Viral
Rakaman C C T V Tersebar, Netizen Sy4k Kem4tian Pelakon Thailand Dir4ncang, Gambar IG Dipadam, Baju ‘S4ksi’ K0yak & Badan Luk4!

K3s kem4tian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida akib4t terj4tuh dari bahagian belakang bot laju nampak gayanya masih belum terun’gkai lagi. Hal ini kerana, pelbagai sp3kulasi dan persoalan yang timbul berhubung insid3n berkenaan.
Ada lumpur pada paru-paru m4ngsa
Menerusi lap0ran media Thailand sebelum ini, Tangmo Nida dipercayai terj4tuh dari bot laju ketika dia bersama-sama lima orang rakannya termasuk pengurusnya, Kratik menuju ke Jambatan Rama VII di Nothaburi untuk menjamu selera. Namun ibu mangsa iaitu Panida Sirayutthayothin yakin bahawa ada sesuatu yang cuba ‘disembunyikan’ mengenai kem4tian anak perempuannya itu. Bukan itu sahaja, Panida mendakwa kemungkinan berlakunya pert3ngk4ran antara mangsa dan rakan-rakannya yang berada di dalam bot berkenaan. Hal ini kerana, dia mend4kwa foto yang tersebar memperlihatkan wajah Tangmo Nida seperti sedang bers3dih. Tidak terhenti di situ, ibu m4ngsa tertanya-tanya bagaimana anak perempuannya itu boleh l3mas sedangkan dia pandai berenang.
Susulan daripada insiden itu, pihak polis kemudian memaklumkan akan memanggil kelima-lima individu yang berada di dalam bot bersama m4ngsa untuk disoal siasat dan menjalani ujian peng3san p0ligraf bagi meng3san pemb0hongan. Mereka kemudian akan diminta menceritakan semula peristiwa yang menimpa Tangmo Nida. Difahamkan, setakat ini kelima-lima mereka tidak boleh dis4bitkan sebagai pes4lah atau susp3k tetapi hanya dipanggil sebagai s4ksi.
Mengenai luk4 pada bahagian paha kanan dan k3san c4lar di kaki kiri m4ngsa, polis mendakwa pihak mereka tidak dapat mengesahkan sama ada luk4 berkenaan adalah berpun’ca dari kipas bot atau sebaliknya. Tetapi mereka menges4hkan bahawa kem4tian Tangmo Nida adalah disebabkan lem4s kerana terdapat lumpur pada paru-paru m4ngsa.
Rak4man CCTV tersebar
Semalam kec0h pula beberapa video yang dipercayai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan kelima-lima rakan Tangmo Nida berada di dalam bot. Berikutan daripada itu, terdapat pelbagai sp3kulasi yang timbul antaranya menurut netizen apa yang mencu’rig4kan adalah saat ditanya di mana l0kasi mangsa terj4tuh, mereka menunjukkan ke arah yang berb3za.
Selain itu, kelima-lima saksi berkenaan mendakwa Tangmo Nida tidak dapat disel4matkan kerana pasukan penyel4mat lambat tiba. Tetapi ada d4kwaan mengatakan mereka sempat ‘menghil4ngkan diri’ selama 24 jam sebelum melap0rkan kepada pihak polis mengenai insi’den yang menimpa Tangmo Nida.
Lebih menimbulkan persoalan ramai adalah jumlah foto yang dimuat naik di Instagram Tangmo Nida semakin berkur4ngan dan mengesy4ki ada individu telah memadamkan beberapa gambar tersebut. Apabila ditanya kepada pengurus Tangmo Nida, dia mend4kwa tidak tahu kata laluan pelakon itu.
Menerusi lap0ran media Thailand, mereka juga mend4kwa tidak mend3ngar bunyi sesuatu terjatuh kerana bunyi enjin bot sangat ku4t. Apabila ditanya mengenai luk4 pada kaki m4ngsa, pemandu bot mend4kwa dia tidak sedar enjin atau kipas bot terkena pada kaki m4ngsa pada waktu itu. Jika difikirkan secara l0gik, mustahil pemandu tidak sedar sekiranya enjin bot berl4nggar dengan sesuatu.
Pelbagai sp3kulasi timbul
Malah dari rakaman C C T V kelihatan terdapat lima gelas minuman berisi wine tetapi semasa pemeriksaan pihak p0lis hanya menemui satu gelas sahaja. Bukan itu sahaja, netizen juga melihat terdapat k3san c4lar pada tangan dan bahu se0rang individu yang berada di dalam bot berkenaan.
Namun doktor meng3sahkan luka tersebut dipercayai bukan daripada cak4ran kuku, manakala leb4m disebabkan hent4kan 0bjek keras. Malah ianya sudah ada sebelum kej4dian iaitu sejak seminggu yang lalu. Netizen juga mend4kwa terdapat k3san k0yak pada baju tshirt yang dipakai individu berkenaan ketika kej4dian.
Malah ada satu d4kw4an mengatakan Tangmo Nida baru sahaja mengambil insur4ns kem4langan dan meletakkan atas nama anak angk4tnya, Easter. Difahamkan, Easter merupakan anak kepada pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik. Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen mula membuat sp3kulasi kemungkinan Kratik tidak mahu menyel4matkan Tangmo Nida kerana sekiranya pelakon itu m4ti, mereka akan menerima wang insurans tersebut.
Penjelasan kawan Tangmo Nida
Sementara menerusi satu sesi live, kawan Tangmo Nida yang turut berada di dalam bot terbabit iaitu Wisapat Manomairat atau lebih dikenali dengan nama San mend4kwa ramai dalam kalangan netizen masih salah faham dengan insid3n yang berlaku. Dia juga men4fikan dakw4an bahawa dirinya enggan menghulurkan b4ntuan kepada m4ngsa.
Ketika sesi live berlangsung, San sempat menunjukkan bahawa lengannya tidak mempunyai luk4 seperti yang did4kwa. Tambah San lagi, keadaan pada ketika itu s4ngat gelap dan ianya secara tidak langsung menyuk4rkan mereka untuk menyel4matkan Tangmo Nida.
Menerusi temu bual bersama satu program temu bual, pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik diminta untuk melak0nkan semula kejadian yang berlaku di belakang bot secara live. Namun ada suatu ketika, kedengaran Kratik seperti gag4p saat memberikan kenyataan. Selepas mendengar kenyataan tersebut, pengacara meluahkan rasa s3dih dengan sikap kesemua rakan m4ngsa yang seolah-olah tidak peduli dan langsung tidak berusaha untuk menyel4matkan pelakon itu.
Difahamkan, si4satan lanjut berhubung isu ini masih lagi dijalankan oleh pihak p0lis.
Sumber: Tnews, Mgr Online, Mathicon, Bangkok Post, TikTok, Conandaily, Ohbulan
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan