#BANTUAN
Senarai Tarikh Bantuan & Inisiatif Kerajaan Bulan Ogos Hingga Disember 2021

Senarai Tarikh Bantuan & Inisiatif Kerajaan Bulan Ogos Hingga Disember 2021
Ramai rakyat Malaysia merasa sangat bersyukur & lega selepas pengunguman daripada Perdana Menteri tentang Bantuan PEMULIH. Pelan Pemulihan Negara diumumkan selagi mana kes baharu COVID19 tidak di bawah 4,000 maka kita tak akan masuk ke Fasa 2.
Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Ogos Hingga Disember 2021
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan menerusi Pakej PEMULIH serta Pakej PEMERKASA Plus yang telah diumumkan sebelum ini. Senarai bantuan adalah seperti dibawah:
Julai 2021
1.Geran Khas Prihatin 3.0 (Tambahan) – Dibayar pada pertengahan Julai 2021
RM500 : Peniaga Kecil Dan Sederhana yang lulus GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0
GKP 3.0 Tambahan : Semak Baki RM500 PEMERKASA+
Ogos 2021
1.Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos 2021
RM500 : Isi Rumah Miskin Tegar
RM500 : Isi Rumah B40
RM250 : Isi Rumah M40
RM200 : Bujang Miskin tegar
RM200 :Bujang B40
RM100 : Bujang M40
Jadual Bantuan Khas COVID19 (Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)
2.Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama Untuk Permohonan Bulan Julai mulai 2 Ogos 2021
RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan bulan Julai 2021
Tarikh Bayaran i-Citra – Jadual & Semakan Status i-Akaun KWSP
September 2021
1.Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 – Dibayar pada Bulan September 2021
RM500 : Isi rumah bawah RM2500 (1 anak atau tiada anak)
RM1100 : Isi Rumah Bawah RM2500 (2 anak dan ke atas)
RM200 : Isi rumah bawah RM2501 – RM4000 (1 anak atau tiada anak)
RM600 : Isi rumah bawah RM2501 – RM4000 (2 anak dan ke atas)
RM100 : Isi rumah bawah RM4001 – RM5000 (1 anak atau tiada anak)
RM200 : Isi rumah bawah RM4001 – RM5000 (2 anak dan ke atas)
2.Geran Khas Prihatin 4.0 – Dibayar pada Bulan September 2021
RM500 : Bayaran Pertama Bagi Penerima GKP 4.0
GKP 4.0 : Permohonan Baharu Bantuan RM1000 Untuk PKS Mulai 15 Julai 2021
3.Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah September 2021
RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Oktober 2021
1.Bantuan Kehilangan Pendapatan – Dibayar pada Bulan Oktober 2021
RM500 : Akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021
2.Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah September 2021
RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
November 2021
1.Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar pada bulan November 2021
RM500 : Isi Rumah Miskin Tegar
RM300 : Bujang Miskin Tegar
2.Geran Khas Prihatin 4.0 – Akan dibayar pada Bulan November 2021
RM500 : Bayaran Kedua Bagi Penerima GKP 4.0
3.Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah November 2021
RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Disember 2021
1.Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Dibayar pada bulan Disember 2021
RM300 : Isi Rumah Miskin Tegar
RM300 : Isi Rumah B40
2.Pengeluaran KWSP i- Citra – Bayaran Pertama/Seterusnya Untuk Permohonan Baharu/Terdahulu adalah Disember 2021
RM1,000 : Ahli KWSP yang membuat permohonan i-Citra
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda, sila susun atur perbelanjaan anda semua dengan bijak semasa musim pkp ini.
Sumber:portalmalaysia

#BANTUAN
Pembayaran Fasa 3 (BKC) DISEMBER 2021 Bermula Hari Ini!

Pada 25 November,bayaran fasa kedua BKC melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin telah dikreditkan.
Pembayaran terakhir Bantuan Khas (BKC) Fasa 3 bakal dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021.
Bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.2 billion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran bagi penerima BKC Fasa 3 yang akan diterima Disember ini.
SYARAT KELAYAKAN :
- Miskin Tegar
- B40
- M40
Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah :

Kriteria semakan kelayakan BKC 2021
JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3
Jumlah bayaran BKC Fasa 3 adalah :
- B40 (Kategori Berkahwin) : RM300
- Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300
Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih terperinci tenteng bayaran BKC bagi setiap kategori.
TARIKH BAYARAN BKC FASA 3
Bermula 20 Disember 2021.
SEMAKAN STATUS BANTUAN BKC :
https://bkc.hasil.gov.my
#BANTUAN
Berikut ialah Semakan & Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Fasa 2

Berikut ialah Semakan & Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Fasa 2
Info dan maklumat berkaitan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa 2.
Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) merupakan antara inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP sebelum ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Pembayaran bagi Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa 2 (November) akan diumumkan dalam masa terdekat.
Apa itu GKP 4.0?
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Berkemungkinan GKP 4.0 adalah bantuan terakhir bagi siri pemberian GKP untuk PKS memandangkan tiada pengumuman khas yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 baru-baru ini.
Semakan Status GKP 4.0
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan GKP ini, hendaklah melalui portal rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM iaitu
- Klik Log Masuk,
- Isi nombor MyKad
- Masukkan kata laluan.
Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP 4.0 Fasa 2
Secara umumnya untuk fasa 2, bayaran akan disalurkan pada bulan November.
Pun begitu, tarikh pembayaran secara tepatnya belum diumumkan kerajaan buat masa ini.
Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan akan memaklumkan secara rasmi tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
Berdasarkan pengalaman GKP fasa 1 September yang lepas, pembayaran disalurkan bermula 10 hari terakhir bulan tersebut iaitu 21 September (SELASA).
Namun, untuk fasa ke-2 ini tiada lagi jangkaan tarikh.
Beberapa penerima GKP di group Facebook Khas GKP 4.0 sedang rancak membincangkan perkara ini.
Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa 2?
Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
Jumlah Bantuan Yang Diterima
Untuk fasa 2, jumlah bantuan yang akan diterima adalah RM500 secara one-off.
Nilai keseluruhan bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus – RM1,000 (2 Fasa)
- Lulus permohonan baharu GKP 4.0 – RM1,000 (2 Fasa)
Kaedah Bayaran GKP 4.0
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
* Peringatan: Sekiranya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0, proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal. Ini memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Permohonan GKP 4.0
Permohonan GKP ini telahpun ditutup 31 Julai 2021 di laman portal GKP.
Buat masa sekarang tiada lagi pengumuman terkini yang diumumkan oleh kerajaan untuk pembukaan semula permohonan baharu.
Baru-baru ini juga, tiada lagi pengumuman tentang pemberian GKP bagi tahun hadapan dalam pembentangan Bajet 2022. Ia akan digantikan dengan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 40 bilion.
Skim pembiayaan SemarakNiaga merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.
Penerima GKP akan Menerima Bantuan Keluarga Malaysia
Sebelum ini penerima GKP tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat.
Ia amat mendukacitakan kebanyakan penerima GKP kerana secara tidak langung penerima GKP juga tidak layak menerima bantuan lain seperti BKC, Jaringan Prihatin, Baucar Perlindungan Tenang, MySalam dan lain-lain.
Pun begitu, dalam kemas kini terbaharu di laman portal MyBPR memaklumkan sebagaimana berikut;
“Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
“Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, penerima GKP sebelum ini dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat apabila Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) dibuka pada awal Januari 2022.
Status Kelulusan GKP 4.0
Untuk makluman, jika anda sudah membuat semakan status, anda akan menerima notis sama ada lulus atau tidak lulus permohonan.
LULUS PERMOHONAN – Akan memaparkan amaun jumlah kelulusan GKP 4.0 beserta kelulusan sebelum ini dan juga jumlah kelulusan GKP secara keseluruhan.
TIDAK LULUS – Akan memaparkan status kelulusan tidak lulus beserta kod dan kod keterangan tidak lulus.
Untuk maklumat lanjut sila layari realmerah,terima kasih.
Sumber:bantuanrakyat
#BANTUAN
Berikut ialah tarikh dan jumlah bayaran BKC fasa 2 (November 2021)

Berikut ialah tarikh dan jumlah bayaran BKC fasa 2 (November 2021)
Info dan maklumat berkaitan tarikh, bayaran dan semakan BKC Fasa 2.
Untuk makluman, pembayaran BKC melibatkan 3 fasa iaitu September, November dan Disember 2021.
Pun begitu, tidak semua kategori akan menerima pembayaran BKC fasa 2 bulan November ini.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila teliti maklumat berikut agar anda tidak keliru dengan bayaran yang akan disalurkan.
Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.
Semakan Status
Semakan status BKC boleh dibuat di laman portal rasmi BKC;
Kelayakan Penerima BKC
Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;
- Miskin tegar
- B40
- M40
Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;
- Isi rumah / Warga emas – RM5000 dan ke bawah.
- Bujang – RM2,500 dan ke bawah
Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan
- Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
- Bujang – RM2,501 – RM5,000
Lihat jadual berikut untuk lebih jelas.
Tarikh Bayaran BKC Fasa 2
Pembayaran BKC fasa 2 akan dikreditkan pada bulan November. Namun kerajaan belum mengumumkan tarikh sebenar pembayaran ini.
Ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan.
Berdasarkan pengalaman BCK fasa 1 yang lepas, ia disalurkan pada awal bulan iaitu 6 September 2021.
Buat masa sekarang tiada lagi jangkaan tarikh bagi pembayaran fasa 2 ini.
Siapa Yang Dapat Pembayaran Untuk Fasa 2?
Untuk makluman, tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam bulan November ini.
Kategori penerima yang akan menerima bayaran kali ini adalah sebagaimana berikut;
KATEGORI MISKIN TEGAR
- Bujang – RM300.00
- Warga emas sebatang kara (WE) – RM300.00
- Bujang – RM300.00
Tiada pembayaran bagi kategori B40 dan M40 bagi bulan November.
Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Soalan yang sering ditanya oleh rakyat adalah bagaimana saya ingin membuat permohonan BKC?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
Kaedah Bayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
Penunaian Bayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan notis penunaian bayaran melalui kaunter BSN sekiranya pengumuman rasmi bayaran bagi bulan November dikeluarkan oleh Kerajaan.
Hal-hal lain berkaitan BKP
Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKP yang telah diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
- Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan; dan
- Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
- Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2 62592 Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut sila layari realmerah,terima kasih.
Sumber:bantuanrakyat
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan