Connect with us

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Published

on

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Published

on

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang menimpa suaminya. Hal ini disebabkan konflik yang berlaku antara Aaron Aziz dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang mula berpanjangan.

Seperti yang sedia maklum, konflik yang tercetus ini disebabkan tindakan pengarah yang menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster yang dikhabarkan disebabkan masalah kesihatan yang dialami pelakon itu.

Penjelasan Aaron Aziz

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Hati saya sakit bila suami dimalukan!
Menerusi postingnya di Instagram, Diyana Halik menjelaskan beliau tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.

Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.

Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.

Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.

Semoga Diyana & Aaron tabah!
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.

Sumber : Instagram Diyana Halik

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Published

on

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Syamsul Yusof dilihat telah tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Jawi) sekitar jam 9.35 pagi bagi sesi mencari jalan penyelesaian berhubung kes rumah tangga antara dirinya dan juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Mohon doa untuk rumah tangganya
Menerusi video yang dikongsikan hlive, Syamsul yang hadir bersut hitam sempat menegur para media dengan memberi sedikit kenyataan berharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Dia juga turut mengatakan akan kembali bertemu media selepas selesai sesi tersebut.

“Doakan semoga Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya. Doakan yang terbaik, kita jumpa lagi InsyaAllah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Mohon yang terbaik untuk isteri pertama & kedua
Awal pagi tadi, pengarah tersohor itu ada memuat naik kembali rakaman video sidang media yang dilakukan tempoh hari dengan meninggalkan kapsyen memohon agar isteri-isterinya menemui titik pendamaian setelah pelbagai masalah berlaku sebelum ini.

Dia juga berharap agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Selain Syamsul, Puteri Sarah turut hadir ditemani adik lelakinya bagi berbincang untuk menyelesaikan kemelut yang sudah melanda sejak sekian lama.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sumber: Instagram hlive, Syamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK