Ramalan: Uruguay vs Rusia, 25 Jun 2018

0
185

Uruguay akan berdepan pasukan tuan rumah, Rusia di Samara Arena dalam perlawanan terakhir kumpulan A Piala Dunia 2018, pukul 10 malam ini waktu Malaysia. kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan, jadi perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara kumpulan.

Uruguay dan Rusia masing-masing mengumpul enam mata menerusi dua kemenangan.

Uruguay telah menjinakkan Mesir 1-0 dalam perlawanan pertama menerusi jaringan Jose Gimenez, kemudian mereka turut mencatat kemenangan 1-0 keatas Arab Saudi menerusi gol tunggal Luis Suarez. Uruguay masih belum bolos tetapi perbezaan gol mereka (+2) di belakang Rusia (+7).

Rusia setakat ini bermain cukup baik. Mereka membelasah Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan kemudian menyingkirkan Mesir dengan kekalahan 1-3 dalam perlawanan kedua.

Dua pemain Rusia yang menonjol ketika ini iaitu Denis Cheryshev dan Artem Dzyuba. Cheryshev sudah menjaringkan tiga gol manakala Dzyuba pula dua gol.

Rusia tidak mempunyai banyak masalah untuk menewaskan Arab Saudi dan Mesir, namun perlawanan dengan Uruguay bakal menjadi medan ujian sebenar buat Rusia.

Disiplin ketika bertahan, kreativiti di bahagian tengah serta potensi ancaman Suarez dan Edinson Cavani di barisan hadapan pastinya akan membuat Uruguay menjadi lawan yang kuat buat Rusia di Piala Dunia.

Ramalan Kesebelasan Utama

Uruguay (4-4-2): Muslera; Caceres, Godin, Gimenez, Varela; Rodriguez, Vecino, Bentacur, Sanchez; Cavani, Suarez.
Jurulatih: Oscar Tabarez.

Rusia (4-2-3-1): Akinfeev; Zhirkov, Ignashevich, Kutepov, Fernandes; Zobnin, Gazinsky; Cheryshev, Golovin, Samedov; Smolov.
Jurulatih: Stanislav Cherchesov.

Ramalan Keputusan

Rusia memenangi perlawanan pertama dan kedua dengan mencetak 8 gol dan hanya sekali bolos. Prestasi mereka lebih baik jika hendak dibandingkan dengan Uruguay.

Rusia kini menjadi pasukan pilihan untuk menamatkan saingan peringkat Kumpulan A sebagai juara.

Namun Rusia perlu sedar Uruguay berada di level yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan Arab Saudi dan Mesir. Meskipun Uruguay belum memperagakan aksi terbaik mereka setakat ini, mungkin malam ini mereka bakal mempamerkan aksi yang berbeza dan lebih menyakinkan.

Sebelum ini Rusia berjaya mematahkan pergerakan pemain bintang Mohamed Salah, faktor itu menyebabkan mereka tidak gentar dengan ancaman Suarez dan Cavani.

Ramalan keputusan: Uruguay 2-1 Rusia

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here