Connect with us

Viral

Sarat hamil lapan bulan, isteri Aliff Syukri masuk hospital akibat jangkitan kuman

Published

on

Sarat hamil lapan bulan, isteri Aliff Syukri masuk hospital akibat jangkitan kuman

Isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang sarat hamil lapan bulan dimasukkan ke sebuah hospital akibat jangkitan kuman.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, dia memaklumkan sudah tiga hari berada dalam keadaan kurang sihat sekali gus menerima rawatan lanjut akibat masalah kesihatan tersebut.

“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi… saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital. Ada jangkitan kuman,” tulisnya.

Shahida berkongsi perkara berkenaan menerusi satu hantaran video di laman Instagram memaparkan dirinya sedang baring di atas katil wad sambil menggunakan peralatan oksigen.

Sementara itu, dia turut memohon orang ramai mendoakannya serta bayi dalam kandungan supaya dalam keadaan sihat selain mengakui bimbang apabila memikirkan anak-anak yang juga kurang sihat di rumah.

“Doakan saya dan baby sihat ya… tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mendoakan kesembuhan ibu kepada lima orang anak itu selain dipermudahkan segala urusan yang dilalui ketika ini.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

semoga cepat sembuh!

Sumber: Instagram Nur Shahida

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

Published

on

Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’… puncanya tak pandai cakap Melayu! – “Sorry sayang mama”

APABILA menghantar anak ke sekolah, ibu bapa hanya mampu tawakal dan memohon kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi.

Semestinya ibu bapa amat mengharapkan agar anak-anak menimba ilmu dengan mudah, tenang dan selesa di sekolah tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan yang akan berlaku terhadap mereka.

Seorang ibu berdepan kerisauan dan sedih apabila memikirkan tentang nasib anak perempuannya yang bernama Ivy.

Menerusi satu perkongsian di TikTok yang dibuat oleh wanita itu, anaknya begitu teruja untuk pergi ke sekolah di sebelah pagi.

Namun, dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis tersedu-sedu.

Apabila ditanya kepada Ivy, kanak-kanak itu memberitahu tiada seorang pun di sekolah yang mahu berkawan dengannya kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Awal pagi tadi gembira sangat. Semangat nak sekolah.

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

“Balik petang nangis tersedu-sedu. Bila tanya kenapa, no one wants to be friends with me because I speak English,” tulis ibunya pada video.

Menurut pelayar tersebut, Ivy sememangnya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan dari kecil sudah didedahkan dengan bahasa asing di rumah.

Melihat apa yang berlaku, wanita ini mengakui mula timbul rasa bersalah terhadap anaknya sendiri.

“Tak pernah terfikir boleh jadi macam ni. Sorry sayang (Ivy) mama,” ujarnya yang dibelenggu rasa bersalah.

Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu.
NETIZEN
Luahan wanita itu mengenai anak perempuannya yang dibuat menerusi video penuh emosi di laman TikTok miliknya meraih 2 juta tontonan.

Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai komen dan pandangan terhadap apa yang berlaku kepada Ivy,

“Hebat macam mana pun bahasa Inggeris, jangan diabai bahasa Melayu. Kena ingat bukan semua orang pandai bahasa Inggeris tapi Bahasa Melayu, (majoriti) anak Melayu faham.

 

Komen netizen di TikTok.

“Jangan menangis sayang. Nak fasih bahasa Melayu ni sebulan saja dah boleh. Nak pandai bahasa Inggeris bukan senang dik. Tapi awak dah mahir yang susah tu dulu.

“Kelas anak-anak saya ramai speaking. Tapi tak adalah tak faham langsung. Untuk sekolah kerajaan memang kena tahu bahasa Melayu untuk pergaulan dan pembelajaran,” komen beberapa netizen pada video.

Justeru, ibu bapa seharusnya mengajar anak masing-masing bahasa Melayu agar generasi akan datang dapat bertutur, memahami dan menulis dengan baik.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Published

on

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Published

on

Anak tak mahu sekolah, ibu bawa ke balai polis – “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Gara-gara enggan ke sekolah, seorang ibu ‘mengertak’ dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis dipercayai terletak di satu daerah di Sarawak baru-baru ini.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq memuat naik video kejadian lucu tersebut memaparkan kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.

Sebab tak nak pergi sekolah, habis viral

LIHAT VIDEO DISINI

Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi sebelum ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.

Bahagian kedua

LIHAT VIDEO DISINI

“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain melakukan janji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit.

Dah suka pergi sekolah

Video berkenaan meraih hampir 973,000 tontonan dan 2429 komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat kerjasama wanita itu bersama anggota polis untuk menakutkan anaknya.

Berkesan kalau buat macam ni

Sumber: TikTok @abellascentzhq

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK