Ronaldo vs Messi, Carlos Teves Bongkar Rahsia Dua Bintang Bola Sepak Dunia

 

Perdebatan siapa hebat antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah berlarutan sepuluh tahun, dua pemain itu boleh dikatakan telah mencapai puncak prestasi dalam permainan. Messi dan Ronaldo berada di tahap yang lebih tinggi daripada pemain-pemain hebat yang lain.

Anugerah pemain terbaik dunia iaitu Ballon d’Or juga didominasikan oleh kedua pemain ini selama 10 tahun dengan masing-masing memperolehi lima anugerah.

Tidak hanya itu, Ronaldo dan Messi juga merupakan dua bintang bola sepak yang memperolehi gaji tertinggi.

Ketika Ronaldo di Real Madrid dan Messi di Barcelona, mereka bersaing cukup hebat dalam kencah La Liga terutamanya ketika perlawanan El Clasico.

Namun, bagaimana cara latihan kedua pemain itu untuk mencapai puncak prestasi. Carlos Teves yang pernah satu pasukan dengan Messi dan Ronaldo punya rahsia tersebut. Baca penjelasan Teves selengkapnya di bawah ini:

Bakat Semulajadi Messi

Teves pernah berkongsi bilik persalinan dengan Cristiano Ronaldo di Manchester United dan dengan Lionel Messi di pasukan kebangsaan Argentina. Menurut Tevez, perbezaan di antara mereka kelihatan jelas dalam aspek gym.

Selama bersama Messi, Teves tidak pernah sekalipun melihat pemain Barcelona itu berada di gym. Messi juga dikatakan tidak berkerja keras dalam latihan kerana segalanya hadir dari bakat dalam dirinya. Messi hanya berlatih untuk mengambil sepakan penalti.

“Lionel Messi, saya tak pernah melihat dia di gym. Saya tak pernah melihat dia berlatih di rumahnya atau melakukan latihan teknikal,” kata Teves kepada express.¬†

“Segalanya semulajadi untuknya, tetapi dia berlatih sepakan penalti. Pertama dia tidak memaksimumkan penalti dan sekarang dia juga berlatih sepakan sudut.”

Ronaldo Yang Gilakan Latihan

Cristiano Ronaldo jauh berbeza dengan Messi. Jika Teves tak pernah melihat Messi berlatih, Ronaldo sebaliknya. Teves mengakui tidak pernah tidak melihat Ronaldo berlatih.

Ronaldo adalah pemain yang gilakan latihan, Teves selalu cuba datang lebih awal daripada Ronaldo ketika sesi latihan dan dia sentiasa gagal dalam percubaan tersebut.

“Ronaldo selalu berhenti di gym selepas tamat latihan. Bagi dia, berlatih adalah¬†obsesinya, menjadi yang terbaik di semua hal, dia selalu datang lebih awal,” kata Teves.

“ketika latihan dijadualkan pada pukul 9 pagi, saya datang pukul 8 dia sudah ada di sana. Bahkan ketika saya datang pukul 7.30 dia sudah ada.”

“Saya mulai tertanya-tanya ‘bagaimana caranya saya mahu bersaing dengan orang ini?’ Jadi suatu hari saya datang pukul 6 pagi tetapi dia sudah ada di sana! Saya masih mengantok tetapi dia sudah berlatih,” ujar Teves.

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*