Raih Kemenangan Pertama Di Old Trafford, Pochettinho Disebut-Sebut Bakal Penganti Mourinho

0
181

 

Selepas berjaya meraih kemenangan pertama di Old Trafford, Mauricio Pochettino disebut-sebut bakal menjadi bos baharu Manchester United.

Empat kunjungan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat kekalahan dan tiada sebarang gol direkodkan sudah cukup mengecewakan buat bos Tottenham sebelum ini.

Namun, rekod buruk tersebut berjaya dipadamkan pada perlawanan awal pagi Selasa apabila Pochettino berjaya meraih kemenangan 3-0 keatas United di Old Trafford.

Kemenangan tersebut sekaligus meningkatkan tekanan keatas pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang terpaksa menerima kekalahan dua kali berturut-turut.

Dalam kekalutan yang kini menghantui Mourinho, pengurusan tertinggi United dilapor mencalonkan Pochettinho sebagai penganti untuk mengemudi kelab tersebut walaupun agak sukar untuk mendapatkannya daripada pengerusi Spurs, Daniel Levy.

United dikatakan cukup berminat kepada jurulatih berusai 46 tahun itu setelah dia berjaya meletakkan Spurs dalam kedudukan kedua dan ketiga terbaik EPL dalam tempoh tiga tahun ini.

Lagi menarik minat United apabila Pochettinho dilihat berjaya mengekalkan prestasi terbaik Spurs walaupun mereka tidak membeli pemain baharu untuk menghadapi saingan EPL musim 2018/19.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here