Sathia : Saya Mahu Piya Tapi Tak Mampu

Ketua jurulatih FELDA United, B Sathianathan mendedahkan yang dia cukup berminat untuk mendapatkan khidmat bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi namun dia terpaksa melupakan hasrat tersebut atas faktor kekangan bajet.

Sathia mengakui Badhri Radzi atau lebih dikenali Piya ada menghubunginya secara peribadi untuk menawarkan khidmat kepada FELDA, namun selepas membuat perbincangan dengan pengurusan, dia tidak dapat merealisasikan hasrat pemain itu.

“Piya memang seorang pemain yang bagus serta sesuai dengan perancangan saya. Dia masih mempu memberi sumbangan dan saya memang mahukan pemain seperti dia.

“Tapi, saya terpaksa melupakan hasrat itu kerana kekangan bajet yang FELDA hadapi musim ini. Lagipun skuad kami sudah ada 25 pemain, ia sudah lengkap. Sebarang rombakan pasti akan melibatkan kos tambahan,” jelas Sathia dalam laporan di Berita Harian.

Piya pasti kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Sathia kerana dia dalam situasi tertekan untuk mendapatkan pasukan selepas khidmatnya tidak diperlukan lagi di The Red Warriros (TRW).

Terdahulu, pemain berusia 35 tahun itu sendiri mengakui belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan dalam Liga Malayisa selepas seminggu pintu perpindahan kedua dibuka sejak 7 Mei lalu.

Jika situasi ini berterusan sehingga pintu perpindahan ditutup pada 3 Jun, Piya tidak memiliki pilihan lain selain terus kekal di Kelantan sehingga kontraknya tamat pada hujung musim ini walaupun menyedari dia tidak diperlukan lagi dalam pasukan baru dibentuk oleh jurulatih Fajer.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*