Connect with us

Semasa

RM3 Juta Untuk Sebuah Dron?, PDRM Keluar Duit Belanja Beli Dron

Published

on

Dalam satu siding media Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Mazlan Lazim berkongsikan yang pihak mereka akan beroleh 16 dron berkuasa tinggi.

Persoalannya adalah ia ada menyebut angka RM48 juta untuk memperolehnya ataupun kira-kira RM3 juta setiap satu.

KAWALAN SEMPADAN | PDRM Bakal Terima 16 Dron Berkuasa Tinggi, Kenderaan Baharu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 dron berkuasa tinggi, bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan di seluruh negara.

Sumber : Buletin TV3 — in Kangar

Sungguhpun pihak mereka tidak mengumumkan apakah model dron yang akan dibeli, spekulasi menyatakan yang ia adalah DJI Matrice 300 RTK yang berharga USD13,200, berdasarkan kelengkapan semasa yang mereka ada masa ini.

Selain Matrice 300 RTK, kamera ZenMuse yang berharga USD11,300 juga dijangka akan menjadi aksesori untuk diangkutnya.

Jika perkara itu dipertimbangkan, dengan mengambil kira seunit dron menelan RM120 ribu manakala baki sekitar RM48 juta boleh dihamburkan kepada 175 kenderaan itu pada peruntukan lebih RM260 ribu seunit.

Tapi Matrice 300 RTK tak mampu terbang selama 5 jam
Dalam siding media yang sama juga, Datuk Seri Mazlan memberitahu yang dron yang bakal mereka terima adalah daripada jenis yang mampu terbang sehingga 4 jam.

Menurut lamam rasmi spesifikasi Matric 300 RTK, ia mampu terbang paling lama pun 55 minit, jauh lebih singkat berbanding 300 minit yang dicanang.

Berdasarkan carian ringkas kami, hampir tiada dron berkuasa bateri yang mampu terbang selama lebih sejam. Kalau adapun, ia adalah jenis hibrid yang masih perlukan bah4n ap1 f0ssil untuk terbang dan biasanya hanya dijual pada pelanggan tentera.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like,komen dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:msn.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

Published

on

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

TIDAK jauh beza dengan rider penghantar makanan, pekerja syarikat kurier turut berdepan pelbagai cabaran ketika melunaskan tugasan mereka.

Selain mengejar masa dan berdepan risiko keselamatan di jalan raya, ragam pelanggan juga kadang-kala boleh membuatkan mereka pening kepala.

Baru-baru ini, seorang pekerja kurier dikenali sebagai Hafiz Rani tampil berkongsi luahan hatinya mengenai sikap pelanggan yang sering berpakaian tidak sopan.

Pesan pemuda itu, dia berharap pelanggan dapat menghormatinya sebagai lelaki dan tidak sesekali keluar dalam keadaan yang mengaibkan.

Pemuda itu berkata, dia mahu berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlarutan. (Gambar Hiasan)

“Aku nak tegur dan bagi nasihat sikit ya. Aku ni bekerja kurier. Kau orang pun tahu kan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pass barang, aku kena isi maklumat dan ambil sign pelanggan.

“Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya. Ni tak. Ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil dan yang berkemban pun ada,” luahnya di Facebook.

Tambah Hafiz lagi, dia juga merancang untuk berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlaku pada masa akan datang.

Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya… ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil.
HAFIZ RANI
“Kalau lah situasi ini berterusan, InsyaAllah aku akan berhenti kerja. Mungkin bagi sesetengah perempuan itu biasa.

“Tapi bagi aku orang Islam amat luar biasa. Please take note ya. Sama-sama kita. Selamat beramal,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Apa Harini itu turut meraih lebih 100 komen netizen yang bersimpati dengannya.

Malah, netizen turut menyelar sikap perempuan yang diceritakan Hafiz dan menganggap mereka sebagai manusia yang tidak mempunyai perasaan malu.

“Alhamdulillah terbaik bang. Semoga murah segala urusan abang. Tak semua orang yang boleh buat macam abang, sanggup berhenti kerja sabab benda macam tu.

“Memang tak tahu malu orang macam ni. Terdedah sana-sini pakai ketat macam saiz baju adik dia.

“Perempuan sekarang mahal pada hantaran kahwin sahaja,” tulis beberapa netizen.

Pekerja kurier berdepan pelbagai cabaran setiap hari. (Gambar hiasan Freepik)

Dalam pada itu, beberapa individu turut mencadangkan agar kaum wanita yang beragama Islam agar mengenakan telekung atau jubah jika mahu mengambil tempahan daripada pekerja penghantaran.

“Bagi pelanggan perempuan kena standby telekung kalau nak keluar ambil barang.

“Aku pun paling senang akan ambil jubah atau telekung dan terus sarung je, itu paling cepat dan mudah kalau tiba-tiba abang kurier sampai depan rumah,” kata beberapa netizen.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Gagal tahan rindu, budak lelaki menangis dalam diam tengok video arwah ayah

Published

on

Gagal tahan rindu, budak lelaki menangis dalam diam tengok video arwah ayah

Tidak dapat dinafikan, rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang kita sayang. Sama ada pada suami, isteri, mak ayah dan orang terdekat yang sudah dijemput Allah lebih awal daripada kita.

Begitu juga yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @aishah sanusi di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat video arwah ayahnya di dalam telefon bimbit.

TONTON VIDEO DISINI

“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia,” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak lelaki itu.

Netizen sebak!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa kepada kanak-kanak kecil itu yang sudah memahami erti kerinduan selepas kehilangan insan tersayang dalam kehidupannya.

Sumber: TikTok @aishah sanusi

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

“Saya ikhlas” – Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

Published

on

“Saya ikhlas” – Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

PENYANYI Mas Idayu akhirnya membuka mulut memberi komen terhadap persembahan duo Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, memuji persembahan pertama pasangan sepupu itu menerusi lagu Sumpah bagi tema Anugerah Juara Lagu.

Kata Mas, Sissy dan Naim sebenarnya memiliki bakat dan suara yang baik, namun hanya pada minggu keenam mereka ada membuat kesilapan.

“Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.

Mas Idayu memuji persembahan Sissy dan Naim.

“Saya ikhlas ni. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka silap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik.

“Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka,” katanya.

Sementara itu, Ajai hanya menegur persembahan mereka terganggu kerana hilang fokus dengan sorokan peminat.

“Dari minggu pertama hingga akhir kamu ada prinsip kamu iaitu konsep pementasan teater.

“Props kamu guna dengan betul. Cuma satu, bila kamu naik atas pentas, kamu sudah kena fokus betul-betul.

“Kamu dah tertinggal satu perkataan dalam nyanyian. Bila atas pentas, kamu kena fokus. Abaikan sorakan peminat kerana kamu kena fokus pada nyanyian,” ujarnya.

Untuk persembahan pertama ini, Mas memberikan mereka sebanyak 8 markah dan Ajai memberi 7 markah.

Terdahulu, Mas memilih untuk ‘membatu’ dan kelihatan seakan merajuk apabila juri tetap itu tidak mahu memberikan sebarang komen kepada persembahan Sissy dan Naim.

Meskipun hos Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun Mas tidak langsung menghiraukannya.

Mas dilihat sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK