Connect with us

Semasa

SENY̷AP2 AKU KE RUMA̷H PENG̷ASUH. TERDENG̷AR AINA MER̷AUNG. AKU LALU T̷EPI TINGK̷AP. BILA TERLIH̷AT, AKU TERK̷EDU

Published

on

SENY̷AP2 AKU KE RUMA̷H PENG̷ASUH. TERDENG̷AR AINA MER̷AUNG. AKU LALU T̷EPI TINGK̷AP. BILA TERLIH̷AT, AKU TERK̷EDU

#Foto sekadar hiasan | Hi semua. Merujuk pada Kisah ‘Dilemma Awal Tahun oleh Confessor, Puan Carmilla’, aku pun ada cerita yang kurang senang pasal pengasuh dan taska asuhan.

Aku Auni, 33 tahun, kakitangan kerajaan yang bekerja di hospital dan merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Aina, Adam dan Airis. Cerita ini berkisar mengenai anakku Aina semasa kecil (bertahun yang lalu).

Semasa Aina berumur 3 bulan, aku decide untuk hantar dia dekat pengasuh, bukan taska. (sebab aku kerja ada syif and taska takde yang boleh jaga sampai malam).

1) Penjaga yang pertama. (1st babysitter).

Liza, ibu kepada 2 orang anak kembar berusia 2 tahun. Dia ni pengasuh dan suri rumah sepenuh masa.

Aku dapat nombor telefon dia dari iklan Group Pengasuh FB. Dia takde anak asuhan lain, so aku hantar Aina pada Liza. Dari awal, aku dah maklum yang aku perlukan pengasuh yang boleh handle susu ibu untuk diberi dekat Aina dan dia kata dia boleh lakukannya.

Dengan bayaran RM450, dia perlu asuh selama 8 jam (12 tengahari – 8 malam bila aku kerja pada waktu malam dan esoknya 9 pagi -5 petang aku bekerja syif pagi). Cuti umum serta Sabtu Ahad kalau aku kena kerja, suami aku yang akan jagakan Aina.

Aku ni, tak pernah ambil anak lewat sebab aku rindukan anak dan dalam masa sama, aku nak pengasuh dapat berehat.

Kalau balik petang, aku terus ambil. Macam tu juga bila aku habis kerja malam. Takde fikir nak balik tukar baju dulu ke apa, sebab anak segalanya buat aku dan suami (Kami tunggu zuriat lama).

Dipendekkan cerita, ada sekali tu aku datang rumah dia secara mengejut untuk ambil Aina awal, lepas selesai kerja.

Liza kantoi sebab dia bagi susu tepung anak dia yang berusia 2 tahun tu dekat Aina dan dia tak bagi susu ibu yang aku dah bekalkan. Tau tak penatnya aku cari masa nak pam susu?

Yela sedih sebab barang aku dah sediakan, ice box berisi botol susu dilabel dan beberapa pek ais gel (untuk kekalkan susu sejuk dalam 8-9jam, aku jenis segan nak tumpang peti sejuk pengasuh),

Warmer (untuk panaskan susu), berus botol susu, pencuci botol susu, alas lapik dagu semasa menyusu, tisu, baby wipes, pampers, tilam, bantal, mandian dan pelbagai lagi.

Semuanya semata tak nak susahkan pengasuh. Tapi betul lah apa orang kata, bila ibu bapa buat baik, pengasuh pula yang buat hal dan begitu juga sebaliknya.

Sebab payah nak cari pengasuh area tempat aku ni, nak tak nak sebulan juga la Aina dekat situ. Lepas tu, aku tekad dah bayar upah dia, aku cari pengasuh yang lain.

2) Penjaga yang kedua. (2nd babysitter).

Kak Timah, ibu kepada 3 orang anak perempuan masing masing berusia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun. Merupakan pengasuh dan suri rumah sepenuh masa. Ada mengasuh seorang anak asuhan lelaki berusia 4 tahun.

Dia ni di recommend oleh guard hospital tempat aku kerja. Dia yakinkan aku yang isterinya boleh jaga Aina selain nak tambah pendapatan isi rumah.

Macam biasa, aku memaklumkan Kak Timah berkenaan pemberian susu ibu kepada Aina. Dia kata ok dah biasa buat memandangkan dia pun ada mengasuh anak orang lain pada masa yang sama.

Aku bekalkan barang barang selengkapnya dan setiap pagi aku belikan sarapan. Kadang kadang nasi lemak, kuih muih. Sebab aku ikhlas nak ringankan urusan harian dia supaya seharian boleh fokus menjaga anak anak sahaja.

Selain tu, aku juga ada gunakan khidmat runner untuk hantarkan makan tengahari pada Kak Timah.

Kadang kadang terbaca di status whatsappnya, dia menjual lauk pauk. Ada jiran order kuih dari dia. Aku pun mula terfikir, bukan ke sibuk kalau dah nak kena siapkan kuih jualan lagi, belon birthday surprise lagi jualan lagi, jaga anak asuhan lagi? Masih husnuzon.

Hari hari yang aku hantar Aina, kerap saja paket susu ibu akan ada baki. Aku letak 3oz setiap 1 paket. Kalau bagi 5 paket untuk tempoh 8 jam aku kerja tu, mesti 1 saja yang dia guna. Logik ke tak?

Dia kata membazir, bukak satu je. Katanya Aina minum sikit. Katanya Aina tak nak minum langsung dan sebagainya. Weh, anak aku dah nak masuk 4 bulan, kalau pegi jalan jalan pun memang 3oz sekali dia minum.

Dengan kak Timah, tiap kali aku ambil, Aina akan menangis macam lapar seharian. Ternyata, keputusan hantar Aina kali ni umpama keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Genap 5 hari aku hantar Aina, Runner yang biasa hantarkan makanan tengahari maklumkan melalui wasap, yang dia selalu dengar tangisan bayi.

Dia syak anak aku sebab aku bagitau yang makanan dia selalu hantar tu untuk pengasuh anak aku. Anak aku dekat rumah tu. Dia sarankan supaya aku datang untuk tengok sendiri.

Aku ambil keputusan untuk pergi hari yang sama runner tersebut bagitau aku. Aku park kereta jauh dan aku berjalan kaki ke rumahnya.

Alangkah terkejutnya aku bila dari jauh aku dengar Aina menangis meraung. Aku cepatkan langkah, dan lalu tepi tingkap rumah dia, aku tengok Aina ada atas lantai tikar getah.

Aku terkedu, kenapa tak beralaskan tilam yang aku bagi? Laa, lagi dua anak perempuannya tengah meniarap atas tilam yang aku beri khas untuk Aina tidur.

Mata aku meliar dan ternampak Kak Timah tengah duduk atas kerusi sambil memegang Tab dan buat video call dengan seseorang mengatakan dia kebosanan.

Aku terus ke depan pintu rumahnya. Dengan keadaan pintu rumah bertutup rapat, aku beri salam dan ketuk berulang kali barulah dia buka pintu dengan wajah terkejut.

Aku meluru masuk dan ambil Aina yang sedang melalak kelaparan. Sempat aku terpandang dalam bekas berisi barang Aina, satu pek susu pun belum dibuka.

Astaghfirullah. Pedihnya mata, sesaknya dada. Antara nak nangis dan nak marah, aku pilih untuk bangun, bawa Aina keluar dan call suami.

Suami pun beristighfar. Dia tanya apa perlu kita buat? Aku katakan tak mahu hantar lagi ke situ. Aku nak kita ambil barang barang Aina esok hari juga dan aku akan cuti untuk cari pengasuh lain.

Esoknya, aku dan suami ke rumah Kak Timah. Macam dah jangka, Kak Timah langsung tak keluar rumah dan hanya ada anaknya berusia 7 tahun di ruang tamu bersama barang barang Aina yang dah diletakkan di pintu rumah nya.

Kali ni, aku berikan separuh saja duit bulanan memandangkan dia tak jaga penuh sebulan dan tak menjaga Aina dengan baik. Aku agak kecewa sebab dia langsung tak nak keluar untuk menjelaskan, minta maaf ataupun mesej aku lepas kejadian tu.

3) Penjaga yang ketiga. (hantar Taska).

Disebabkan kepayahan dan aku trauma nak hantar Aina ke pengasuh, aku hantar ke taska. Ada dua orang ‘cikgu’ penjaga taska tu dengan 16 orang budak dari 1 tahun hingga 6 tahun. Aina dan lagi dua bayi antara yang berumur 3-6 bulan.

Bayar mahal tapi aku rasa biarlah berbaloi. Cuma suami aku kena berkorban jagakan Aina bila aku kena kerja malam sebab Taska sampai petang je. Suami aku kata ok sebab Aina masa tu pun dah start makan solid food.

Hari pertama aku hantar, aku rasa tak sedap hati. Gelisah je. Bila aku ambil dia petang tu, aku tengok mulut Aina pecah berdrah, pipi lebam.

Aku tanya penjaga situ, dia jawab dengan muka selamba, “jatuh kot, entah”. Aku pun, takkan lah dorang buat apa apa, ada cctv kan.

Then hari lain, sebelum aku park dekat taska, aku sempat tengok dua orang penjaga tu elok bersembang luar taska. Bila aku keluar dari kereta, dorang terkejut, masing masing masuk taska.

Aku terfikir, sape yang jaga budak budak kalau penjaganya duduk luar? Takpelah, mungkin dorang keluar kejap je. Tapi tak, hari lain pun macam tu.

Ada satu hari, aku ambil Aina, dia nangis bila aku dukung dia dekat lengan dia sakit. Aku selak, aku tengok ada kesan gigitan. Sebesar gigitan budak kecik.

Aku tanya lagi penjaga taska situ. Dia jawab tak pasti. Eh, bukan ke bayi dan kanak kanak diasingkan?. Macam mana boleh ada yang gigit kalau bukan sebab ada orang yang turunkan bayi dari baby cot? Tapi bdohnya aku masa tu cuma monolog dalam hati.

Selang beberapa hari, masa mandikan Aina, ada dua kesan lebam. Bila aku amati, memang macam orang cubit, dua jari size orang dewasa.

Aku tanya penjaga tu, dia kata, “Tak tahu la, budak budak kan main macam macam,”.. Aku mesej manager taska dan minta nak tengok CCTV.

Mula mula tangguh, lepas tu kata ada prosedur nak tengok CCTV la apa la. Macam macam alasan dia bagi. Penyudahnya dia kata CCTV rosak dan dia akan refund separuh yuran taska. Hari yang sama dia remove aku dari group parents yang hantar anak ke taska tu.

Dengan takde minta maaf, aku betul betul kecewa dengan servis dorang. Anak aku trauma menangis malam malam. Mula lah pencarian aku dan hala tuju hantar anak semula pada pengasuh, bukan taska. Sebab makin parah saja hantar ke taska.

4) Penjaga yang keempat. (pengasuh).

Zura, baru berkahwin dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Dia kata ada pengalaman jaga anak asuhan masa dia bekerja part-time di taska selepas tamat SPM dulu.

Zura jenis yang mahu belajar cara handle susu ibu untuk diberikan pada bayi. Aku ajar dan aku juga bagitau boleh sahaja hubungi aku jika kurang pasti. Sebab susu ibu ni kalau terlebih panas, hilang zat dan rasa bertukar lain.

Suami Zura sukakan kanak kanak. Aku pernah datang ke rumah Zura untuk ambil Aina dan aku tengok Zura tengah duduk tengok TV sambil suaminya yang pegang susu botol, susukan Aina.

Dalam hati aku, mungkin dia baru saja rehat. Hari lain aku datang, suaminya sedang mandikan Aina, sedang bermain dan mendukung Aina. Aku husnuzon, maybe dia ambil alih jap je.

Suatu hari, suami Zura cakap dia kena kerja luar kawasan dan akan pulang lewat malam tak seperti selalunya, pukul 5 petang dah ada dekat rumah. Aku ditelefon semasa bekerja, Zura memaklumkan Aina menangis dan dia tak boleh handle.

Aku terus minta excuse dekat pejabat dan ke rumah Zura untuk ambil Aina. Aina cuma lapar, dan Zura kata dia panik.

Sejak tu, Zura makin kerap telefon aku di tempat kerja untuk datang ambil Aina setiap kali suaminya outstation.

Dia seolah tak dapat mengasuh bayi secara sendiri. Aku mula fikir, selama ni aku hantar Aina tu aku bayar upah pengasuh dekat Zura atau si suami dia?

Antara alasan dia suruh aku ambil anak masa aku tengah kerja: dia nak ke pasar malam la, dia rasa macam nak demam la, dia rasa suami dia pun macam nak demam la, dia tak boleh handle Aina nangis la, dia ada hal dekat rumah atuk dia la, dia dah janji dengan pakcik dia nak pergi KL la,

Dia nak set up birthday adik dia la, dia kena cod barang make-up yang dia jual dekat FB la, macam macam lagi lah tak larat nak list kan.

Aku ni kerja syif, kalau hal tu perlu lakukan waktu pagi, kenapa tak boleh buat masa aku kerja syif malam? Aku rasa kesabaran aku dah makin tipis.

Kelakuan dia menyebabkan majikan aku dah bagi amaran. Tak boleh kerap sangat keluar ambil anak masa tengah kerja. Dalam seminggu tu boleh kata 2-3 kali akan keluar ambil. Kalau sebulan? Kerja terganggu.

Suami suruh aku sabar memandangkan payah nak jumpa pengasuh. Ok aku sabar. Tapi peristiwa yang buat aku geram, aku ada meeting pukul 8 pagi. Selalunya aku akan masuk kerja 9 pagi. Aku dah maklumkan sehari awal. Zura kata ok.

Esoknya aku pergi rumah dia, dia takde. Aku bagi salam banyak kali, pagar berkunci. Aku call, tak jawab, aku mesej, tak balas. Penyudahnya aku tebalkan muka, bawa anak aku masuk meeting sampai bos menyinga saja dengar Aina nangis.

Dua jam kemudian dengan takde rasa bersalah, takde call, dia balas mesej aku, dia cakap, “eh Auni ada call Zura ek? Sebab Zura silent phone tadi, dekat kedai sarapan dengan suami sebelum dia pergi kerja.” Aku tak balas. Aku geram.

Lepas tu mula la lagi kisah setiap pagi aku nak hantar Aina, Zura bangun lambat. Aku macam tunggul tunggu dia bukak pintu dan macam macam lagi.

Dan ego dia bukan kepalang. Dah buat salah, minta maaf pun tak.

Kadang aku fikir, apa lagi yang tak kena, aku cuba anggap pengasuh macam ahli keluarga, beli macam macam, belanja makan, bayar full. And aku tak pernah suruh dorang basuh baju anak aku. Bila Aina dah start makan, aku bekalkan.

Siap pesan tak payah basuhkan bekas makanan tu nanti aku basuhkan dekat rumah. Letak saja dalam bekas. Susu Aina pun 5 botol aku letak so that dia panaskan je, tak payah susah susah cuci.. tetap juga kami dilayan macam ni..

Aku dah stress, dengan kena marah dekat tempat kerja, dengan pengasuh anak buat hal, suami kata better cari pengasuh lain. Please cari jenis makcik makcik lepas ni.

5) Penjaga yang kelima. (pengasuh).

Kak Mona, 40 tahun, suri rumah, ada 3 anak, anak paling kecik ialah darjah 4 dan ada 2 anak asuhan. Termasuk Aina, 3 anak asuhanlah.

Kak Mona akui awal awal yang dia tak reti handle susu ibu so aku prepare susu formula since aku pun dah penat mencari pengasuh lain.

Kak Mona ni, aku hantar masa Aina dah start makan. Kak Mona tak masak untuk anak asuhan yang lain. So makanan yang aku bekalkan untuk Aina selalu saja habis dekat mulut anak asuhan lain.

Separuh hati aku pujuk, dapat pahala bila bagi anak orang lain makan. Dalam masa yang sama, aku sedih sebab anak sendiri tak dapat jamah. Apa ibu bapa dorang buat, sampai bekal anak pun tak bagi? Aku pun rushing tapi tu bukan alasan tak bekalkan makanan.

Kak Mona ni, bagi aku, attitude dia ok. Cuma dia memang ada side bisnes jual makanan juga (masa aku nak hantar Aina, dia tak bagitau dia buat side bisnes).

So bila dia busy, dia tak mandikan budak. Aku memang hantar anak pagi dah siap mandi. Tak pernah lagi hantar tak mandi atau ‘sekali dodol’. Bila aku hantar anak aku pagi, baju tu jugak lah petang nanti aku akan jemput. Kadang pakej pampers tak berganti, 8 jam, hmm.

Bak kata suami, sabarlah, janji tak lebam macam masa hantar di taska, dah la.

Aku buntu, nak cari pengasuh macam mana lagi. Aku faham takde siapa yang sempurna, aku usaha permudahkan urusan orang lain, aku harap dapat orang yang akan mudahkan urusan aku.

Siang malam aku menangis minta Allah bimbing apa patut aku buat. Aku sayangkan anak, dalam masa sama aku sayangkan kerja yang stabil.

Aku decide nak quit kerja dan fokus pada jadi agen/dropship je. Suami support walau pada awal kami struggle dari segi kewangan.

Alhamdulillah sekarang aku jaga anak anak aku sendiri. Kalau dulu bila post iklan mencari pengasuh dengan ciri-ciri :

Ada sijil JKM, boleh handle susu ibu, tak ada anak asuhan ramai, aku dikecam di Group FB yang mana pengasuh juga merupakan adminnya dan ramai pengasuh di FB yang mengatakan aku cerewet dalam mencari pengasuh.

Secerewet aku, aku tak pernah masuk tandas untuk check tahap kebersihan seseorang itu, memadai lah dengan aku percayakannya yang mana kebaikan aku dibalas kejahatan semata.

Kini aku bahagia lihat anak anak membesar. Cukuplah aku trauma, dengan anak pun trauma dihantar pada ‘penjaga durjana’ yang mengasuh hanya sebab wang dan kemudian lepas tangan.

Ketahuilah, tak semua ibu bapa luar sana lepas tangan pada pengasuh, ada juga pengasuh yang berperangai teruk. Moga jadi iktibar buat semua ibu bapa diluar sana, kadangkala kita kena alert dan protect anak kecil.

Doakan aku dapat jaga anak anak aku sehingga akhir hayat aku.

Reaksi warganet
Rozaziana Ahmad –
Samalah. Pernah hadapi benda ni. Kita buat baik dengan pengasuh anggap macam keluarga. Sediakan botol susu sampai 8 botol siap cuci, bawak kelengkapan, kipas sendiri, dsb.

Bayar bulanan lebih pada yang sepatutnya (topup bil letrik sebab bawak kipas). Akhirnya memang ‘pengasuh durjana’ jugak la. Lepas pada tu, buat baik berpada pada doh la.

Shazwani Khadzri –
Ye betul. Janji yang basic anak kita terjaga, i pon rasa selamat dan okay nak pergi kerja.

Alhamdulillah sangat dapat taska yang jaga anak saya yang betul betul jaga. Ni tips je ye.

Masuk website jabatan kebajikan masyarat. Cari pusat asuhan kanak kanak kat situ. Nanti cari list pusat jagaan (taska dirumah, taska institusi, dll) semua dah dibawah JKM. Untuk semua negeri ada.

Keyla Shukor –
Kalau la saya dapat puan sebagai parents anak asuhan saya, alangkah bersyukurnya. Saya dapat parents yang tak ok sampai saya takut nak mengasuh lagi. Ada yang ok, ok. Alhamdulillah. Yang tak ok tu memang buat saya stress sampai satu tahap saya menangis geram.

Saya tak pernah lepas geram kat anak anak dia sebab saya selalu fikir, masa depan saya jauh lagi. Saya ada anak. Ada suami. Tak mungkin saya buat pelik pelik. Saya tak nak masuk penjara sebab seorang budak.

Saya juga ada anak dan mungkin saya ada rezeki bekerja, saya terpaksa hantar anak ke pengasuh, takut anak pula jadi mngsa.

Siti Aminah –
Pernah kena kat taska anak kena kurung, balik lebam. Dan anak yang tadika cerita hari hari adik dia kena kurung dan dia kena marah sebab nak jaga adik dia.

Satu hari pergi isi minyak, terjumpa bekas pekerja taska. Dia beritahu, akak tolongla cari pengasuh lain, anak akak kena dera.

Ya Allah tersirap drah, terus balik dan ambil anak. Masa tu kena pergi jaga budak kat balai bomba, ada perkhemahan, tak fikir dah. Ambil anak, angkut semua barang barang dia terus tanya kenapa buat anak saya macam ni. Dia boleh jawab, “sebab anak cikgu suka menangis”.

Masa bawa anak ke balai bomba tu, kawan kawan disitu yang hantar anak kat taska yang sama cakap, “anak akak ke ni, memang selalu saya tengok pengasuh yang sorang tu pukul pukul dia”.

Akhirnya taska tu kena serbu dengan JKM sebab ramai parent yang mengadu.

Alhamdulillah dapat pengasuh yang serasi duduklah anak saya 4 orang dengan pengusuh tu sampai darjah 6. Yang bongsu ni dah darjah 4. Pergi sekolah agama pun dia hantar dan ambil.

Sumber – Auni (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: edisimedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

Published

on

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

APABILA menghantar anak ke sekolah, ibu bapa hanya mampu tawakal dan memohon kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi.

Semestinya ibu bapa amat mengharapkan agar anak-anak menimba ilmu dengan mudah, tenang dan selesa di sekolah tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan yang akan berlaku terhadap mereka.

Seorang ibu berdepan kerisauan dan sedih apabila memikirkan tentang nasib anak perempuannya yang bernama Ivy.

Menerusi satu perkongsian di TikTok yang dibuat oleh wanita itu, anaknya begitu teruja untuk pergi ke sekolah di sebelah pagi.

Namun, dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis tersedu-sedu.

Apabila ditanya kepada Ivy, kanak-kanak itu memberitahu tiada seorang pun di sekolah yang mahu berkawan dengannya kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Awal pagi tadi gembira sangat. Semangat nak sekolah.

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

“Balik petang nangis tersedu-sedu. Bila tanya kenapa, no one wants to be friends with me because I speak English,” tulis ibunya pada video.

Menurut pelayar tersebut, Ivy sememangnya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan dari kecil sudah didedahkan dengan bahasa asing di rumah.

Melihat apa yang berlaku, wanita ini mengakui mula timbul rasa bersalah terhadap anaknya sendiri.

“Tak pernah terfikir boleh jadi macam ni. Sorry sayang (Ivy) mama,” ujarnya yang dibelenggu rasa bersalah.

Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu.
NETIZEN
Luahan wanita itu mengenai anak perempuannya yang dibuat menerusi video penuh emosi di laman TikTok miliknya meraih 2 juta tontonan.

Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai komen dan pandangan terhadap apa yang berlaku kepada Ivy,

“Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu. Kena ingat bukan semua orang pandai bahasa Inggeris tapi Bahasa Melayu, (majoriti) anak Melayu faham.

 

Komen netizen di TikTok.

“Jangan menangis sayang. Nak fasih bahasa Melayu ni sebulan saja dah boleh. Nak pandai bahasa Inggeris bukan senang dik. Tapi awak dah mahir yang susah tu dulu.

“Kelas anak-anak saya ramai speaking. Tapi tak adalah tak faham langsung. Untuk sekolah kerajaan memang kena tahu bahasa Melayu untuk pergaulan dan pembelajaran,” komen beberapa netizen pada video.

Justeru, ibu bapa seharusnya mengajar anak masing-masing bahasa Melayu agar generasi akan datang dapat bertutur, memahami dan menulis dengan baik.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Published

on

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Gara-gara enggan ke sekolah, seorang ibu ‘mengertak’ dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis dipercayai terletak di satu daerah di Sarawak baru-baru ini.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq memuat naik video kejadian lucu tersebut memaparkan kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.

Sebab tak nak pergi sekolah, habis viral

LIHAT VIDEO DISINI

Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi sebelum ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.

Bahagian kedua

LIHAT VIDEO DISINI

“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain melakukan janji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit.

Dah suka pergi sekolah

Video berkenaan meraih hampir 973,000 tontonan dan 2429 komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat kerjasama wanita itu bersama anggota polis untuk menakutkan anaknya.

Berkesan kalau buat macam ni

Sumber: TikTok @abellascentzhq

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Murid buat ‘drama’ panjat guru sedang mengajar, dah dukung terus melekat tak nak lepas! Cikgu lenguh, tapi layankan saja

Published

on

Murid buat ‘drama’ panjat guru sedang mengajar, dah dukung terus melekat tak nak lepas! Cikgu lenguh, tapi layankan saja

AKSI seorang murid memanjat seperti Spiderman di hadapan rakan-rakan sekelas menjadi perhatian.

Bagaimanapun, bukan dinding yang dipanjat sebaliknya tubuh seorang guru di dalam kelas.

Tak ubah seperti seorang bapa, guru itu menuruti sahaja kehendaknya.

Sambil mendukung murid berkenaan, dia meneruskan sesi pengajaran dengan penuh semangat seperti mana yang dapat dilihat dalam sebuah video tular.

Guru berkenaan, Zainal Somingan berkata, apa yang dilihat dalam rakaman itu adalah ragam biasa yang berlaku pada sesi pembukaan persekolahan bagi murid-murid prasekolah.

Malah, lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, insiden ‘dukung’ seperti itu turut melibatkan beberapa murid lain sejak hari pertama persekolahan pada Isnin lalu.

“Budak umur lima atau enam tahun pertama kali pergi sekolah, belum biasa dengan kawan-kawan baharu, jadi perasaan takut tu mungkin ada. Bukan hari pertama je, tapi berhari-hari.

“Macam ada kes seorang murid ni, dia menangis nak ikut balik ayah dia. Saya pujuk sambil dukung dia, sudahnya dia tak mahu lepas terus nak dukung selama beberapa minit,” katanya kepada mStar.

Zainal berpengalaman dalam bidang perguruan selama 18 tahun.

Guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam, Selangor itu menjelaskan, apa yang dilakukannya adalah salah satu cara untuk memberi keselesaan kepada murid-murid prasekolah supaya dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

“Sebagai guru, kita tak boleh menggunakan kekerasan. Apabila dia sudah diam selepas dipujuk, ada pula kawannya pula yang menangis… jadi macam bergilir kena dukung untuk memujuk.

“Ada yang saya cuba turunkan walaupun selepas dah tak menangis, tapi naik semula ‘panjat’ nak dukung. Lengan lenguh tapi saya dah biasa,” ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam.

Antara anugerah yang diterima Zainal sepanjang berkhidmat sebagai guru.

Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang perguruan, Zainal memberitahu dia tetap meneruskan sesi pembelajaran bersama semua murid di kelas walaupun dalam keadaan mendukung murid.

“Saya mengekalkan hubungan sebagai guru dengan murid-murid. Walaupun ada murid yang didukung, saya tetap meneruskan sesi perbualan pagi tanpa mengabaikan murid-murid lain.

Lengan lenguh tapi saya dah biasa.
ZAINAL SOMINGAN
GURU
“Masa belajar, belajar, masa bermain, boleh bermain. Saya mahu kesemua mereka berasa seronok datang ke sekolah.

“Ambil masa untuk mereka biasakan diri. Ada yang berdukung berhari-hari sampai dua minggu dan paling lama setengah jam,” katanya sambil menambah isterinya juga berkhidmat sebagai guru.

Zainal (kiri) dan isteri yang juga bertugas sebagai guru.

Zainal yang merupakan lantikan guru cemerlang prasekolah sejak 2012 menerima Anugerah Emas dalam pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 2014.

Turut dikenali sebagai Wak Jenal, guru ini juga menerima Anugerah Perak dalam pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Peringkat Kebangsaan anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Melaka pada 2018 dan 2021.

Zainal (dua, kiri) bersama keluarga.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, bukan semua guru boleh mengajar murid-murid prasekolah kerana banyak emosi yang perlu ditangani.

“Setiap tahun murid baharu dan emosi masing-masing tak sama. Guru kena ada unsur ‘kecindan’ iaitu bertukar mengikut situasi murid dan bijak mengambil hati mereka.

“Harapan kita adalah mereka menunjukkan pencapaian yang positif. Murid tu dari zero, hujung tahun boleh mengeja, menulis, membaca dan seterusnya bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK