dan dia terima kerana kasihan. Padahal sale kedai sebelum ini pun cukup-cukup makan sahaja.Bila sale slow, maka tak usah bercakap soal untung. Nak dapatkan modal balik pun payah.

Orang berniaga ni, rugi tu pasti. Untung itu rezeki.Sebab tu Isnin lepas aku pergi kedai dia dan order makan. Biasanya aku tak pernah order apa-apa. Sampai je kat kedai, sampailah makanan, sampai je air yang dia belanja. Ini kali aku order khas.Bila aku nak bayar, dia tak nak ambil duit. Belanja katanya.

Tapi sebagai kawan, aku pun faham dia punya perniagaan tengah slow. Orang tengah susah hati sale slow, jika aku terus menerus ambil kesempatan, tak kena lah.

Sokonglah Kawan Berniaga

Aku hulur juga RM50 dan cakap kat dia,”Awe. Ambillah. Sale kau pun slow la ni. Pekerja makin ramai. Kalau tak ambil, aku malas datang dah kedai kau.”Maka dia terima dengan berat hati. Berkali-kali ucap terima kasih kerana dapat rezeki tak terduga.Begitulah adat berkawan. Bukan hanya untuk kesenangan diri kita sahaja.Bila kawan tengah sesak, tengah terdesak, kita sokonglah mereka.

Ni bila dengar kawan menjual, pergi beli untuk minta kurang. Minta diskaun, minta kawan tu bagi harga modal mereka.Kita bukan nak membantu, sebaliknya nak melingkupkan pula.Support la kawan-kawan kita dengan beli produk mereka tanpa minta kurang. Itulah sebaiknya.#MFS- Fahami pahit getir kawan berniaga 

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*