Connect with us

Viral

Rumah Dipenuhi N4jis & L4mpin K0tor, 4 Kanak-kanak Ditemui Tidak Berpakaian, Kel4paran Serta Disyaki Kekurangan Nutrisi

Published

on

Rumah kotor

4 Kanak-kanak Ditemui Di Rumah K0tor

Empat kanak-kanak ditemui dalam keadaan lapar serta disyaki kekur4ngan zat makanan di sebuah rumah pangsapuri k0tor di Kazakhstan baru-baru ini, lapor Daily Star.

Menurut lap0ran, kanak-kanak itu terdiri daripada usia tujuh, lima, empat dan tiga tahun. Keempat-empat mereka dilap0rkan tidak boleh bercakap lancar dan berjalan dengan betul.

Rumah kotor

Difahamkan, pangsapuri di wilayah timur Kazakh Pavlodar yang menjadi tempat tinggal empat beradik itu dipenuhi s4mpah sarap dan lampin k0tor.

Malah mereka juga dikatakan sudah tidak makan sekurang-kurangnya tiga hari, lap0r berita tempatan Tengrinews menerusi Daily Star.

Lebih meng3cewakan apabila salah seorang daripada kanak-kanak itu sudah mengalami kembung perut yang teruk kerana kekur4ngan zat makanan.

Rumah kotor

Kanak-kanak itu hanya berjaya disel4matkan selepas pihak sukarelawan tempatan menerima panggilan daripada jiran di sana.

“Terdapat satu panggilan daripada jiran mengenai perg4duhan yang berlaku dan dipercayai datang daripada unit rumah tersebut.

“Sebaik sahaja pihak p0lis tiba, rumah itu sudah berada dalam keadaan tenang, tetapi mereka menjumpai kanak-kanak kekurangan z4t tinggal bersama-sama ibu bapanya tanpa keperluan hi’dup asas.

“Kami dimaklumkan mengenai perkara itu, dan kami segera mengumpulkan makanan, lampin, sabun dan beberapa barangan keb3rsihan lain,” jelas sukarelawan itu, Lyudmila Bylinina.

Rumah agak k0tor & bern4jis

Menurut Lyudmila lagi, rumah yang kanak-kanak m4lang itu duduki tersebut juga dikatakan agak k0tor, selain mereka sendiri dikelilingi n4jis, lalat dan b4u hancing di merata tempat.

“Kanak-kanak itu berada dalam keadaan berb0gel dan k0tor. Mereka tidak boleh berjalan dan ada kanak-kanak perempuan mengalami perut kembung.

“Seorang daripada kanak-kanak lelaki mun’tah selama lebih dua hari,” jelas Lyudmila.

Difahamkan, keluarga itu baru sahaja berpindah ke kawasan berkenaan kira-kira tiga tahun lalu dari sebuah perkampungan kecil.

Rumah kotor

Bagaimanapun sehingga kini, kanak-kanak berkenaan tidak did4ftarkan dengan pihak berkuasa dan mereka tidak pernah menerima sebarang raw4tan perubatan di sana.

Kini, empat orang kanak-kanak itu bersama-sama ibu mereka yang berumur 27 tahun telah dibawa ke hospital untuk pem3riksaan kesih4tan.

Menurut doktor, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu sahaja yang boleh bercakap.

Sumber : Siakapkeli

Viral

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Published

on

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong pagi tadi membabitkan pergaduhan dua lelaki.

Mangsa (76) dipukul suspek (63) menggunakan sebuah kerusi plastik sebelum dileraikan anggota RELA yang kebetulan berada di situ.

Namun, mangsa yang sedang beredar tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di tepi jalan. Siasatan mendapati suspek yang juga rakan lamanya gagal membayar hutang kepada mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasatan, manakala permohonan reman suspek akan dibuat esok.

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Continue Reading

Viral

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Published

on

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Sekiranya anda biasa membuat tempahan makanan melalui aplikasi, pasti anda akan perasan ada satu pilihan butang untuk anda berikan tips kepada si penghantar makanan, tidak kiralah samada secara digital atau wang tunai.

Walaupun tips ini tidak semestinya diberi kepada penghantar makanan, kemudahan ini memberikan peluang kepada penghantar ini untuk menerima wang lebih dari penghantaran yang dilakukan.

Jika pelanggan tidak memberikan tips, upah untuk setiap penghantaran tetap diperoleh untuk setiap ‘job’ yang diselesaikan. Kemudahan ini memberikan peluang kepada pelanggan sekiranya ingin memberikan hadiah kepada penghantar sekiranya ada rezeki lebih untuk dikongsikan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian oleh seorang pemuda penghantar makanan yang terkejut dengan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggannya.

Perkongisan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan rezeki pemuda tersebut sungguh luar biasa.

Muhamad Faris 28 telah memuat naik satu hantaran di facebook mengenai ceritanya menerima sampul berisi wang tunai berjumlah RM1000 dari seorang pelanggan wanita.

Berikut adalah perkongsian Faris

“Sebagai seorang penghantar makanan, memang akan ada pelanggan yang bermurah hati untuk memberikan tips dan paling banyak saya dapat pun RM50 tapi benda tu saya tak berharap sangat sebab sudah jadi tugas saya menghantar pesanan kepada mereka”.

“Pada suatu hari, semasa saya dalam perjalananm pelanggan itu ada menghantar mesej melalui aplikasi yang memaklumkan supaya saya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul wang yang ada disitu, ujarnya.

Selepas Faris beredar dari situ, Muhamad Faris berehat sebentar di satu kawasan dan cuba membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya bila melihat sejumlah wang RM1000 di dalamnya.

Untuk mendapatkan kepastian, Faris telah menghubungi semula pelanggan wanita berkenaan kerana bimbang mungkin ada kesilapan dan tersalah ambil sampul yang sepatutnya.

“Rupa-rupanya, pelanggan itu memang berhajat memberikan saya wang sebanyak itu”.

“Dia ikhlas untuk berikan kepada saya cuma minta supaya doakan dia dikurniakan zuria dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain”

“Jika diikutkan, saya tak mahu kongsi kisah benar itu di facebook, tapi saya lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas membaca hantaran dari saya , tambah faris lagi.

‘Saya belum lagi usik duit itu tapi saya ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu moga berpanjangan.

“Manalah tahu, dengan sedekah itu, Allah akan makbulkan impian wanita itu untuk memiliki zuriat seperti yang diidamkan, kata Faris.

Marilah kita sama-sama doakan akak pemurah ini supaya dikurniakan zuriat dan semoga Faris si penghantar makanan ini juga dimurahkan rezeki kerana kejujurannya.

Kisah mengenai pemuda dan wanita ini cukup untuk membuktikan wujud manusia yang mulia didunia ini, wanita tersebut mungkin sedang diuji menantikan zuriat yang masih tidak kunjung tiba. Dia telah melakukan sesuatu yang mulia dengan mengharapkan ihsan dari Allah S.W.T supaya suatu hari nanti impian untuk memiliki zuriat akan dimakbulkan.

Bagi pemuda ini pula, ianya bukan sekadar rezeki buat dirinya tetapi membuktikan dia tidak semudah-mudahnya menerima hadiah wang berkenaan selagi tidak dipastikan samada ianya benar diberikan wanita berkenaan atau tidak. Kejujuran inilah yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja dan walau apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, kerana sikap jujur inilah yang akan membawa kebaikan dan dipercayai oleh orang lain sekiranya anda diamanahkan untuk melakukan sesuatu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Published

on

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.

Disambut gembira

Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.

Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.

Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK