Connect with us

Tips

Selalu Terkena Bila Beli Buah Oren Masamm Jerrr, Baru Tahu Bila Lelaki Ini Kongsi Tips Pilih Buah Oren Yang Manis

Published

on

Selalu Terkena Bila Beli Buah Oren Masamm Jerrr, Baru Tahu Bila Lelaki Ini Kongsi Tips Pilih Buah Oren Yang Manis

Masyarakat cina akan merayakan sambutan tahun baru tidak lama lagi. Oleh itu, ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambutnya bersama seisi keluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Antara persiapan yang selalu dibuat oleh masyarakat cina termasuklah membeli baju, menghias rumah dan membeli barang dapur untuk memasak.

Selain itu, masyarakat cina juga pasti akan berebut-rebut untuk membeli buah oren yang menjadi simbolik bagi sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.

Namun begitu, kita seringkali tersalah beli buah oren yang kurang manis sehingga akhirnya tidak menikmati kesedapan sebenar buah oren tersebut.

Oleh itu, seorang pengguna Tiktok bernama mad_buah telah berkongsi satu video berkenaan tips memilih buah oren yang manis. Ternyata mudah sahaja, mari kita ketahui cara memilih buah oren yang manis.

Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis ataupun tidak adalah dengan hanya melihat satu lobang yang berada di bahagian luar kulit. Sekiranya lobang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren itu kurang manis, manakala jika lobang itu besar, maka buah oren tersebut manis.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips

Pengakuan Seorang ‘Mak’, Perit & Ge’tirnya Menjadi Dia, Dia Kecewa. Mengapa Anak Perempuannya Jadi Begitu?

Published

on

By

Mengapa Anak Perempuannya Jadi Begitu?

Pengakuan seorang mak ni terlintas di depan mata saya. Perit dan ge’tirnya menjadi dia menghadapi anak remaja yang tak ke’ruan mahukan perhatian lelaki terasa menja’lar di dalam diri saya.

Dia mesti ke’cewa dengan apa yang berlaku. Kenapa anaknya menjadi begitu? Berulang kali persoalan tu bermain di minda, mungkin.

ayah

Saya juga punya anak perempuan. Hanya satu. Dia lah yang saya ada pun. Takkan ada yang lain.

Saya bukan Mama yang terbaik pun. Terlalu banyak kekurangan dan kele’mahan sampaikan saya menjadi ta’kut dan ge’run untuk menambah zuriat. Bimbangkan anak-anak tak menjadi manusia yang insani dek kerana ter’uknya dan bu’ruknya saya sebagai Mama.

Cuma, benarkan saya berkongsi sesuatu untuk hal begini.

Setiap kali saya melihat anak saya yang kami namakan Zulaikha tu diusap rambutnya oleh Papanya, atau dia bersandar di bahu Papanya, saya tahu suami saya adalah lelaki idola Zulaikha.

Zulaikha dan papanya ada saja topik yang menjadi perbualan mereka dan saya memang tak ambil pusing. Selalunya yang berilmiah la. Kalau nak berg0ssip, Zulaikha akan mencari saya. Karakter papanya tak sesuai untuk dijadikan kawan membawang.

Dengan Zulaikha, saya tak sorokkan apa juga masalah yang saya atau suami hadapi dalam keluarga, tempat kerja dan sebagainya. Saya ceritakan pada dia, sebab saya tahu dah cukup matang untuk memahami situasi yang kami hadapi. Berterus-terang tu lebih mudah.

Kami bukan orang berada. Tetapi cukup untuk memberikan apa yang sepatutnya buat Zulaikha. Sebagai cucu sulung keluarga saya, Zulaikha sentiasa punya tempat istimewa. Dialah buah hati pengarang jantung kami.

Kepentingan hubungan ayah dan anak perempuan sebenarnya tidak boleh dipertikaikan. Sudah banyak kajian yang dilakukan untuk menunjukkan bagaimana ketiadaan ayah secara emosi dan fizikal sebenarnya meninggikan risik0 anak perempuan untuk pergaulan bebas atau ram’bang.

Hubungan ayah dan anak perempuan bermula dari hari pertama anak itu dilahirkan. Kehadiran ayah bukan setakat hanya berada di situ secara fizikal. Dari bab menguruskan anak sehinggalah masa yang diluangkan untuk bermain-main dengannya itu sangat mempen’garuhi kemampuannya untuk berdikari dan berinteraksi dengan dunia luar.

Yang penting bukan hanya ayah tu ada di rumah. Tetapi dia dengan dunianya sendiri. Interaksi dengan anak perempuannya hanya minimal tidak akan membantu. Masa berkualiti yang diluangkan itulah yang menentukan setakat mana hubungan em0si yang sihat antara ayah dan anak.

Apabila Zulaikha rapat dengan Papanya, saya melihat itu satu perkembangan yang sangat baik untuk Zulaikha.

Suami saya seorang yang bijak pandai dan punya pengetahuan am yang sangat luas, maka dia sering berkongsi ilmunya dengan Zulaikha. Di dalam hubungan emosi yang begitu, suami saya sebenarnya menanam keyakinan diri sendiri yang tinggi pada Zulaikha kerana Zulaikha mengetahui dirinya dihargai. Dengan adanya Papa, Zulaikha merasakan yang dirinya terse’lamat dan dilindungi.

Bila Zulaikha kemukakan pendapatnya, dan suami saya tidak bersikap dia saja yang betul, di situlah terbentuknya kemampuan Zulaikha untuk berani bersuara. Dia mungkin tidak sentiasa betul tapi bila sudah di usia remaja, pendapatnya mesti diambil kira dan dia boleh berhujah untuk mempertahankan pendapatnya tanpa perlu bersikap biadap atau kurang ajar.

Freud, pakar psikoanalisis terkemuka di zamannya, telah mengemukakan teori tentang anak perempuan yang menjadikan ayahnya sebagai idolanya.

Kehendak fitrah untuk disayangi oleh ayah atau imej seorang lelaki itu tidak boleh dinafikan. Buat sementara ini, dan saya harap ianya berpanjangan, dengan pengisian suami saya ke dalam naluri Zulaikha, dan semoga ia sudah cukup mampan, Zulaikha tidak perlukan lelaki lain semasa dalam proses tumbesarannya untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Semuanya sudah dicurahkan oleh papanya. Hubungan yang sebegini, mendidik Zulaikha untuk mempunyai kebolehan untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain tatkala tiba masanya nanti. In shaa Allah.

Saya mungkin hanya melihat dari luaran semata-mata. Tetapi inilah yang mungkin tiada dalam kehidupan anak dara yang berusia 13 tahun ini, seperti dalam penceritaan mak ni. Mungkin disebabkan bermacam-macam fakt0r di sekelilingnya, dia hilang punca dan arah tuju dalam menagih kasih sayang.

Anak sekecil itu mana mungkin boleh membezakan kasih sayang yang diterimanya itu adalah yang benar atau tidak. Dia terlalu naïf dan muda untuk mengetahui niat di sebalik lelaki-lelaki yang dila’yan itu.

Tetapi disebabkan lomp0ngnya ruang dihatinya, dan mungkin kerana mendam’bakan perhatian seorang lelaki, dia menerima sesiapa saja yang sudi mengisi kekosongan itu.

Pertimbangannya memang langsung tidak matang dan inilah yang sering kita lihat dalam kanak-kanak dan remaja yang sedari awal lagi sudah terlibat dengan pergaulan sksu4l bebas dan rambang.

Dek dahagakan perhatian, mereka mudah sangat terpe’ngaruh dengan lelaki yang mengambil kesempatan dengan memberikan apa yang mereka mahukan. Malangnya, mereka inilah yang akhirnya menjadi mng’sa kerakusan d4jal di luar sana.

Saya pasti mak ni dah lakukan sebaiknya dengan limitasi dia dalam mendidik anak sulungnya. Tapi masih ada kurangnya untuk diperbaiki dan ia memerlukan watak si ayah untuk berusaha membantu anak tu.

Bukan sekadar menghu’kum semata. Tatkala am’arah sudah reda, renungkan kembali di mana tak berapa nak betulnya hubungan ayah dan anak perempuan. Perbaiki lah.

Ayah mesti luangkan masa khas untuk dia. Mengayuh basikal bersama waktu petang, mungkin. Apa saja aktiviti yang mampu mengeratkan kasih sayang antara mereka.

Anak sulung sering terpin’ggir, tanpa disedari. Kehadiran adik-adik akan mengalih perhatian mak dan ayah dari dirinya. Dia lah yang mak ayah mahukan secara automatik boleh mendukung tugas sebagai anak sulung sedangkan dia sendiri terka’pai-ka’pai.

Sambut lah anak tu dari terus tengg’elam. Tak jatuh pun martabat kita sebagai mak ayah tatkala kita mengaku kita ada khi’laf. Mak ayah bersama seia sekata untuk membawa anak kembali ke pangkal jalan.

Kalau boleh, bawakan anak berjumpa doktor di Klinik Kesihatan terdekat, untuk mendapat nasihat yang sepatutnya. Sekiranya perlu, anak tu boleh dirujuk ke Pakar Psikiatri untuk rawatan.

Berusaha sebaiknya baru lah serahkan kepada Allah SWT dengan doa yang tak berhenti, semoga anak tu membesar menjadi wanita yang menjaga kehormatannya. In shaa Allah.

Sumber : Rusyainie Ramli

Continue Reading

Inspirasi

Risau Nasib Gelandangan, Pemuda Ini Redah Hujan Lebat Tinjau Gelandangan Yang Kesejukan & Kelaparan

Published

on

By

gelandangan

Sebuah posting yang dimuatnaik oleh Vitaminbae hari ni sekali lagi mendapat perhatian netizen di laman Facebook. Di dalam posting yang dikongsikan, Ustaz Saharuddin Amirullah ( Tim Vitaminbae Sandakan ) berkongsi kerisauannya terhadap nasib gelandangan memandangkan sudah seharian hujan lebat di bumi Sandakan.

gelandangan gelandangan Berikut perkongsiannya :

Seharian hujan lebat sampai ada sebahagian tempat dinaiki air, terus terfikir keadaan gelandangan mesti ada yang dalam kesejukan dan kelaparan.

Beruntung juga semalam diberikan peluang menyantuni mereka. Selama ni bila hujan lebat, kita masih dalam keadaan yang selesa kerana adanya rumah tempat untuk berteduh dan bila kami melihat sendiri kehidupan gelandangan semalam, sejujurnya ada air mata yang tertahan, tidak terlihat dengan mata kasar.

Ya begitulah

Sudahkah kita bersyukur?

Terus mendoakan mangsa² banjir,

Terus mendoakan untuk semua..

Terima kasih semua yang sudah berbagi rezeki.

Moga Allah meredhai kita semua.

Alhamdulillah..masih ada insan yang prihatin seperti anak-anak muda ini yang peduli kepada nasib insan-insan yang kurang bernasib baik.

gelandangan gelandangan gelandanganSemoga dipermudahkan urusan anak-anak muda ini dan semoga penat jerih mereka dibalas dengan seribu kebaikan dan keberkatan oleh Allah SWT. Aamiin Allahuma Aamiin..

Sumber : Vitaminbae

*Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit kepada Realmerah!

Continue Reading

Agama

“Girl, if you want to marry me, i’m nothing..” – Noh Hujan Kongsi Tips Bagaimana Pilih Pasangan Yang Tepat

Published

on

By

jodoh

jodoh

Noh Hujan dalam satu slot motivasi:

“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk cebur bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit ada hari hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit.

Kemudian niat dalam hati,

“Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”

Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpak Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.

Saya katakan pada Nina;

“Girl, if you want to marry me, i’m nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but if you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, insyaallah I’m able to do it” dan Nina terima.

jodoh

Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.

Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.

– Noh Hujan

Sumber : Motifviral

 

Baca juga : Siang Jual Kuih, Petang Ajar Mengaji! Lihat Tempat Pengajian Percuma Miliknya!

Baca lagi : Menakjubkan! Wanita Kurang Waras Membesarkan 10 Orang Anak!

Jangan lupa baca : Serba Dhaif! Ibu Tunggal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK