Connect with us

Uncategorized

“Semakin Bingit Dan Menyakitkan…”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman 30 Minit Di Dalam ‘Gua Magnet’!

Published

on

mri

Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Assalamualaikum.

Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site.

Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013.

Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang.

Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memasukkan sebarang jenis besi dalam tubuh, allergy dan lain-lain lagi.

Sebab utama ditanya tentang allergy adalah prosedur MRI ini ada waktunya memerlukan penggunaan sejenis bahan yang kita namakan “CONTRAST” yang disalurkan melalui saluran darah untuk tujuan melihat sesuatu struktur dalam tubuh badan kita dengan lebih jelas. Ada kumpulan pesakit yang alah pada bahan contrast ini maka mereka selalunya akan diberikan ubatan seperti steroid sebelum memulakan prosedur ini. Perkara sama juga berlaku seperti proses CT scan.

mri

Setelah menukar persalinan dan mencabut segala apa yang perlu seperti jam tangan, tudung dibenarkan untuk dipakai ya, lalu aku pun menuju ke bilik MRI. Aku disuruh berbaring dan dibawah kaki aku diletakkan bantal tinggi. Aku pandang gua magnet tersebut, lubangnya yang agak kecil buat aku tertanya bolehkah tubuh besar ini muat ke dalamnya.

Sebelum bermula, aku dijelaskan serba sedikit tentang proses yang akan aku lalui oleh radiographer. Selepas itu aku diberi sebuah alat untuk ditekan jika aku mengalami masalah ketika berada di dalam mesin tersebut. Headphone juga dibekalkan kerana ketika proses ini dijalankan ada bermacam-macam bunyi pelik yang akan anda dengar.

mri

Sister yang bertugas menyarankan agar aku menutup mata sebelum masuk ke dalam mesin tersebut supaya tidak rasa takut dan terkejut. Saat ditolak masuk ke dalam, dada aku sudah berombak kuat, rasa seperti mahu menangis pun ada, rasa seperti mahu keluar dari tempat itu pun ada, seluruh tubuh sudah berpeluh walau nyatanya di dalam suite tersebut sejuk sesejuknya.

Mata aku masih tertutup rapat. Adalah dalam 10 minit aku tutup rapat mata ini sampaikan aku rasa kelopak mata aku menggigil. Entah sebab ketakutan atau sebab dipejam terlalu kuat. Nafas aku makin kuat kedengaran, denyut nadi pun aku kira pasti naik tinggi, sungguh aku rasa takut untuk buka mata. Tambahan pula dengan macam-macam bunyi yang ada di dalam mesin tersebut, bunyi seperti siren yang sangat membingitkan telinga.

Aku baca bismillah, apa juga surah yang aku ingat, doa untuk tenangkan hati dan fikiran, lalu perlahan-lahan aku buka mata. Wow!! Rasa seperti di dalam keranda. Walaupun aku tak pernah merasa berbaring di dalam keranda. Tapi aku yakin begitulah rasanya. Jarak muka dengan dinding gua agak dekat. Aku mula rasa tak selesa selepas buka mata. Nafas berombak kembali jadi aku ambil keputusan untuk tutup semula mata sehinggalah tamat prosedur tersebut.

mri

Semasa di dalam mesin itu, disebabkan keadaan aku yang tak selesa, aku banyak bergerak dan ini sebenarnya tidak dibenarkan. Masa aku keluar dari mesin itu, radiographer itu bertanya kenapa aku asyik saja gosok hidung. Sebab menurut radiographer tersebut, mesin MRI ini sangat sensitif, jadi sedikit pergerakan pun akan mengganggu. Aku teringat arahan beliau, “Tolong jangan bergerak ya. Sekejap saja. 5 minit saja lagi.” Aku tersengih di dalam mesin itu. Maaflah encik radiographer, saya sesak nafas sebab itu tangan saya tak reti duduk diam mencari hidung saya.

Selesai segalanya, lega memang tak terkatalah. Perasaan panik itu cuma dalam 15 minit pertama saja, dan sekiranya mata dibiar terpejam rapat, aku kira tak ada masalah sangat. You can go through it smoothly. Cuma aku tak tahulah macam mana jika proses itu makan masa sampai berjam-jam. Mahu keras kejung dalam mesin tersebut. Keras kejung sebab ketakutan. Heh.

Apa nak dikata, satu pengalaman “indah”. Aku rasa mungkin keputusannya adalah normal sebab ujian nerve conduction study aku telah menunjukkan sesuatu yang mana jika MRI dibuat pun, keputusannya mungkin normal. Apa pun, tak sabar nak ambil report keesokan harinya. Semoga semuanya okay dan hati aku akan kembali tenang. Semenjak follow up di bawah Neurology, hati aku sikit pun tak tenang. Risau dan bimbang, dan macam-macam lagi perasaan. InsyaALLAH, doa supaya segalanya baik-baik saja.

Have a great weekdays people. Take care. Assalamualaikum.

Sumber : nurfarhanaabdullah.blogspot

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Published

on

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Uncategorized

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Published

on

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.

Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.

Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.

Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.

TERBUKA HATI

Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.

Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.

“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.

TERIMA KEC4MAN

Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.

“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.

“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.

“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.

Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Sumber: https://mykmu.ne

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Published

on

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.

Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.

Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK