Connect with us

Viral

SebuIan Tiada Kerja, Pemuda Nekad JaIan Kaki Dari KL Pulang Ke Kelantan, Jumpa Anak Bini

Published

on

jalan kaki

SEORANG pemuda tekad untuk berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan selepas terputus rezeki di ibu negara sejak sebulan lalu.

Isteri pemuda tersebut yang menggunakan akaun Facebook Sara Anisa memaklumkan, suaminya nekad untuk pulang ke kampung dengan berjalan kaki kerana sudah sebulan tiada kerja.

“Suami aku wat kijo gilo. Jalan kaki balik kampung. Loni on the way ke Gerik. Gilo palo mikir. Duduk KL pun tokey hambak doh, sebulan doh xkijo kan.

“Tokey pun hambak la dari rumoh hok dio duduk tu, duit pun tak dok nok wat makan. Jadi keputusan dio, jalan kaki nok balik dumoh,” tulis Sara Anisa di Facebook beliau.

Sara Anisa turut berkongsi Facebook suaminya yang menggunakan akaun bernama Matnoe Poksu Din.

jalan kaki

Menurut Matnoe, dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki untuk pulang ke kampung bukan kerana tiada duit namun disebabkan ketiadaan perkhidmatan bas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang akibat p4nd3mik tahun lalu.

“Insya-Allah duit untuk ambo makan masih cukup. Tak perlukan bantuan kewangan sebab xdok xleh nok beli tiket,” jelas Matnoe.

Matnoe memberitahu beberapa individu ada menelefonya bagi menghulurkan bantuan kewangan. Namun beliau menolak kerana masih mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan diri.

Semakan di Facebooknya mendapati Matnoe memulakan perjalannya dengan berjalan kaki secara solo pada tengah hari semalam.

“Empat hari lagi sapa. Marilah sapo-sapo nak join. Kito pakat jalan kaki ghamaghama,” tulis Matnoe ketika mahu memulakan perjalannya lebih 600 kilometer itu.

jalan kaki

Kira-kira sejam tadi beliau telah di sekita Ipoh, Perak. Dari situ beliau akan berjalan kaki ke Gerik dan kemudian ke Jeli, Kelantan.

“Dari RTC Gopeng ke Terminal Amanjaya. Dua roadblock, dua-dua lepas. Jalan kaki seolah-olah halimunan. Tidak ada yang perasaan.

“Tahan peronda pun tak berhenti. Tahan lori tak berhenti. Tak larat. Nak teruskan ke Gerik lepas tu ke Jeli,” tulis Matnoe di Facebooknya.

Sepanjang perjalanan selain la’par, dahaga dan le’tih beliau juga berhadapan caba’ran dengan hujan yang tidak menentu memaksanya berteduh sebentar sebelum menyambung perjalanan. Selain itu Matnor turut berkongsi gambar tapak kasutnya yang koyak ketika tiba di Plaza Tol Perak.

jalan kaki

Dalam siaran langsung terkininya di Facebook, Matnor berkata dia hampir pitam dan terpaksa berehat sebentar dan membeli air dan makanan. Katanya, sudah dua hari dia tidak menjamah nasi.

“Baru boleh makan nasi hari ini. Segar sikit. Lepas ni saya akan berjalan kaki hingga ke Gerik. Tak tahulah nak jalan ke mana ni. Tengah buat live ni tak boleh tengok Map. Segar sikit. Mata pun dah nampak molek. Tadi gelap gelemat nak rebah. Betulah jalan ini.

“Yang mana PM (priv4te message) nak minta nombor akaun bank tu, saya ada lagi duit nak buat makan sehari dua ini. Tak payah la risau. Buka saya nak cakap saya orang kaya dan tak nak duit, tapi tak tergamak musim-musim ini ambil duit orang. Sampai juga nanti, esok atau lusa. Insya-Allah ada hamba Allah akan tolong,” kata Matnoe.

Sumber: SantaiViral

 

Viral

Ramai wanita pernah cuba dekati Ijoy, tapi saya tak ‘serang’ – Sharifah Shahirah

Published

on

Ramai wanita pernah cuba dekati Ijoy, tapi saya tak ‘serang’ – Sharifah Shahirah

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah memilih untuk bersikap ‘neutral’ tanpa menyokong mana-mana pihak dalam isu membabitkan soal poligami.

Menurut laporan Harian Metro, disebabkan pendirian itu, dia yang mesra dengan panggilan Shiera dikecam sehingga didoakan supaya mendapat nasib sama.

Malah pelakon berusia 48 tahun itu mendedahkan, suaminya Ijoy Azhari pernah didekati ramai wanita namun mempunyai cara tersendiri bagi berdepan situasi tersebut.

“Saya seorang yang suka tengok perangai masing-masing. Kadang-kadang saya sokong isteri pertama dan ada ketika saya suka dengan isteri kedua.

“Disebabkan itu, ada yang menyelar dan mendoakan saya menerima nasib sama. Sebenarnya ramai yang pernah cuba mendekati suami saya, tapi saya tidak pernah serang wanita itu.

“Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja.

“Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ditakdirkan dia bersama suami saya ketika itu, dia akan hadapi perasaan apa yang saya rasa.

“Alhamdulillah bila saya fikir begitu, Allah SWT kurniakan saya rezeki yang lebih besar. Kita tak perlu nak tunjuk kebahagiaan pada semua orang,” katanya.

Pada masa sama, Shiera mengakui golongan isteri mempunyai naluri kuat sekiranya terdapat wanita lain yang ingin cuba untuk menggoda suami masing-masing.

“Kalau wanita berkenaan semurah itu, jadi dia memang begitulah. Lama kelamaan saya percaya orang akan tahu diri kita bagaimana. Tak perlu saya nak tunjuk diri ini baik sebab kita pun bukanlah sempurna.

“Saya pernah berniat untuk meminta wanita berkenaan supaya jelaskan tapi tak sampai hati sebab kasihan. Jadi, saya bersabar dan minta suami berterus terang dan berbincang mengenai hal ini.

“Saya beritahu dia, naluri isteri kuat dan dapat rasa. Lagipun kami bekerja dalam bidang yang sama. Kita tak perlu cari salah masing-masing sedangkan orang biasa pun akan ada yang sampaikan maklumat.

“Selebihnya saya cuba sabar sebab inilah yang dikatakan sabar itu separuh daripada iman” ujarnya.

Bagaimanapun, ibu kepada lima cahaya mata itu berpendapat bahawa orang ramai tidak perlu mengata kerana mana-mana wanita berkenaan sudah ditakdirkan untuk berkongsi kasih sayang.

“Saya ada ramai kenalan yang bergelar isteri pertama, kedua dan ketiga. Itu hak mereka. Jadi kalau ada yang nak ‘menyondol’ ke apa, tidak perlu mengata orang .

“Kalaulah terjadi kepada saya, mungkin saya tidak rasa nak tarik rambut perempuan itu. Lebih baik tengok, tenung sambil cakap ‘kau siap’. Tapi tak pastilah apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya.

“Cuma saya mampu berdoa, tawakal dan berserah. Masing-masing kena kawal diri. Saya pun tak boleh nak cakap lebih kerana kita pun ada anak perempuan. Jadi kena beringat sajalah. Saya selalu ingatkan anak-anak,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Instagram Shiera Ijoy

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Published

on

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Pelakon sensasi, Puteri Sarah meluahkan hasrat bagi membantu ibu tujuh anak yang akan diusir dari rumah sewa disebabkan tidak membayar sewa sejak Oktober tahun lalu.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia simpati melihat nasib wanita yang juga pesakit mental itu kerana diabaikan suaminya yang telah berkahwin lain.

Malah, pelakon berusia 38 tahun itu turut menyelar tindakan suami wanita tersebut yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya menerusi satu InstaStory semalam.

InstaStory berkenaan memaparkan sebuah keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda’ yang melaporkan kesusahan hidup wanita terbabit.

Semalam, pihak Zakat Selangor tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita tersebut yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Lebih malang apabila situasi itu menyebabkan anak sulungnya turut mendapat rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk sehingga sukar dikawal sekali gus perlu mengambil ubat penenang.

Terdahulu, Sarah dilabel sebagai ‘wanita besi’ kerana gigih memperjuangkan haknya susulan mengalami kemelut rumah tangga bersama suaminya Syamsul Yusof yang telah berkahwin lain di Thailand.

Tidak berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, Facebook Zakat Selangor

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Published

on

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Siapa s4ngka dari sikap sering pont3ng sekolah dan keputusan peperiks4an yang mengec3wakan, seorang pemuda bangk1t melakukan transf0rmasi ‘bukan biasa-biasa’.

Kejayaan tersebut dik0ngsikannya menervsi sebuah video di apl1kasi TikT0k.

Pemuda berkenaan, Nik Izzuddin Omary Nik Omar, berkata dalam peper1ksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia mencatatkan keputusan yang kurang memvaskan.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keadaan itu disebabkan oleh kedeg1lan dan sik4p sambil lew4nya terhadap pelajaran selain masalah dis1plin di sekolah.

Ken4ngan… Nik (kanan) bersama arw4h ibu bapa dan adik-adiknya.

“Saya akui hanya banyak main-main PMR tahun 2013. Sudahlah p0nteng kelas di sekolah, kelas tu1syen pun saya tak datang.

“Keputus4n PMR saya langsung tak ada A. B pun ada 3 je, lebih banyak C. Saya masih ingat masa dalam dewan peperiksaan, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Lebih mesra disapa Nik, katanya, ibu kandungnya men1nggal dunia pada 2012, manakala bapa kandung dijempvt Ilahi pada tahun yang sama dia menduduki PMR.

“Sedih bila orang yang kita sayang perg1 buat selama-lam4nya, jadi semangat pun hil4ng. Masa tu belum mat4ng dan saya pernah terfik1r saya ni tiada masa depan,” ujar anak kelapan daripada 12 beradik itu.

Nik (dua, kanan) aktif dalam sukan taekwondo ketika di un1versiti.

Namun, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mula menyed4ri tentang tanggvngjawab besarnya pada diri dan keluarga selepas mendapat kepvtusan PMR yang tervk.

Malah4n, dia bersyukur kerana rakan-rakan di kelas sewaktu di Tingkatan Empat memberikannya mot1vasi untuk memberi tumpvan kepada pelajaran.

Jika dulu tak berjaya, jangan berputvs asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perlah4n-lah4n tapi ada perkemb4ngan kons1sten.

“Walaupun belajar di kelas ‘hvjung’ tapi sebenarnya ramai yang mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka tiada pemaham4n. Jadi, kami membantu antara satu sama lain.

“Syukur, keputus4n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik dengan 6A. Saya kemudian meny4mbung pengaj1an di peringkat asasi sebelum mengikuti Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng di Univers1ti Islam Antarab4ngsa Malaysia (UIAM),” kata Nik.

Mencari pengal4man menjual sate.

Di UIAM, prestas1nya menunjukkan peningkatan apabila dua sem3ster ter4khir mencat4tkan keputusan dengan pencap4ian dekan menerusi purata nilai gred (GPA) 3.6 ke atas.

“Keputusan sem3ster lain bukan tak okay, tapi sipi-sipi nak dekan, dengan GPA sekitar 3.5,” katanya yang turut akt1f dalam sukan taekwondo sehingga mew4kili un1versiti ke Kejohanan Majlis Sukan Un1versiti Malaysia (Masum) pada 2015.

Selain itu, pemuda yang turut berg1at akt1f dalam sukan badminton ini juga berj1nak-j1nak dalam bisn3s secara kecil-kecilan untuk menj4na pendapatan samp1ngan.

Dulu (kiri) ketika di sekolah menengah dan kini bergelar pelajar un1versiti.

“Macam-macam yang saya jual, termasuk jual sate. Dan kini selepas tam4t pengaji4n dalam Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng, saya mencebvri bisn3s percetakan (printing).

“Bisn3s ini ada pot3nsi apabila saya dan rakan niaga boleh capai pendap4tan kas4r RM20,000 sebulan. Bagi saya yang masih belajar berniaga, jvmlah itu cukup besar,” katanya.

Nik yang bakal meny4mbung peng4jian dalam Ijazah Sarjana Muda kedua (double degree) dalam jurus4n Und4ng-Und4ng Syariah di UIAM bersyukur dengan transf0rmasinya sejak kir4-kir4 lapan tahun lalu.

“Jika dulu tak berjaya, jangan berputus asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perl4han-l4han tapi ada perkemb4ngan kons1sten. InsyaAllah kita boleh berjaya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK