Connect with us

Viral

Pilu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habitatnya Musnah

Published

on

Pilu Melihat Orang Utan ‘Memikul’ Anaknya Mencari Tempat Baru Setelah Habitatnya Musnah

Di Indonesia khususnya, antara wilayah paling kaya dengan hutan ialah Kalimantan di kepulauan Borneo dan salah satu spesies hidupan liar yang mendiami hutan di sana ialah Orang Utan.

Umum mengetahui, aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan pembalakan secara tidak terkawal mampu memusnahkan habitat asal jutaan flora dan fauna di sana.

Memetik laporan Detik, salah satu lokasi habitat asal Orang Utan yang pernah terancam ialah di Taman Negara Kutai, Kalimantan Timur yang menempatkan ribuan spesies Orang Utan jenis Morio.

LIHAT VIDEO DISINI

Namun agak menyedihkan, sebahagian besar Kalimantan hari ini tidak lagi ‘seindah’ dulu. Kebanyakan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar buat Borneo telah ditarah untuk tujuan tertentu.

Baru-baru ini, netizen ada berkongsi satu sedutan video ringkas yang hiba, memaparkan suasana hening seekor Orang Utan memikul anaknya di satu kawasan hutan yang telah digondolkan. Mari ikuti video ini.

Sifir mudahnya, apabila hutan ditarah tanpa kawalan, hidupan liar pasti akan terancam sekaligus kehilangan habitat asal. Akhirnya ia terpaksa keluar dan mencari habitat baharu yang entah bagaimana jaminan biodiversitinya.

“Seperti komodo, gajah, harimau, badak dan lain-lain, nasib Orang Utan tidak menentu. Eksploitasi lombong, sawit, kayu dan pembukaan ‘resort’ melenyapkan ruang hidup mereka,” jelas kapsyen tersebut.

“Perhatikan bagaimana ibu Orang Utan ini membawa pergi anaknya mencari tempat baharu setelah rumah mereka dihancurkan.

Tidak pasti lokasi spesifiknya di mana, namun berdasarkan kenyataan laman Twitter ini, ianya dipercayai mungkin berlaku di sekitar Indonesia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK