Connect with us

Inspirasi

Semangat Juang Warga Emas Mencari Nafkah, Jual Kuih Untuk Sara Isteri Dan Anak 0KU, Walaupun Hanya Memperoleh Untung Sekitar RM5 Sehari, Ia Tidak Mematahkan Semangatnya Mencari Duit Belanja Harian

Published

on

Semangat Juang Warga Emas Mencari Nafkah, Jual Kuih Untuk Sara Isteri Dan Anak 0KU, Walaupun Hanya Memperoleh Untung Sekitar RM5 Sehari, Ia Tidak Mematahkan Semangatnya Mencari Duit Belanja Harian

Walaupun hanya memperoleh untung sekitar RM5 sehari, ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas mencari duit belanja harian dengan menjual biskut dan kuih di tepi jalan.

Bapa kepada lima anak itu, Hairuddin Mad Sariff, 73, berkata, gerainya memberi sumbangan kepada rakan kongsi di hadapan stesen minyak dekat Bukit Beruntung sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, dia menjual biskut dan kuih dalam balang berharga antara RM3 hingga RM10 seawal jam 8 pagi hingga 3 petang.

“Dulu saya kerja pengawal keselamatan selama 20 tahun dan terpaksa berhenti kerja atas faktor umur serta kemudian mencari tin kosong untuk mencari duit belanja.

“Ada seorang kawan buat kuih bahulu cadangkan saya jual kuih dia tapi bila dia dah men1ng gal dunia, saya beli kuih dan biskut di pasar raya untuk dijual semula.

“Ada juga orang letak kuih kat saya tapi untung tak banyak sebab balang besar yang terjual hanya dapat untung RM1 dan balang kecil, dapatlah 50 sen,”katanya.

Duit Keuntungan Untuk Membeli Lauk Keluarga

Hairuddin berkata, duit keuntungan akan dibelanjakan bagi membeli lauk untuk isteri dan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) di rumah di Jalan Anggerik 4B, Bukit Sentosa.

Menurutnya, hasil jualan tidak menentu kerana kadangkala berturut-turut hari tiada kuih yang terjual sehingga mem4ksa dia menggunakan wang pusingan untuk belanja harian.

“Cukuplah untuk lepas duit belanja hari-hari dan kalau saya tak jual kuih, apa lagi boleh buat sebab umur pun dah 73 tahun.”

“Bukan tiap-tiap hari ada orang beli dan paling banyak pun boleh dapat RM10 sehari tapi kalau bulan puasa dekat nak raya, baru ada rezeki lebih.”

Menurutnya lagi, setiap hari dia akan berulang-alik dari rumah ke tempat niaga menaiki motosikal yang diberikan anak yang bekerja di bengkel dekat Shah Alam.

Hairuddin berkata, selepas kem4tian isteri pertama yang dikurniakan dua anak, dia menubuhkan rumahtangga kedua pada 1980 dan mempunyai tiga anak tiri.

Menurutnya, isterinya, Rokiah Mohammad, 59, tidak bekerja kerana memberi tumpuan penuh terhadap anak bongsu (anak tiri), Hairi Norsaini, 39, yang mengalami mas4lah terenc4t akal sejak lahir.

“Saya cuma ada lesen motosikal dan tak mampu nak berniaga guna lori, lagi pun berniaga nak cari duit belanja harian saja.

“Kalau ada motosikal roda tiga, senanglah sikit nak angkut barang dari rumah dan mudah jual kuih atas motosikal itu,”katanya.

Anaknya Hairi Yang Berkelakuan Seperti Kanak Kanak

Sementara itu, Rokiah berkata, empat anak sudah berumah tangga manakala anak bongsu (Hairi) berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 39 tahun.

Menurutnya, Hairi mampu menguruskan diri termasuk ke tandas namun tidak boleh bertutur seperti insan biasa.

“Kalau kita cakap, dia faham cuma tak boleh bercakap dan suka melakar apa yang dilihat di televisyen di atas kertas.

“Pen memang sentiasa ada dengan dia dan akan kutip apa saja kertas untuk lukis tapi kadangkala dia akan koyak kertas itu.

“Walaupun keadaannya tidak sempurna, dia mudah diuruskan dan rajin bantu saya kemas rumah dan siram pokok bunga,”katanya.

Rokiah berkata, anak lain tidak meng4baikan mereka dan seorang anak perempuan yang tinggal berdekatan juga sering menjenguk serta membawa makanan.

Semoga dimurahkan rezeki dan semoga ramai golongan yang membantu pacik dan keluarga beliau.

Sumber; Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Inspirasi

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1847, meningg4l dunia pada 16 Ogos 1970, iaitu 10 hari selepas disahkan identitinya dan diiktiraf sebagai pejµang negara

Published

on

By

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1847, meningg4l dunia pada 16 Ogos 1970, iaitu 10 hari selepas disahkan identitinya dan diiktiraf sebagai pejµang negara

Gelaran serta penyebaran dakyah secara berleluasa menyebabkan Mat Kilau sering dilabel pendɛrhaka oleh segelintir masyarakat, malah hingga kini, jasanya menɛntang penjajah terbiar begitu sahaja tanpa dihargai.

“Ketua Pendɛrhaka”, itu gelaran diberikan kerajaan British yang memerintah negara ketika zaman penjajahan terhadap pahlawan Melayu, Mat Kilau kerana perjµangan menentang penjajah.

Seorang cicit Mat Kilau, Datuk Zulkarmi Abu Bakar, berkata sebagai waris kepada pahlawan yang tersohor kerana sifat kepemimpinannya, keadaan itu sudah tentu menggµris hati mereka.

“Saya masih ingat ada orang memberitahu saya sendiri bahawa moyang kami (Mat Kilau) adalah pendɛrhaka hanya kerana menɛntang penjajahan kerajaan British ketika hayatnya. Siapa yang tidak sɛdih bila mendengarnya.

“Kalau boleh, kita hendak ubah stigma ini. Waris menerusi Persatuan Waris Mat Kilau berusaha untuk memberikan penerangan kepada masyarakat bahawa Mat Kilau bukannya penderhaka seperti didakwa British tetapi sebenarnya pejµang kemerdekaan negara.
“Kita hargai pelbagai usaha dibuat kerajaan, termasuk membina Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar. Ia membolehkan orang ramai mendapat maklumat mengenai ketokohan dan pengorb4nan Mat Kilau membebaskan negara daripada cɛngkaman pɛnjajah,” katanya.

Zulkarmi juga berkongsi kisah ketika proses menentukan identiti seorang lelaki, yang mendakwa dirinya sebagai Mat Kilau. Tidak banyak yang dapat diingat Zulkarmi mengenai lelaki itu. Tambah pula, ketika itu beliau baru berusia tujuh tahun.

Yang beliau ingat, lelaki yang tiba-tiba muncul di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat itu sudah dimamah usia.

Begitu juga arw4h bapanya, yang tidak pernah mengenali Mat Kilau sebelum ini. Justeru, tiada sebarang cerita yang dikongsikan dengannya mengenai moyangnya itu.

Zulkarmi hanya ingat beliau sering dibawa ke rumah lelaki itu di Kampung Batu 5, Jalan Gambang-Kuantan selepas kemunculannya.

“Saya ingat juga sias4tan dilakukan memang rapi dan mengambil masa yang lama. Lelaki itu juga dibawa bertemu dengan orang lama di Pulau Tawar kerana ramai sangat hendak jumpa, hingga dia nak makan pun dah tak boleh.

“Bila dibawa berjumpa rakan lama beliau di sebuah dewan, mereka mengesahkan lelaki itu adalah Mat Kilau, moyang saya,” katanya sambil menambah tidak berkesempatan mengenali Mat Kilau selepas pengesahan identiti dibuat oleh pihak berkaitan.

Mat Kilau muncul semula di Masjid Kampung Pulau Tawar pada 26 Disember 1969. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau menyebabkan ramai rakyat terkejµt berikutan selama ini keluarga serta orang ramai mengenalinya sebagai Mohammad Ibrahim atau Mat Siam.

Pada 8 Januari 1970, Jawatankuasa Menyiasat Kemunculan Mat Kilau ditubuhkan dan selepas penyi4satan dibuat, Menteri Besar Pahang pada waktu itu, Tan Sri Yahya Mohd Seth mengesahkan lelaki berkenaan adalah Mat Kilau.

Mat Kilau meningg4l dunia pada 16 Ogos 1970, iaitu 10 hari selepas disahkan identitinya dan diiktiraf sebagai pejµang negara. Jɛnazahnya dikebµmikan bersebelahan kubµr ibunya di Tanah Perkubµran Kedong, Pulau Tawar.

Ketika hayatnya, Mat Kilau yang dilahirkan pada tahun 1847 berjµang bersama Datuk Bahaman dan Tok Janggut, melakukan pemberont4kan ke atas British, yang bukan sahaja angkµh, malah mengamalkan dasar kutipan cukai yang menind4s penduduk.

Kegagahan Mat Kilau terbukti menerusi siri ser4ngan hɛndap ke atas kubu British di Raub, Lipis dan Tembeling, yang menyebabkannya dibµru hingga ke sempadan Kelantan, Terengganu dan Thailand.

Mat Kilau akhirnya dit4ngkap oleh Siam dan British pada tahun 1895. Beliau disangka sudah meningg4l dunia dan dikebµmikan di Kampung Dalam Umau, Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, tetapi pemeriksaan pada kµbur berkenaan mendapati ‘jɛnazah’ itu hanyalah ‘sekujur’ batang pisang.

LATAR BELAKANG MAT KILAU.

Mat Kilau bin Imam Rasu (1865-67 – 16 Ogos 1970) sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjµang menɛntang penjajah British di Pahang.

Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865–1867 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

KEHIDUPAN PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatµh pada tahun 1847. Kelahirannya jatµh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad.

Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai “Dikir Pahang”. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berl4ga buah kɛras.

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar silat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti kɛris dan p4rang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini dapat menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gua tersebut masih ada hingga kini.

Continue Reading

Inspirasi

Ismail Din, meningg4l dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih, meningg4al pada hari, bulan dan ditempat yang mulia, bulan Ramadhan

Published

on

By

Ismail Din, meningg4l dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih, meningg4al pada hari, bulan dan ditempat yang mulia, bulan Ramadhan

Suatu pengakhiran hidup yang sangat didambakan oleh ramai mukmin didunia ini. Almarhum sangat bertuah dipilih oleh Allah salah seorang daripada hamba-Nya yang bertuah.

Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964.

Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar.

Ismail juga pernah berlakon dalam pementasan bertajuk Alang Rentak Seribu arahan Morad dan teater Warung pada awal kemunculannya sebagai pelakon.

Menerusi kaca televisyen, dia pernah muncul dalam ratusan judul drama sama ada dalam bentuk episod, bersiri atau telefilem. Ismail Din meningg4l dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005.

Difahamkan, almarhum meningg4l dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih. Siapa sangka, almarhum telah meningg4al dunia pada hari, bulan dan ditempat yang mulia.

Iaitu pada hari dan bulan Ramadhan yang merupakan kerahmatan yang lebih baik daripada seribu bulan. Tambahan pula ketika berada di Makkah saat berada disisi Kaabah setelah selesai solat terawih.

Dimaklumkan daripada isteri almarhum, Ismail Din sangat menjaga solat dhuha semasa hayatnya. Walau sesibuk manapun, solat dhuha pasti akan didirikan yang dijaganya dengan istiqamah.

AL Fatihah untuk almarhum Ismail Din. Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Apa yang berlaku kepada almarhum merupakan salah satu tanda kema4tian Husnul Khatimah.

Sumber: fb VIA TRENDINGNEWS

Continue Reading

Inspirasi

Guru beli lembu sado RM20,000 yang seberat hampir 1000 kilogram untuk sambutan korban tahun ini

Published

on

By

Guru beli lembu sado RM20,000 yang seberat hampir 1000 kilogram untuk sambutan korban tahun ini

Sempena sambutan korban tahun ini, seorang guru sanggup menghabiskan RM20,000 untuk mendapatkan seekor lembu sado jantan seberat hampir 1000 kilogram (kg).

Azura Ilyani Alias, 38, yang juga seorang usahawan memberitahu, tahun ini beliau ingin mencari kelainan untuk sambutan korban.

“Saya berbincang bersama suami dan dia menyokong pilihan untuk memilih lembu sado kali ini.

“Lembu baka Charolais dari Perancis ini akan dikorbankan di Masjid Makmur Kampung Losong Dato Amar di Kuala Terengganu pada sambutan hari raya kedua Aidiladha nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau ditemui bersama suaminya, Roslan Basri, 46 di Sungai Kepong dekat Lanchang di sini.

Ujar Azura lagi, beliau mengambil peluang selepas negara dilanda jangkitan Covid-19 sejak beberapa tahun lalu untuk memeriahkan sambutan korban kali ini.

Mat bersama lembu sado, Boy dengan berat mencecah hampir 1000kg dibela sejak lahir


Sementara itu pemilik lembu, Mat Abdul Wahid, 42, memberitahu walaupun sayang terhadap lembu yang diberikan nama “Boy” itu namun kekangan kos khususnya makanan yang semakin tinggi menyebabkan dia melepaskan lembu berusia 2 tahun 9 bulan itu.

“Kos makanan iaitu palet bersama rumput napier mencecah lebih RM15 sehari untuk “Boy” sahaja.

“Jadi bila ada tawaran harga yang menarik ini saya lepaskan walaupun sayang sebab pelihara sejak lahir lagi selain manja dengan saya,” ujarnya.

“Syukur memang tahun ini rezeki untuk saya selepas beberapa tahun terjejas akibat Covid-19,” katanya lebih 10 tahun terbabit dalam aktiviti ternakan tersebut.

Tambahnya, untuk sambutan korban kali ini, sebanyak 10 ekor lembu termasuk “Boy” sudah ditempah pelanggan.

Sumber;  sinarharian

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK