Connect with us

Global

Selepas kehilangan kedua ibu bapanya, lelaki ini menghabiskan lapan tahun tinggal di atas pokok disebabkan kemiskinan

Published

on

Selepas kehilangan kedua ibu bapanya, lelaki ini menghabiskan lapan tahun tinggal di atas pokok disebabkan kemiskinan

Memiliki tempat tinggal yang boleh menjadi tempat berteduh terkadang sudah cukup bagi sesetengah orang. Sesukar mana pun hidup, rasanya tiada antara kita yang pernah terfikir untuk tinggal di atas pokok.

Namun, bagi lelaki berusia 28 tahun ini tinggal di atas pokok adalah jalan penyelesaian kepada masalah kewangan yang dialami. Percaya atau tidak lelaki dari Pakistan yang dikenali sebagai Tarzan of Karachi ini telah menghabiskan lapan tahun hidupnya tinggal di dalam pondok yang terletak di atas sebuah pokok di bandar itu.

Nama Farman Ali dikatakan mula menjadi perbualan ramai terutama di media sosial selepas rakaman vieo mengenai rumahnya yang lain daripada yang lain itu telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu. Menurut berita yang dilaporkan oleh Oddity Central, kehidupan Farman yang sangat miskin bermula selepas dia kehilangan kedua ibu bapanya. Ketika itu dia tidak mampu untuk membeli sebarang jenis rumah biasa.

Ekoran hal itu dia terpaksa tinggal di jalanan sebelum akhirnya memutuskan untuk membina rumahnya sendiri di atas sebuah pokok di kawasan awam supaya tidak dig4nggu atau dih4lau.

BEKERJA MENGAMBIL UPAH UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN
Walaupun hidup dalam kem!skinan Farman menegaskan dia tidak pernah mencuri. Dia bahkan menyara kehidupannya dengan mengambil upah mencuci kereta, menyapu dan membersihkan di luar rumah penduduk. Dia turut mengambil upah untuk membelikan barangan runcit.

Kebanyakan pelanggan, membayarnya dengan memberikan air sejuk dan makanan. Memandangkan bayaran atau upah yang diterima masih sedikit, dia tidak mampu untuk mendapatkan rumah yang lebih baik.

Agensi berita Ruptly yang menemu bual Farman melaporkan bahawa keputusan lelaki itu untuk menetap di atas pokok merupakan pilihan terakhir. Sebelum itu, Farman pernah meminta bantuan daripada saudara-maranya serta kenalan untuk mendapatkan bantuan. Namun begitu, tiada siapa yang mahu membantu atau berurusan dengannya kerana kem!skinannya.

Gagal mendapatkan bantuan, dia akhirnya memutuskan untuk membina rumah di atas sebuah pokok. Rumah tersebut dibina dengan menggunakan buluh, kayu dan pintu lama. Dia juga menggunakan kain untuk berlindung daripada tiupan angin dan tempias hujan.

Di rumahnya terdapat sebuah katil dan dia juga berhasil mencipta singki untuk mencuci muka. Selain itu, terdapat juga ketuar kecil ketuhar kecil untuk memasak dan memanaskan air. Dia juga mampu menyediakan lampu kecil menggunakan bateri dan pengecas untuk telefon bimbitnya.

Farman meminta bantuan sesiapa yang mahu membantunya, supaya dia boleh keluar dari rumah pokoknya itu tidak kira siapa, pihak kerajaan, pihak pembangkang mahupun orang awam. Mereka boleh terus menghubungi untuk membantunya.

Sumber: erabaru.com

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Global

Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti

Published

on

By

Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti

Daerah Alwar Rajasthan, 54 tahun selepas mereka berkahwin, pasangan warga emas lelaki berusia 75 tahun dan pasangannya yang berumur 70 tahun menyambut kelahiran anak pertama mereka. Menjadi ibu bapa dengan kaedah rawatan persenyawaan in Vitro (IVF).

Bayi lelaki itu dilahirkan di Pusat Bayi Tabung Uji Indo IVF, satu-satunya pusat IVF berdaftar di Alwar.

“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, Gopichand datang ke pusat ini bersama saudaranya, Chandrawati dan Gopi Singh Chandravati Devi yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana di Jhunjhunu Rajasthan. Pasangan itu juga pergi ke beberapa bandar metropolitan untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sia-sia. kata pakar IVF Dr Pankaj Gupta.

“Chandrawati hamil sembilan bulan lalu dalam percubaan ketiga rawatan IVF. Di sebalik kegembiraan, ada juga ketakutan kerana usianya sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, dia selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat,” kata pakar IVF di pusat berkenaan, Dr Pankaj Gupta.

Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan berat bayi tersebut lebih kurang 3.5 kilogram. Gopi Singh ayah kepada bayi tersebut merupakan seorang pesara askar yang berkhidmat di kampung Nuhaniya, Jhunjhunu.

Pasangan itu bernasib baik kerana hamil sebelum Parlimen India meluluskan satu undang-undang berkaitan rawatan IVF yang berkuat kuasa pada Jun lepas. Menerus undang-undang berKenaan, tiada pusat rawatan IVF dibenarkan menawarkan rawatan kepada wanita dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.

Sumber: India Today

 

Continue Reading

Global

Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis

Published

on

By

Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis

Selepas menyedari teddy bear gergasi tersebut bernafas, polis berjaya menahan remaja lelaki yang bersembunyi di dalam teddy bear tersebut.

Remaja dari Rochdale tersebut difahamkan telah besembunyi daripada pihak polis selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit minyak pada bulan Mei lalu.

Semasa proses pencarian remaja itu dilakukan, pihak polis yang memasuki sebuah rumah terkejut apabila menemui sebuah teddy bear berukuran 5 kaki ‘bernafas’ sebelum mendapati bahawa suspek telah mengoyakkan patung tersebut dan menyorok di dalamnya.

Remaja tersebut telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manchester dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tiga kesalahan iaitu mencuri kereta, memandu semasa hilang kelayakan dan meninggalkan stesen minyak tanpa membayar.

Pegawai polis yang terlibat menceritakan situasi semasa mereka mendapati teddy bear tersebut kelihatan seperti bernafas.

Mereka menemui remaja tersebut yang bersembunyi di dalam teddy bear lalu menariknya keluar.

Remaja tersebut telah menjadi buruan polis sejak Mei selepas dia mencuri kereta jenis Mitsubishi ASX dan mencuri minyak di stesen minyak berhampiran.

Polis Rochdale turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di Facebook rasmi mereka.


Gambar: Facebook GMP Rochdale

Banyak komen yang diberikan oleh penduduk sekitar mengenai cara remaja tersebut bersembunyi di dalam teddy bear untuk mengelak dari ditangkap polis.

Sumber : Mail Online

Continue Reading

Global

Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata

Published

on

By

Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata

Seekor kucing diangkat sebagai wira, Pada 25 Julai lalu, Fred Everitt dari Belden, Mississippi, mendengar suara kucingnya seberat 20 paun, Bandit ‘meow’ dengan kuat di dapur sekitar jam 2.30 pagi hingga 3 pagi sebelum melompat ke atas katil.

Memetik People, Everitt, 68, memaklumkan kepada Daily Journal bahawa dia menjadi cemas ketika kucing tersebut melakukan hal itu. Sebelum ini, kucing miliknya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu.

Apabila Everitt menuruti apa yang Bandit mahukan dengan keluar dari bilik dan menuju ke dapur dan Sebaik sahaja dia menyalakan lampu, dia melihat terdapat dua individu sedang cuba membuka pintu belakang rumahnya dan salah seorang daripada mereka mempunyai senjata ap1 dipercayai p1stol.

Everitt kemudian bergegas untuk mengambil p1stol yang dia letak di dapur, namun apabila dia kembali semula ke bahagian pintu belakang, dua individu tersebut telah melarikan diri.

“Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur,” jelasnya.

Everitt tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Sumber: People

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK