Connect with us

Kongsi Ilmu

Sahkah Solat Jika Sujud Di Atas Kain Telekung? Baca Penjelasan Dr MAZA

Published

on

sujud

Sahkah Solat Jika Sujud Di Atas Kain Telekung? 

Soalan: Semasa solat, sering berlaku saya sujud atas telekung. Baru-baru ini ada video yang menyatakan solat atas telekung tidak sah. Benarkah hal tersebut? Bagaimanakah dengan solat saya selama ini?

Jawapan Dr MAZA:

  1. Sebelum saya menjawab, perlu diketahui bahawa telekung bukan syarat sah solat bagi seorang wanita. Apa yang menjadi syarat ialah menutup aurat semasa solat. Tidak semestinya memakai telekung.
  2. Adapun hukum sujud atas kain atau benda yang bersambungan dengan diri orang yang bersolat itu, para ulama khilaf (berbeza pendapat) tentang hal ini.

sujud

Pendapat Pertama; tidak sah sujud atas kain atau apa-apa bahan yang bersambungan dengan diri orang yang sedang solat tersebut jika kain atau bahan itu turut bergerak bersamanya. Ini seperti kopiah, balutan serban, ridak di bahu, jubah, tudung dan seumpamanya. Pada pandangan mereka jika itu berlaku bererti, seseorang tidak sujud atas tempat sujud sebaliknya terhalang dengan benda yang ada pada badannya sendiri. Ini merupakan pendapat dalam Mazhab al-Syafii. Ia merupakan pendapat minoriti.

Dalam kitab al-Umm, al-Imam Syafii (meninggal 204H) menyebut:

وَلَوْ سَجَدَ عَلَى جَبْهَتِهِ وَدُونَهَا ثَوْبٌ، أَوْ غَيْرُهُ لَمْ يَجْزِهِ السُّجُودُ إلَّا أَنْ يَكُونَ جَرِيحًا فَيَكُونُ ذَلِكَ عُذْرًا وَلَوْ سَجَدَ عَلَيْهَا وَعَلَيْهَا ثَوْبٌ مُتَخَرِّقٌ فَمَاسَّ شَيْئًا مِنْ جَبْهَتِهِ عَلَى الْأَرْضِ أَجْزَأَهُ ذَلِكَ لِأَنَّهُ سَاجِدٌ وَشَيْءٌ مِنْ جَبْهَتِهِ عَلَى الْأَرْضِ

“Jika seseorang sujud dengan dahinya, sedangkan ada perantara kain, atau selainnya, maka sujud itu tidak sah untuknya, kecuali jika dia luk4, maka itu satu keuzuran. Jika dia sujud atas kain yang terk0yak, lalu sedikit dari dahinya menyentuh bumi (tempat sujud), maka itu sah untuknya kerana dia sujud dan ada bahagian dahinya yang menyentuh bumi (tempat sujud)”. (Kitab al-Umm, 1/323-324. Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-‘Arabi).

Maka, inilah pegangan dalam Mazhab al-Syafii. Dalam Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i disebutkan: “Disyaratkan seseorang itu tidak sujud atas kain yang bersambungan dengannya: ini seperti bahagian tangan bajunya yang panjang, atau serbannya yang jika ia turut bergerak bersama dengan pergerakannya semasa berdiri dan duduk. Ini seperti lembaran kain yang ada atas bahunya. Jika dia sengaja melakukan hal itu, maka batal s0latnya. Jika dia melakukan kerana lupa atau j4hil, tidak batal, tapi diulang semula sujud itu. Namun, jika kain itu bersambungan dengannya tapi tidak bergerak dengan pergerakannya, maka itu dibolehkan kerana ia sama seperti hukum benda yang berpisah darinya. Demikianlah juga segala yang terputus (tidak bersambungan) darinya seperti tongkat di tangannya, maka tidak mencacatkan jika sujud atasnya. Jika dia sujud atas balutan luk4 disebabkan darurat, atau kepayahan untuk mengelakkannya, maka sah sujudnya. Tidak wajib ulang kerana seseorang itu tidak wajib ulang solat secara isyarat disebabkan keuzuran. Maka (keadaan) ini lebih wajar (untuk tidak wajib ulang)”. (al-Zuhaili, Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i,1/281. Damsyik: Dar al-Qalam).

sujud

Pendapat Kedua: Tidak batal sujud atas kain atau benda yang bersambungan dengan diri orang yang sedang bersolat itu. Ini pendapat jumhur ulama (majoriti). Cumanya, kalangan mereka menyatakan perbuatan itu makruh jika tidak ada sebab yang munasabah seperti kerana tempat sujud itu panas, atau sejuk atau tidak selesa atau seumpamanya.

Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) dalam al-Mughni :

قَالَ الْقَاضِي: إذَا سَجَدَ عَلَى كُورِ الْعِمَامَةِ أَوْ كُمِّهِ أَوْ ذَيْلِهِ، فَالصَّلَاةُ صَحِيحَةٌ رِوَايَةً وَاحِدَةً. وَهَذَا مَذْهَبُ مَالِكٍ، وَأَبِي حَنِيفَةَ. وَمِمَّنْ رَخَّصَ فِي السُّجُودِ عَلَى الثَّوْبِ فِي الْحَرِّ وَالْبَرْدِ عَطَاءٌ، وَطَاوُسٌ، وَالنَّخَعِيُّ، وَالشَّعْبِيُّ، وَالْأَوْزَاعِيُّ، وَمَالِكٌ، وَإِسْحَاقُ، وَأَصْحَابُ الرَّأْيِ. وَرَخَّصَ فِي السُّجُودِ عَلَى كُورِ الْعِمَامَةِ الْحَسَنُ، وَمَكْحُولٌ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ. وَسَجَدَ شُرَيْحٌ عَلَى بُرْنُسِهِ

“Berkata al-Qadi (Abu Ya’la al-Farraa) jika seseorang sujud atas balutan serban, atau tangan bajunya, atau hujung kainnya, maka solat itu sah. Riwayat hanya satu (hanya pandangan al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam hal ini). Ini juga pendapat Mazhab Malik dan Abu Hanifah. Antara mereka yang juga memberikan kelonggaran sujud atas kain semasa panas dan sejuk ialah ‘Ataa, Tawus, al-Nakha’i, al-Sya’bi, al-‘Auza’I, Malik, Ishaq  dan tokoh-tokoh al-rakyu ( aliran mengutamakan qiyas). Turut berpendapat kelonggaran sujud atas balutan serban ialah al-Hasan (al-Basri), Makhul dan ‘Abd al-Rahman bin Yazid. Syuraih pula sujud atas burnus (kopiah panjang yang dia pakai)”. (2/196. Kaherah: Hijr).

Alasan jumhur ulama bagi pendapat ini ialah hadis Anas bin Malik

كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شِدَّةِ الحَرِّ، فَإِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَحَدُنَا أَنْ يُمَكِّنَ وَجْهَهُ مِنَ الأَرْضِ بَسَطَ ثَوْبَهُ، فَسَجَدَ عَلَيْهِ

“Kami solat bersama Nabi s.a.w pada waktu yang sangat panas. Apabila seseorang kalangan kami tidak mampu meletakkan mukanya atas tanah, maka dia bentangkan kainnya, lalu sujud atasnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) ketika mensyarahkan hadis ini:

قَوْلُهُ فَإِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَحَدُنَا أَنْ يُمَكِّنَ جَبْهَتَهُ مِنَ الْأَرْضِ بَسَطَ ثَوْبَهُ فَسَجَدَ عَلَيْهِ فِيهِ دَلِيلٌ لِمَنْ أَجَازَ السُّجُودَ عَلَى طَرَفِ ثَوْبِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَالْجُمْهُورُ وَلَمْ يُجَوِّزْهُ الشَّافِعِيُّ وَتَأَوَّلَ هَذَا الْحَدِيثَ وَشَبَهَهُ عَلَى السُّجُودِ عَلَى ثَوْبٍ مُنْفَصِلٍ

“Perkataan Nabi s.a.w “apabila seseorang kalangan kami tidak mampu meletakkan mukanya atas tanah, maka dia bentangkan kainnya, lalu sujud atasnya” itu menjadi dalil bagi sesiapa yang membolehkan sujud atas bahagian kain yang bersambungan dengan orang yang bersolat. Inilah pendapat Abu Hanifah dan jumhur (majoriti) ulama. Al-Syafi’i tidak membolehkan. Dia mentakwilkan hadis ini dan mengandaikan sujud atas kain yang terpisah”. (Syarah Sahih Muslim, 5/121. Beirut: Dar al-Turath al-‘Arabi).

Para ulama seperti al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id menyatakan bahawa lafaz “kainnya” (ثوبه) memberikan maksud kain yang ada di tubuhnya. Dari segi lafaz ia selari dengan ayat selepas itu “lalu sujud atasnya”. Dari segi luar lafaz pula, pada zaman tersebut mereka tidak mempunyai banyak kain yang dibawa ke sana-sini. (lihat: al-Syaukani, Nil al-Autar, 2/301. Kaherah: Dar al-Hadith).

Oleh kerana dalam hadis tersebut dinyatakan ( فَإِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَحَدُنَا أَنْ يُمَكِّنَ جَبْهَتَهُ مِنَ الْأَرْضِ بَسَطَ ثَوْبَهُ) “apabila seseorang kalangan kami tidak mampu meletakkan mukanya atas tanah”, maka ia memberi maksud para sahabat tidak melakukan hal itu melainkan jika ada keperluan sahaja. Jika mereka mampu sujud mereka tidak melakukannya. Maka, sebahagian ulama seperti al-Syeikh Muhammad Salih al-‘Uthaimin menyatakan adalah makruh sujud atas kain yang bersambungan dengan orang yang bersolat jika tiada keperluan berbuat demikian. (lihat: al-Uthaimin, al-Syarh al-Mumti’, 1/527. Kaherah: Dar Ibn al-Jauzi)

sujud

Kesimpulannya, sujud atas kain atau bahan yang bersambungan serta bergerak bersama dengan orang yang bersolat itu tidak membatalkan solat di sisi majoriti ulama. Cumanya, dalam kalangan majoriti yang memegang pendapat ini menganggap makruh jika tiada keperluan berbuat demikian. Adapun Mazhab al-Syafii menganggap tidak sah sujud sebegitu melainkan jika disebabkan balutan keceder4an.

Pada saya, pandangan jumhur lebih kuat untuk dipegang, namun makruh jika tiada alasan yang munasabah. Ini sesuai dengan hadis tersebut. Solat yang sah secara yakin, tidak wajar dianggap batal atas alasan yang tidak begitu kukuh. Pun bagitu, sesiapa yang dapat mengelakkannya, itu sesuatu yang baik. Namun, tidaklah batal perbuatan itu di sisi majoriti ulama.

Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis

#CELEB

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Published

on

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

Published

on

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Published

on

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.

Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.

Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.

Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.

Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?

Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.

Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.

Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK