Connect with us

Inspirasi

Pernah Tular Kerana Masih Jual Kuih 5 Biji RM 1, Remaja Ini Bukan Calang-calang Orang Rupanya…

Published

on

rahmatSebelum ini, kisah mengenai seorang remaja yang menjual kuih dengah harga yang dikira tidak munasabah mendapat perhatian daripada netizen setelah kisahnya dimuat naik di media sosial.

Namun, siapa sangka remaja ini merupakan seorang guru mengaji di kampungnya.

RahmatRemaja ini yang lebih dikenali sebagai Ustaz Rahmat atau nama penuhnya Rahmat bin Ansir, 21, hanya menggunakan sebuah bilik kecil selain daripada kaki lima rumahnya untuk dijadikan kelas. Kapasiti ruang tersebut sangat terhad untuk menempatkan ramai pelajar.

rahmatYang lebih mengagumkan ialah, dia mengajar secara percuma! Semua pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak miskin di kampungnya.

rahmatKetika menerima kunjungan pertama daripada Youtuber Vitaminbae kira-kira dua tahun lepas, keadaan pondok pengajian Ustaz Rahmat sangat menyedihkan dan serba kekurangan.

Rahmat

Keadaan di luar rumah Ustaz Rahmat ketika pelajar menunggu giliran untuk mengaji. ( gambar ini di ambil sebelum musim pandemic )

rahmat

Di ruang yang kecil dan sempit inilah tempat anak-anak pengajian menuntut ilmu. ( gambar ini di ambil sebelum pandemic )

Rahmat

Rumah Ustaz Rahmat sentiasa meriah dengan kedatangan kanak-kanak yang datang mengaji.

Ketika hujan, ruang pengajian mereka akan basah kerana binaan atap yang tidak sempurna. Buku-buku yang digunakan di sini juga kebanyakannya buku-buku terpakai dan ada diantaranya yang dikutip. MasyaAllah!

Rahmat

Antara buku-buku yang dikutip.

Rahmat

Al-Quran lama tersusun rapi di rak yang dibuat sendiri.

Namun begitu, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat anak-anak muridnya untuk terus menuntut ilmu. Malahan, mereka gembira kerana ada insan yang sudi mengajar mereka. Percuma lagi!

rahmat

Kata-kata semangat yang ditulis sendiri oleh Rahmat untuk anak-anak pengajiannya.

Alhamdulillah setelah kisahnya tular, ramai masyarakat yang prihatin datang untuk membantu.

Antaranya ialah Team Vitaminbae sendiri yang telah menyalurkan dana untuk pembinaan bangunan baru Pusat Pengajian yang diberi nama Pondok Pengajian Al-Akhtar.

rahmat

Anak-anak Al-Akhtar kelihatan gembira menerima goodies bag.

rahmat

Antara NGO yang datang berkunjung.

Alhamdulillah, hari ini hampir dua tahun bangunan itu beroperasi. Dengan ruang yang lebih luas, kini ia boleh menempatkan lebih ramai pelajar. Yang pastinya, kini mereka boleh menuntut ilmu dengan lebih selesa.

Alhamdulillah!

rahmat

Al-Akhtar kini ada pondoknya sendiri.

rahmat

Diorama pondok pengajian oleh warga Al-Akhtar.

Terima kasih kepada Vitaminbae kerana menyumbang dana pembangunan Pondok Pengajian Al-Akhtar, tidak lupa juga kepada pewakaf tanah tapak pengajian.

Semoga Al Akhtar dapat mengeluarkan pelajar-pelajar yang berkualiti tidak hanya di dunia, tapi juga di akhirat kelak. Aamiin..

Gambar lampiran :

rahmat rahmat rahmat rahmat rahmat

Sumber : Facebook & Youtube Vitaminbae , Facebook Pondok Pengajian Al-Akhtar

Boleh tonton kisah Ustaz Rahmat di sini :

https://www.youtube.com/watch?v=TFRSTOVKE1A

*Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit kepada Realmerah

Baca juga : “Kerana Saya Seorang Ibu..” Wanita Ini Menyara Puluhan Anak Angkat Termasuk Anak Yatim!

Baca lagi : Dilangar Kereta, Ibu Kucing Terhuyung Hayang Pergi Menyusukan Anak!

Jangan lupa baca : Serba Dhaif! Ibu Tunggal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang

Inspirasi

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

Published

on

Warga Britain jalan kaki 547 km dari Makkah ke Madinah, hayati pengorbanan hijrah Rasulullah

LIMA lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.

Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.

Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

“Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.

“Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda,” kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.

Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.

Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.

Kumpulan itu menerima sambutan yang luar biasa dari penduduk di Madinah.

Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.

Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.

Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. – ilmfeed

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Margaret Gan bersyukur,pertama kali raih tahun baru cina denga versi seorang muslim

Published

on

Margaret Gan bersyukur,pertama kali raih tahun baru cina denga versi seorang muslim

Pelak0n veteran, Margaret Gan meIuahkan kesyukuran kerana meraikan sambutan Tahun Baharu Cina buat kali pertama sebagai Muslim selepas memeIuk Islam pada 15 Februari tahun lalu.

Menurut lap0ran Harian Metro, aktres berusia 80 tahun itu bersyukur kerana menyambut perayaan dengan memperbanyakkan amaIan sedekah selain mampu menghafaI surah al-Fatihah dengan baik.

Walaupun sudah Iama meraikan Tahun Baharu Cina bersama ahli keIuarga secara sederhana, tetapi Margaret merasakan sambutan pada tahun ini sedikit berbeza memandangkan dia sudah menganuti agama Islam.

Katanya Iagi, sambutan pada tahun ini berbeza kerana ia dihadiri dengan perasaan ketenangan jiwa.

“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keIuarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat ser0nok dan tenang jiwa,”ujarnya.

Dalam pada itu, Margaret atau nama sebenarnya Gan Ee Kek turut meIuahkan kesyukuran kerana dikurniakan rezeki kesihatan yang baik serta berpeIuang terlibat dengan aktiviti kebajikan.

“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjaIani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peIuang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya.

“JaduaI aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlak0n kerana watak tidak sesuai,”jelasnya.

Katanya lagi, dia terpksa men0lak tawaran berlak0n yang memerIukannya membuka tudung memandangkan kini sudah hidup sebagai se0rang beragama Islam.

“Jadual aktiviti saya b0leh dikata tetap sibuk waIaupun sekarang jarang berlak0n kerana watak tidak sesuai.

“Sebagai 0rang Islam dan bertudung, saya memang men0lak twaran berlak0n yang memerIukan saya tidak bertudung,”katanya lagi.

TerdahuIu, Margaret bersyukur impian anak tunggaInya, Mohd Taufik Gan, 38, untuk melihat dia memeIuk agama Islam menjadi kenyataan tahun lalu selepas menunggu dengan sabar bertahun-tahun lamanya.

Perkara itu juga dik0ngsikan oleh pelak0n Serina Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan di laman Instagram.

Sumber: Harian Metro / ohmymedia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Kebaikan mcm ni bukan semua mampu buat… Sekali CEO datang…Pemuda inI tak sangka Apa Yg Dia Bakal Dapat!

Published

on

Kebaikan mcm ni bukan semua mampu buat… Sekali CEO datang…Pemuda inI tak sangka Apa Yg Dia Bakal Dapat!

Pernah tak jumpa orang yang terlebih sayangkan kucing? Maksudnya perasaan sayang kepada kucing yang melampau. Sayang kucing itu perkara biasa, lagi2 jika mereka memang pencinta kucing yg tegar. Ada juga orang yang membawa makanan kucing kemana sahaja mereka pergi, mana tahu jika terserempak dengan kucing jalanan, mereka boleh memberi makan kepada kucing2 tersebut. Alangkah mulianya hati mereka.

Adalah perkara biasa bagi pemilik kucing untuk sayang kepada haiwan peliharaannya. Menjaganya dengan baik, memberi makan setiap hari, mandi, bermain serta mengambil berat terhadap kesihatan kucingnya. tapi bagaiman pula dengan kucing2 liar yang berkeliaran dimana2? ada juga kucing2 liar ini yg jinak2 dan ada yg boleh di bawa balik untuk dipelihara lagi.

satu video perkongsian seorang pengguna fesbuk ini ternyata mendapat respect daripada orang ramai. Lelaki ini sanggup berhabis separuh daripada gajinya hanya untuk memberikan kucing2 jalanan makan. Lelaki ini hanya bekerja sebagai penjaga parkir sahaja pun. Itupun masih cukup untuk dia menyara dirinya sendiri selain separuh daripada gaji dihabiskan untuk makanan kucing jalanan.

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga memberikan makan kepada anjing jalanan. Alangkah mulianya hati mu wahai pemuda. Ini la balasan bila kau buat baik dgn Binatang,..walaupon seekor anjing. CEO Modenas datang untuk berikan anugerah dan ganjaran kepada lelaki ini.

LIHAT VIDEO DISINI

Komen Netizen

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK