Ramadhan Bakal Menyertai Kedah

0
585

Masa depan penjaga gol Kelantan, Ramadhan Hamid akhirnya terjawab apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan penjaga gol berusia 24 tahun itu bakal menyertai pasukan Kedah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan mengatakan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kemahuan serta masa depan Ramadhan.

“Ya Ramadhan sah akan keluar dari pasukan ini dan hari ini KAFA akan membuat surat pelepasan kepadanya untuk menyertai Kedah.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan perbincangan dipersetujui antara kedua pihak dan dia (Ramadan) juga seorang pemain yang boleh bertolak ansur.

“Dia mahu beraksi dan dia beritahu kalau dia masih bersama Kelantan pun dia jarang dapat diberi peluang, jadi kita terima kehendaknya untuk berhijrah ke Kedah,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam masa yang sama, Bibi turut memaklumkan pihaknya telah mengikat pemain pertahan muda, Ahmad Haziq Fuad dari Marcerra Kuantan FA.

“Kita mengikat kontrak seorang pemain tempatan untuk pasukan yang bermain di posisi pertahanan, Ahmad Haziq.

“Ini juga bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan memandangkan pasukan masih memerlukan pemain pertahanan. Jadi kita harap kemasukan pemain muda seperti Ahmad Haziq memberi kesan positif terhadap pasukan,” katanya.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here