Connect with us

Global

Pihak Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid Menyebabkan Keretakan Pada Struktur Bangunan Masjid Al-Aqsa Hingga Berisiko Runtuh

Published

on

Pihak Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid Menyebabkan Keretakan Pada Struktur Bangunan Masjid Al-Aqsa Hingga Berisiko Runtuh

Pihak Israel dipercayai telah melaksanakan penggalian di bawah tapak Masjid Al-Aqsa sejak beberapa minggu yang lalu dan ia didakwa telah menyebabkan keretakan hingga batu mula tertanggal dari dinding dan juga siling bangunan suci itu.

Pegawai di Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah menzahirkan rasa bimbang terhadap kerja-kerja gali dipercayai dilakukan oleh pihak Israel yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan Masjid Al-Aqsa hingga berisiko runtuh.

Ketua Jabatan Wakaf Islam Al-Aqsa di bandar itu, Azzam Al-Khatib telah memberi amaran bahawa masjid itu mungkin akan runtuh jika penggalian itu akan terus dijalankan dari masa ke masa, lapor Arab News.

“Terdapat kerja-kerja penggalian yang tidak diketahui dan berbahaya. Tiada sesiapa yang tahu kenapa penggalian itu dibuat dan tujuannya. Kami dapat lihat terdapat sejumlah habuk dan bunyi peralatan penggalian serta batu-batu pecah.

“Gegaran tersebut telah menyebabkan beberapa ketulan batu dari atas siling masjid tertanggal di bahagian selatan.

“Kami meminta pihak polis Israel untuk membenarkan jurutera dan juruteknik dari pihak kami untuk menilai situasi yang sedang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun menurut pegawai berkenaan, setakat ini tiada respon diberikan terhadap permintaan tersebut.

Menurut Al-Khatib, kerja-kerja yang sama seperti itu pernah berlaku sebelum ini, tapi kali ini aktiviti penggalian didakwa berlaku semakin kerap.

“Kami bimbang tentang terowong yang digali akan menyebabkan keruntuhan Al-Aqsa.

“Jadi, kami telah maklumkan kepada Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, Kedutaan Jordan dan Raja Abdullah (Jordan) selaku penjaga tapak suci itu untuk campur tangan menangani isu ini.

“Pihak pengurusan Awqaf Islam tidak mahu berlaku sebarang pergeseran dan sangat mengambil berat tentang apa yang mengganggu gugat kestabilan Al-Aqsa dan seluruh rantau ini.

“Saya telah meminta pihak polis Israel membenarkan kami membaik pulih dinding yang telah rosak dengan batu-batu telah tertanggal yang mungkin akan membawa kepada keruntuhan, tetapi tiada respon.

“Sama ada Wakaf, UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku. Kita diamanahkan untuk menjaga Al-Aqsa, apa yang berlaku sangat membimbangkan dan mungkin akan membahayakan kita,” jelasnya lagi.

Pegawai teknikal Islamic Waqaf memaklumkan bahawa satu jawatankuasa jurutera dan pakar bergabung untuk melihat apa yang sedang berlaku dan hasil laporan akan dimaklumkan nanti.

Sumber: Arab News

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Global

Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti

Published

on

By

Pasangan Warga Emas Berumur 70 Tahun Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka Selepas 54 Tahun Menanti

Daerah Alwar Rajasthan, 54 tahun selepas mereka berkahwin, pasangan warga emas lelaki berusia 75 tahun dan pasangannya yang berumur 70 tahun menyambut kelahiran anak pertama mereka. Menjadi ibu bapa dengan kaedah rawatan persenyawaan in Vitro (IVF).

Bayi lelaki itu dilahirkan di Pusat Bayi Tabung Uji Indo IVF, satu-satunya pusat IVF berdaftar di Alwar.

“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, Gopichand datang ke pusat ini bersama saudaranya, Chandrawati dan Gopi Singh Chandravati Devi yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana di Jhunjhunu Rajasthan. Pasangan itu juga pergi ke beberapa bandar metropolitan untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sia-sia. kata pakar IVF Dr Pankaj Gupta.

“Chandrawati hamil sembilan bulan lalu dalam percubaan ketiga rawatan IVF. Di sebalik kegembiraan, ada juga ketakutan kerana usianya sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, dia selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat,” kata pakar IVF di pusat berkenaan, Dr Pankaj Gupta.

Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan berat bayi tersebut lebih kurang 3.5 kilogram. Gopi Singh ayah kepada bayi tersebut merupakan seorang pesara askar yang berkhidmat di kampung Nuhaniya, Jhunjhunu.

Pasangan itu bernasib baik kerana hamil sebelum Parlimen India meluluskan satu undang-undang berkaitan rawatan IVF yang berkuat kuasa pada Jun lepas. Menerus undang-undang berKenaan, tiada pusat rawatan IVF dibenarkan menawarkan rawatan kepada wanita dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.

Sumber: India Today

 

Continue Reading

Global

Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis

Published

on

By

Remaja Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’ Gergasi, Nak Elak Dari Ditahan Polis

Selepas menyedari teddy bear gergasi tersebut bernafas, polis berjaya menahan remaja lelaki yang bersembunyi di dalam teddy bear tersebut.

Remaja dari Rochdale tersebut difahamkan telah besembunyi daripada pihak polis selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit minyak pada bulan Mei lalu.

Semasa proses pencarian remaja itu dilakukan, pihak polis yang memasuki sebuah rumah terkejut apabila menemui sebuah teddy bear berukuran 5 kaki ‘bernafas’ sebelum mendapati bahawa suspek telah mengoyakkan patung tersebut dan menyorok di dalamnya.

Remaja tersebut telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manchester dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tiga kesalahan iaitu mencuri kereta, memandu semasa hilang kelayakan dan meninggalkan stesen minyak tanpa membayar.

Pegawai polis yang terlibat menceritakan situasi semasa mereka mendapati teddy bear tersebut kelihatan seperti bernafas.

Mereka menemui remaja tersebut yang bersembunyi di dalam teddy bear lalu menariknya keluar.

Remaja tersebut telah menjadi buruan polis sejak Mei selepas dia mencuri kereta jenis Mitsubishi ASX dan mencuri minyak di stesen minyak berhampiran.

Polis Rochdale turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di Facebook rasmi mereka.


Gambar: Facebook GMP Rochdale

Banyak komen yang diberikan oleh penduduk sekitar mengenai cara remaja tersebut bersembunyi di dalam teddy bear untuk mengelak dari ditangkap polis.

Sumber : Mail Online

Continue Reading

Global

Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata

Published

on

By

Kucing Diangkat Sebagai Wira, Selamatkan Rumah Dari Perompak Bersenjata

Seekor kucing diangkat sebagai wira, Pada 25 Julai lalu, Fred Everitt dari Belden, Mississippi, mendengar suara kucingnya seberat 20 paun, Bandit ‘meow’ dengan kuat di dapur sekitar jam 2.30 pagi hingga 3 pagi sebelum melompat ke atas katil.

Memetik People, Everitt, 68, memaklumkan kepada Daily Journal bahawa dia menjadi cemas ketika kucing tersebut melakukan hal itu. Sebelum ini, kucing miliknya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu.

Apabila Everitt menuruti apa yang Bandit mahukan dengan keluar dari bilik dan menuju ke dapur dan Sebaik sahaja dia menyalakan lampu, dia melihat terdapat dua individu sedang cuba membuka pintu belakang rumahnya dan salah seorang daripada mereka mempunyai senjata ap1 dipercayai p1stol.

Everitt kemudian bergegas untuk mengambil p1stol yang dia letak di dapur, namun apabila dia kembali semula ke bahagian pintu belakang, dua individu tersebut telah melarikan diri.

“Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur,” jelasnya.

Everitt tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Sumber: People

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK