Ramalan: Belgium vs Panama, 18 Jun 2018

0
218

Belgium dengan genarasi emasnya akan tampil dalam aksi pertama Kumpulan G Piala Dunia 2018 berhadapan dengan Panama pada pukul 11.00 malam ini waktu Malaysia. Belgium diletak sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan G yang turut dihuni Panama, Tunisia dan England.

Perlawanan ini akan menjadi perlawanan pertama Belgium berhadapan dengan Panama yang memiliki kekuatan yang sukar diramal. Namun Belgium ketika ini dalam keadaan terbaik dengan pasukan dipenuhi dengan nama-nama bintang.

Untuk rekod di saingan peringkat tertinggi sebelum ini, Belgium berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir di Piala Dunia 2014 dan EURO 2016. Skuad yang datang ke Rusia kali ini tidak jauh berbeza dengan susunan pemain dalam dua kejohanan terbesar tersebut.

Aspek ini yang membuatkan Belgium diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan G. Dibawah bimbingan Roberto Martinez, Belgium tidak pernah tewas dalam 19 perlawanan terakhir.

Bagi Panama pula, ini merupakan penyertaan pertama mereka di Piala Dunia. Dalam tiga perlawanan pemanas badan sebelum datang ke Rusia, Panama tewas kepada Denmark, Switzerland dan Norway.

Oleh itu, Belgium dijangka punya kelebihan untuk memenangi perlawanan malam ini. Tetapi Panama sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada Belgium.

Ramalan Kesebelasan Utama

Belgium (3-4-1-2): Courtois; Alderweireld, Ciman, Vertonghen; Meunier, Carrasco, Witsel, De Bruyne; Mertens, Eden Hazard; Lukaku.

Panama (5-4-1): Penedo; R. Torres, Escobar, Machado, Ovalle, Murillo; Gomez, Avila, Barcenas, Godoy; G. Torres.

Ramalan Keputusan

Perlawanan malam ini merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua pasukan. Belgium tidak pernah kalah dalam sembilan aksi terakhir mereka di peringkat kumpulan Piala Dunia. Dalam sembilan perlawanan tersebut mereka berjaya meraih empat kemenangan.

Penama layak ke Piala Dunia 2018 dengan perbezaan jaringan gol dan hanya menang 3 perlawanan daripada 10 perlawanan terakhir mereka di peringkat kelayakan.

Salah satu kekuatan utama Panama adalah ketika situasi bola mati. Manakala Belgium memiliki kepantasan di bahagian hadapan.

Ramalan keputusan : Belgium 2-0 Panama

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here