Ramai lupa cuci bahagian khusus ini penyebab solat wanita tidak sah.

0
659

Hari ini admin akan kongsikan mengenai kebersihan terutama pada kaum2 hawa diluar sana. Nampak mudah tapi kesannya berat! Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira, jalan jalan kat shopping complex 2,3 round.

tu yang keluar air wadi.. ada satu kes ; -Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorang muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la. -then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang.

Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepas tu masa nak naik ke tmpat prmpuan, ustzh nampak muslimah tadi terus naik ke tempat solat. -Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa pusing2 td…. then ustazah pun solat lah.

muslimah tu ada solat kat depan ustazah . Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia. Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk?

Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .Ustazah pun senyum , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ? Then dia senyum menggeleng.

Ustazah pun ckp la. memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadinya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tp X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk.

Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk.. Lebih bagus lagi..

Mandi la lepas bangun subuh. conclusion is, nak solat je, bersihkan tempat tu ye. Dan najis jangan bawa dalam solat. Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak letak tempat lain…

Jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah . Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu. Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam . kalau nak bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti, maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TIDAK SAH!

Ramai yg tidak ambil tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan2 pun masing2 taknak dengar. tapi please ambik berat ye. Nak ke solat kita tak sah. Tentu xnakkan. So Jagalah kebersihan Agar ibadah diterima oleh Allah SWT.

Sumber: emmemarina.blogspot.com

Assalamualaikum Sy Ingin Bertanya, Adakah Air Wadi Dianggap Sebagai Najis Dan Perlu Dibersihkan Sblm Kita Solat. Adakah Air Wadi Dan Keputihan Benda Yg Sama? 

Waalaikumussalam..

air wadi merupakan air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan
wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang
berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan
air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak
sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah. Keputihan merupakan air wadi. Air wadi adalah najis dan anda perlu membasuh kemaluan serta pakaian yang terkena air wadi. Anda juga perlu memperbaharui wuduk tetapi tidak perlu mandi ju  nub.

Sumber: kemusykilan.islam

PERBEZAAN AIR MANIY, MAZI DAN WADI

SOALAN:

Assalamualaikum Dr. Mufti, apa perbezaan antara air maniy, air mazi, dan air wadi cara untuk kenal pasti, hukumnya. Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Pertama, air maniy berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ) dalam bahasa Arab bermaksud terpancut. Dinamakan maniy kerana keadaannya yang keluar dengan cara memancut, warnanya putih dan pekat. Firman Allah SWT:

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ
Maksudnya: “Diciptakan manusia dari air maniy yang terpancar.”

(Surah Al-Tariq: 6)

Ataupun cecair ini keluar dengan rasa lazat dengan diiringi lembiknya zakar dan merasai kepuasan syahwat selepasnya, sekalipun ia tidak memancut kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titisan sahaja, atau keluar seperti warna darah kerana terlalu kerap melakukan jimak. Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering. Wajib mandi mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita.

Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan ada satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan maniy. Maniy adalah bersih, maniy wanita berwarna kekuningan, halus dan kadang-kadang ia berwarna putih.

Kedua, air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Mazi lelaki dan wanita adalah sama, wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (maniy adalah air kemuncak syahwat). Mazi mempunyai sifat-sifat air maniy seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali Karramallahu Wajhah di mana beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (maniy) maka hendaklah kamu mandi.”

[Hadis ini adalah sahih diriwayatkan oleh Abu Daud: 1/47, Al-Nasaie: 1/93, Imam Al-Bukhari meriwayatkan maknanya seumpama hadis di atas: 1/105 (no 266), Muslim: 3/212 (no 303)]

Ketiga, air wadi iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerupai maniy dari sudut kepekatannya dan tidak sama seperti maniy dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing dan ketika mengangkat sesuatu yang berat. Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya kerana tiada sebab dari sudut syarak yang mewajibkan mandi kerana yang diwajibkan mandi ialah keluar maniy sahaja.

Rujuk al-Mu’tamad: 1/131-132, Mughni al-Muhtaj: 1/69, Al-Muhazzab: 1/116, Al-Majmu’: 2/148, Al-Hawi: 1/255, Al-Anwar: 1/50.

Wallahua’lam

Sumber: muftiwp.gov.my

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here