Connect with us

Viral

Resipi nasi briyani arwah ayah jadi taruhan, anak bongsu ini bangkit selepas 2 bulan bapa meninggal… Jemaah surau kata lulus!

Published

on

Resipi nasi briyani arwah ayah jadi taruhan, anak bongsu ini bangkit selepas 2 bulan bapa meninggal… Jemaah surau kata lulus!

MANUSIA hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segala-galanya.

Begitulah kisah mengenai anak bongsu daripada tujuh beradik ini yang sanggup berhenti kerja demi menjaga bapanya yang sedang sakit pada tahun lalu.

Menurut Siti Aisyah, 28, dia menghantar notis berhenti kerja pada pagi 23 Oktober 2021, namun bapanya meninggal dunia pada petang hari yang sama.

Kata Aisyah, dia nekad berhenti kerja untuk menjaga bapanya pada waktu itu.

“Ayah sebenarnya sakit mata, dia ada masalah mata. Kemudian kami sekeluarga dijangkiti Covid-19. Saya yang paling teruk kena Covid-19. Selepas saya sihat, ayah pula kena tahan di hospital.

“Ketika hari ayah nak discaj, hospital maklumkan yang dia tiba-tiba pengsan. Selama seminggu dia pengsan. Jadi saya buat keputusan untuk resign sebab ayah tengah sakit.

“Bos saya bagi pelepasan untuk ulang-alik ke hospital. Tapi saya nekad nak berhenti. Bos tanya betul ke nak resign? Saya kata saya rela korbankan kerjaya untuk jaga ayah,” ujar bekas pembantu operasi di sebuah syarikat di Pengerang, Johor itu.

Jemaah surau kat sini pun kata hasil air tangan saya sama macam arwah ayah.
SITI AISYAH

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Aisyah mengakui ditawarkan semula untuk bekerja, namun memilih untuk meneruskan perniagaan makanan yang diusahakan secara sambilan sejak tahun 2018.

“Selepas ayah meninggal, bos tawarkan saya kerja sekali lagi. Dia tanya, saya tak nak kerja balik ke? Saya kata tak apalah, saya nak jaga mak. Adik-beradik yang lain semua dah berkeluarga.

“Dulu pun saya kerja sambil berniaga. Saya buat kambing perap sejuk beku. Selepas ayah meninggal pada Oktober, saya kembali bangkit pada Januari tahun berikutnya sebab customer pujuk.

“Mereka minta saya jangan cuti lama-lama, mereka nak saya kembali berniaga, ” ujarnya yang menetap di Batu Pahat.

Selain kambing perap sejuk beku, Aisyah juga menawarkan perkhidmatan katering dan berniaga nasi briyani yang mana juadah popular itu dipelajari daripada arwah bapanya sendiri.

“Ayah dulu seorang yang multi-tasking. Dia seorang bilal, tukang jahit, pengembala lembu. Selepas bisnes drop, ayah tolong orang sembelih lembu. Dia juga tukang masak.

Antara makanan yang dijual oleh Aisyah.

“Jadi saya juga ada belajar buat nasi briyani daripada arwah ayah. Alhamdulillah, jemaah surau kat sini pun kata hasil air tangan saya sama macam arwah ayah. Selain nasi briyani, saya juga buat menu lain.

“Saya jenis tak suka berniaga lama-lama satu menu tu, sebab tu saya ubah-ubah. Contohnya hari ni jual meatball, esok jual mini burn cheese cake, kemudian burger bakar dan macam-macam lagi supaya customer tak jemu,” ujar Aisyah lagi.

Dalam pada itu, Aisyah juga ada berkongsi kisah perjalanan hidupnya menerusi aplikasi TikTok sehingga dia tular dalam kalangan netizen.

Foto kenangan Aisyah bersama dua insan yang paling penting dalam hidupnya.

Menurut Aisyah, dia terharu dengan sokongan netizen dan berharap perniagaan yang diusahakannya akan terus maju dan digemari pelanggannya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas doa mereka semua. Terima kasih sebab tak jemu sokong jualan saya, tak jemu pujuk supaya saya masak sedap-sedap.

“Tujuan saya kongsi di TikTok kerana nak sampaikan mesej agar bangkit selepas kesedihan. Dulu saya jatuh, selepas dua bulan baru bangkit.

“Pada saya, kita boleh jatuh terduduk tapi jangan lama sangat. Kita perlu berhenti untuk rehat dan ambil masa untuk bangkit, baiki diri, buat yang terbaik dan teruskan hidup,” ujar Aisyah lagi.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK